DIY Vanity Mirror Mudah & Jimat, Tak Perlu Sambungan Wiring Tak Pakai Elektrik Pun!

Share

Bagi mak-mak yang suka bersolek dan tiada meja solek boleh buat sendiri ‘Vanity Mirror’ ni. Memang mudah dan menjimatkan sebab tak perlu nak buat sambungan ‘wiring’ malah tak guna elektrik pun. Hanya guna bateri AAA secukupnya dan barang-barang pun boleh beli di kedai MR DIY je. Bukan apa, sewaktu bersolek memang memerlukan pencahayaan yang secukupnya. Bila pasang lampu LED light ni, solekan nampak lebih jelas.

Boleh suruh encik suami buatkan atau pasang sendiri pun boleh. Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nur Farhana Md Yusuff ni.

Baca Lagi Di Sini:

DIY Meja TV Guna PVC,Cat Hitam Terus Nampak Lawa Macam Besi!
DIY: Sorok Wayar TV Dengan Bajet Murah Saja. Semudah ABC

Vanity mirror D.I.Y
Kos yang diperlukan: RM76.60 sahaja!

P/s: vanity mirror ni tak perlukan apa-apa sambungan wiring malah tak pakai elektrik pun! Mudah dan cepat! Kalau beli yang dah siap mahu cecah RM300!

Bahan yang diperlukan:

1. LED light yang secukupnya.
2. Cermin ikut suka hati nak besar mana. (Makin besar cermin, makin banyak kena pakai lampu).
3. Battery AAA secukupnya

*semua barang ni saya beli dekat MR D.I.Y aje*

Cara Membuat:

1.Gantung/letak/tampal cermin yang anda beli mengikut citarasa anda sendiri.

2. Ukur cermin anda. Bajet-bajet nak kena pakai berapa biji lampu. Saya pakai 13 biji. 3 belah atas, 5 kiri dan 5 kanan.

3. Letak battery kat belakang lampu. Tutup dengan kemas belakang lampu tu.

4. Belakang lampu tu dah ada double sided tape tau. Tinggal cabut seal nya dan tampal kat dinding.

5. Ulang sampai siap tampal semua lampu.

 

Selamat mencuba!

MW: Memang mudah dan jimat, mak-mak boleh cuba buat sendiri Vanity mirror ni, ikut cara yang dikongsikan.

Sumber: Nur Farhana Md Yusuff

Published by
Suhaidah Abd Wahab