Doa Allah Lindungi Rumah Tangga. Pelakon Bella Astillah yang juga isteri kepada Aliff Aziz berdoa agar Allah lindungi rumah tangga yang dibina bersama Aliff hingga ke Jannah.
Bella dan Aliff yang berkahwin 9 September 2016 dan pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.
Sebelum ini pasangan popular ini pernah melalui pelbagai kontroversi yang pernah melingkari rumah tangga. Malah dia sentiasa menitip doa agar Allah melindungi keluarga mereka.
Seperti yang diketahui umum sebelum ini juga pernah timbul kontroversi membabitkan Aliff dan Sophia Albarakbah sehingga tercetusnya isu ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya Aliff dan Bella.
“Harapan saya, semoga Allah SWT melindungi rumah tangga saya dan Aliff, kekal hingga ke Jannah. Saya kalau boleh, hendak kahwin sekali saja.
“Alhamdulillah.. buat masa ini, semuanya baik-baik saja. Apa yang boleh saya katakan, kami berdua hanya jalankan tugas sebagai suami isteri, ibu bapa, jadi kami buat yang terbaik saja.
“Kita tak nak merancang lebih-lebih, selebihnya kita macam ‘go with the flow’. Saya percaya Aliff pun dah faham dan buat masa ini dia pun tengah jalani penggambaran.
“Ketika ini, Aliff sedang jalani penggambaran bersama Trisha Ooi, tiada masalah dan dia pun gadis yang baik. Selebihnya, Bella tawakal saja,” kongsi Bella seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Baca Disini : Bella Astillah Sudah Memaafkan Namun Tidak Melupakan
Mingguan Wanita: Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Bella Astillah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.