DJ Lin dedah ada individu mahu lihat dia mati. Allahu sedih sungguh tatkala membaca luahan hati Penyampai Radio Suria FM, DJ Lin.
Seperti yang dikenali sejak awal sosok tubuh bernama DJ Lin ni seorang yang sangat baik, peramah dan tidak sombong. Setiap kali bertemu dengan DJ Lin dia akan bersalaman erat dan berlaga pipi dengan penulis. Sememangnya orangnya sangat kental apatah lagi kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal dan juga kuat bekerja.
Seperti mana perkongsian menerusi Harian Metro, rupa-rupanya sejak memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016, hospital ibarat sudah menjadi rumah keduanya.
Malah dia kehilangan suara selama hampir sebulan dan sejak itu, masalah demi masalah kesihatan dialami sehinggalah ke hari ini. Pada awalya DJ Lin tidam mahu mengaitkan penyakit dihidapi dengan unsur mistik, namun kesengsaraan yang dihadapi sejak 2016 memaksa dirinya mencuba cara rawatan Islam. Itupun atas saranan keluarga, rakan-rakan serta peminat.
“Saya pernah ke Singapura untuk bertemu seorang mufti bagi mengenal pasti penyakit yang saya alami. Sebelum bertemu dengan mufti berkenaan, saya sebenarnya sudah berjumpa dengan ramai perawat.
“Kesemua mereka memberikan gambaran orang yang sama, malah sewaktu sakit teruk sekitar 2021 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sembilan hari, saya mendapat bayangan orang yang sama seperti diberitahu perawat.
“Ketika itu keadaan saya memang sangat teruk, saya kepanasan dan merasa seperti disalai di atas api. Saya dalam keadaan koma sehinggakan keluarga dan rakan-rakan menganjurkan majlis bacaan Yasin kerana keadaan saya pada waktu itu seperti tiada harapan lagi untuk hidup.
“Alhamdulillah, mungkin semangat saya kuat untuk terus melawan menyebabkan saya masih mampu bertahan sehingga kini. Tetapi saya tahu insan berkenaan tidak akan berdiam diri dan saya percaya dia tidak senang sebaliknya akan terus lakukan sesuatu supaya hidup saya sengsara,” kongsi DJ Lin.
DJ Lin juga turut meluahkan mufti dari Singapura ada memberitahu badannya sudah rosak.
“Kata mufti itu, kalau ikutkan keadaan badan saya sudah rosak dan sebenarnya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Tapi disebabkan belum ajal dan juga semangat saya yang kuat jadi saya masih bertahan kerana individu itu mahu lihat saya mati.
“Tapi katanya lagi, saya akan sembuh dan sihat jika saya tinggalkan bidang radio. Jika saya tidak percaya, dia kata cuba tinggalkan bidang itu dan cuba bidang lain kerana insan itu tidak akan senang duduk.
“Bagaimanapun saya tidak akan sesekali tunduk atau takut, cuma saya perlu sentiasa bersedia. Apa yang saya perasan, setiap kali kajian untuk kedudukan stesen radio dilakukan awal tahun dan akhir tahun, mesti saya sakit dan berada di hospital.
“Bagaimanapun saya tidak akan serik, saya akan tetap terus bekerja dan menaikkan lagi nama Suria FM.
“Saya hanya akan meninggalkan Suria FM selepas saya berasa puas dan berjaya melonjakkan nama stesen radio kami,” sambungnya.
Baca Disini : DJ Lin Berkongsi Rezeki Dengan Saudara Mara, Mahu Anak Teruskan Amalan Bersedekah
Sumber Foto : Instagram DJ Lin
Sumber : Harian Metro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.