Pakai face mask disarankan bagi individu yang bergejala, namun penggunaaan face mask juga sangat digalakkan sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan. Tak lama lagi anak-anak akan kembali ke sekolah, dalam keadaan norma baru sangatlah digalakkan anak-anak ini memakai face mask atau topeng muka, selain menjaga penjarakan sosial serta kebersihan diri.
Jika mak-mak buat sendiri face mask untuk anak-anak banyak pilihan corak menarik, lebih mudah dan menjimatkan berbanding dibeli. Sebab boleh pilih corak kain yang digemari, boleh dicuci berulang kali dan bukan jenis pakai buang.
Boleh ikut DIY Tutorial Lengkap Jahit Face Mask Saiz Anak yang dikongsikan oleh Tukang Jahit, Puan Ariyati Jaafar ini sebagai panduan;
“Disebabkan ada yang bertanya untuk cara mama yatt jahit Face Mask ni. Mama bagilah cara mama jahit taw.Cara jahit ada di caption gambar tau.Boleh lah sesiapa nak follow atau share pun boleh je. Semoga ilmu tak seberapa ni bermanfaat untuk semua”.
Baca lagi Di Sini:
Buat MASK Extender Paling Senang. Siap Boleh Jual Lagi
Tukang Jahit Kongsi Tutorial DIY ‘Mask’, Anak-Anak Pakai Musim Jerebu
Jangan Beli FACEMASK Tak Sesuai, Pakai Nak Elak Penyakit Bukan Bergaya
2. Potong kepada 4 bahagian seperti ini.
3. Temukan bahagian cantik – cantik.
4.Jahit di bahagian lengkung kedua-dua lapisan.
5. Bahagian lengkung yang siap dijahit.
6.Buka dan dapat lah macam ni.
7.Temukan bahagian cantik-cantik dan jahit dibahagian atas & bawah sahaja.
8. Jahit bahagian atas & bawah sahaja ye.
9.Contoh yang sudah dijahit bahagian atas & bawah dan diterbalikkan.
10.Potong getah kecik 4.5 inch × 2
11.Lipat ke dalam bahagian tepi dan masukkan getah tadi ditepinya. Pastu jahit tindih je kat situ.
12.Masukkan hujung getah satu lagi ke bahagian bawah pula, dan teruskan jahit.
13.Terus jahit tindih bahagian atas.
14.Hujung sebelah lagi dilipat ke dalam.
15.Buat step sama macam pasang getah di bahagian sebelah tadi.
16.Jahit tindih terus bahagian bawah.
17.Yeahhhh!! Siap dah.. tarrraaaa.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang pandai menjahit tu, nak buat sendiri topeng muka (mask) untuk anak-anak boleh ikut cara-cara yang dikongsikan ini. Mudah, senang nak buat, jimat dan cantik.
Sumber: Ariyati Jaafar