Selain snake plant ditanam begitu sahaja, mak-mak juga boleh mencuba idea ini untuk menggabungkan pokok viral ini dengan kaktus hidup dan tiruan untuk dijadikan hiasan dalam rumah.

Gubahan DIY Terarrium Kaktus ini turut menggunakan kaktus tiruan kerana dapat menjimatkan kos, kerana pokok kaktus tiruan senang dijaga dan ia tidak akan membesar.

JOM DIY GUBAHAN TERARRIUM KAKTUS INDOOR DECO

Bagi penggemar indoor deco selalunya sanggup mengeluarkan modal beratus ringgit untuk menghias ruang rumah mereka. Bukan semua yang mampu membuat sendiri gubahan pokok-pokok kaktus atau scculents yang dibeli.

Kebanyakan hanya beli, bawa balik rumah dan tukar pasu plastik kepada pasu seramik dan letak di sudut yang sesuai di rumah.

Cikgu Ida yang biasa dikenali dengan tagging Jemariseni Cikgu Ida ingin berkongsi bagaimana menjadikan gubahan terarrium kombinasi kaktus dan bungaan lain agar bernilai komersial dan menjana pemikiran yang kreatif dalam seni menanam sesuai dengan indoor deco moden.

Cikgu Ida menggunakan kombinasi kaktus hidup dan kaktus tiruan untuk menjimatkan kos selain dari gubahan lebih bertahan lama kerana pokok tiruan tidak membesar.

Ads

Jika dibeli di nurseri gubahan terarrium seperti ini berharga lebih dua kali ganda dari hasil buatan kita sendiri. Sebenarnya komposisi tanah yang betul untuk bantu pertumbuhan kaktus serta kombinasi pokok-pokok dan aksesori seperti tunggul kayu, batu kecil, lumut, kaktus tiruan serta memberi impak keindahan dalam gubahan.

Penjagaan gubahan ini amat mudah kerana tidak perlu disiram hari-hari, cukup sekadar seminggu sekali dan bawa keluar seminggu sekali juga untuk dapatkan cahaya matahari untuk pertumbuhan pokok yang lebih baik. Jika ada 2 pasu penggiliran sebagai hiasan deco dalaman lebih baik.

ANGGARAN KOS

  • Tanah yang sesuai untuk kaktus (campuran tanah hitam, merah dan sabut) RM2.50 satu beg
  • Pasu seramik yang unik rekabentuk dapat menarik perhatian RM15 – RM50 ikut saiz dan pilihan
  • Tunggul kayu/kayu hanyut RM6 – RM8
  • Pelbagai jenis kaktus RM 2.50 sepasu dan ke atas
  • Bunga lain ikut kesesuaian seperti setawar (Bryophyllum Pinnatum), Lidah Mentua atau Snake Plant (Sansevieria), Fittonia, nenas hiasan serta lain-lain
  • Kaktus tiruan RM2.10 keatas ikut jenis
  • Pasir dan batu RM5.00 keatas ikut saiz
  • Batu lumut sebagai hiasan RM 6.00

Peralatan menanam dan tunggul kayu, kaktus serta pokok lain yang diperlukan.

Ads

DIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK Membesar

 

JOM KITA LIHAT PROSES PENYEDIAAN GUBAHAN

  1. Masukkan tanah campuran (tanah hitam, tanah merah dan sabut) penuh dalam pasu serta tunggul kayu diletak pada sudut yang sesuai dalam pasu tersebut. Ikut kreativiti masing-masing ya.

Ratakan tanah dan pastikan tunggul kayu teguh dengan tekan tanah kuat di pangkalnya.

Ads

DIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK Membesar  DIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK Membesar

  1. Pilih kaktus atau pokok untuk digubah, biasanya yang tinggi akan ditanam dibelakang bermakna ianya tanam dahulu. Pokok Lidah Mentua ini tinggi bermakna kita tanam di bahagian belakang bersebelahan tunggul kayu. Jambul nenas menjadi salah satu penyeri serta penjimatan kos dalam gubahan ini. Pokok Fittonia pula menjadi pilihan kombinasi terrarium kaktus kerana warna daun yang dapat menjadi titik tumpu atau fokus mata kerana perbezaan rupa dan warna berbanding kaktus yang lain.

DIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK Membesar  DIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK Membesar

3. Tanam hingga selesai ikut kreativiti anda memilih kesesuaian kaktus hidup dan kaktus tiruan serta pokok-pokok lain sebagai kombinasi yang boleh menyerikan lagi gubahan hidup ini. Kaktus tiruan yang tidak akan mati dan membesar dalam gubahan ini menjadi penyelamat kerana sekiranya ada kaktus yang hidup yang mati sekurang-kurangnya gubahan kita masih ada cuma kenal pasti kaktus yang perlu diganti atau akhirnya gubahan tersebut terdiri dari kaktus tiruan keseluruhannya.
DIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK Membesar
4. Padatkan tanah terutama di bahagian pangkal pokok agar pokok tidak tercabut dan kemudian taburkan dengan batu-batu kecil di bahagian yang masih nampak tanah. Batu lumut juga boleh diletakkan berperanan sebagai aksesori penyeri dalam gubahan terarrium kaktus ini dan menutup tanah agar semasa proses penyiraman tanah tidak terkeluar serta dapat menyejukkan pokok.

DIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK MembesarDIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK Membesar5. Setelah siap, gubahan ini sudah mampu meajadi terapi minda kita apabila ia menjadi penghias sudut rumah terutama di ruang tamu sebagai indoor deco. Kelebihan gubahan terarrium ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang menarik.

DIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK Membesar

INFO MENARIK

  1. Pilihan pokok yang daun berwaarna warni dapat menembah seri gubahan kita seperti fittonia, Snake Plant dan lain-lain.
  2. Pembajaan yang digalakkan ialah baja yang dicampur air dan spray pada tanah. Sebulan sekali sahaja.
  3. Kreativiti menenam dan penjagaan menjadikan gubahan ini bertahan lama. Usah dibaja selalu atau siraman yang minima agar pertumbuhan dapat dibantutkan seperti penjagaan bonsai.
  4. Terapi minda dan mengisi masa terluang buat tuan dan puan yang telah memasuki alam persaraan disamping penghias ruang yang mempunyai nilai keindahan serta luar dari kebiasaan menanam pokok bunga untuk indoor deco moden. Semoga bermanfaat buat penggemar indoor deco. Bagi mak-mak yang ingin menambah koleksi barangan di rumah, boleh klik di sini. Selamat DIY.

MW: Rupanya lebih mudah jika mak-mak menggabungkan tumbuhan hiasan yang hidup dan juga plastik, hiasan dalaman ini jadi lebih mudah dijaga serta menjimatkan kos.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI