
Kalau ada anak lelaki yang minat kumpul koleksi kereta hot wheels, eloklah buat rak kereta macam yang Puan MeerSha Sapian buat di rumahnya.
Benda ini biasanya bukan anak je suka kumpul, bapa kepada anak-anak pun boleh tahan. Dan mungkin lagi dahsyat, sanggup habus beribu beli koleksi kereta hot wheels. Lagi pun mainan ini ada nilai.
Jadi nak selamatkan kereta hot wheels ini daripada cepat rosak, anda boleh sediakan rak kereta dengan DIY sendiri je.
Tempat Kereta Hot Wheels Guna Rak Kasut
Yang ini versi tak lekat kat dinding lagi.
Ini saya sertakan cara-cara nak buat.
Bahan-bahan simple je.
– Rak kasut kayu, saya beli yang 4 tier (RM35 beli kat tesco. Diy pun ada tapi 2 tier ke 3 tier je rasanya)
– Cable tie
Cara-cara:
1. Double kan rak tu, susun bagi sama rata. Tapi rak ni tak sama rata pula potongan dia.
2. Pastu ikat guna cable tie, kalau nak skru pun boleh je.
3. Susun sampai abis rak yang ada, ikut la nak susun memanjang ke tepi atau memanjang ke bawah. Saya buat memanjang ke bawah tapi mesti double kan tau. Kalau tak, nanti tak muat nak letak kereta.

4. Ketatkan ikatan tu pastu potong cable yang lebih-lebih.
5. Dah siap, drill letak kat dinding. Susun la kereta yang ada.
Haaa… kelebihan buat rak kereta macam ni, hot wheels kesayangan anda tak akan cepat rosak dan kaum isteri tengok pun tak sakit mata.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Baja Kulit Pisang & Kulit Telur, Inilah Rahsia Pokok Tanaman Membiak & Subur

Isi Kandungan
ToggleKulit pisang dan kulit telur banyak kegunaannya yang ramai terlepas pandang. Kedua-dua bahan yang dianggap ‘tidak berguna’ ini boleh digunakan untuk menghasilkan baja yang berfungsi untuk menyuburkan pokok tanaman.
Jika biasanya kulit pisang dan kulit telur dibuang begitu sahaja, apa kata kali ini, kumpulkan. Boleh ‘diproses’ untuk dijadikan baja buatan sendiri.
Berikut dikongsikan diy baja bagi menyuburkan pokok tanaman. Bahan yang diperlukan hanyalah kulit pisang dan kulit telur.
DIY Baja Kulit Pisang & Kulit Telur
Kisar kulit pisang. Kulit telur pula ditumbuk hancur. Bolehlah dijadikan baja.
*Di dalam botol penyembur itu ialah kulit pisang yang telah dikisar.
Hasilnya pokok tanaman subur menghijau. (Boleh rujuk gambar)
Inilah Rahsia Pokok Tanaman Membiak & Subur
Pokok kunyit dan pokok kari yang hampir mati pun boleh tumbuh semula.
Baja adalah sumber nutrien penting untuk tumbuhan. Ia menyuburkan tumbuhan dengan menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Beberapa fungsi baja untuk menyuburkan tumbuhan:
1. Membekalkan nutrien penting: Baja mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K), yang dikenali sebagai NPK. Nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan untuk pelbagai proses biologi seperti fotosintesis, pembentukan protein, perkembangan akar dan pembentukan buah.
2. Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan: Baja yang digunakan dengan betul boleh merangsang pertumbuhan tumbuhan, termasuk pertumbuhan daun, batang dan akar. Ini membantu tumbuhan menjadi lebih kuat dan lebih tahan terhadap pelbagai tekanan persekitaran.
3. Meningkatkan pengeluaran buah dan bunga: Baja yang baik boleh meningkatkan bilangan dan kualiti buah dan bunga yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ini penting terutamanya dalam penanaman tanaman hortikultur dan pertanian.
4. Mengatasi kekurangan nutrisi: Baja juga boleh digunakan untuk mengatasi kekurangan nutrisi dalam tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan nutrisi mungkin menunjukkan gejala seperti daun kuning, pertumbuhan perlahan dan pengeluaran buah yang rendah. Menyediakan baja yang betul boleh mengatasi masalah ini.
5. Mengekalkan keseimbangan pH tanah: baja boleh digunakan untuk mengawal keseimbangan pH tanah. Tanah yang terlalu berasid atau terlalu beralkali boleh menghalang tumbuhan daripada menyerap nutrien. Baja boleh digunakan untuk melaraskan pH tanah agar sesuai dengan keperluan tumbuhan.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penggunaan baja mesti dilakukan dengan betul dan mengikut keperluan tanaman. Terlalu banyak atau terlalu sedikit baja boleh memberi kesan negatif kepada tumbuhan. Selain itu, perhatikan juga jenis tanaman yang anda tanam kerana pelbagai tumbuhan memerlukan jumlah dan jenis nutrien yang berbeza.
Sumber: Hidayah Mahmud
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gunting Kain Pleated Lekat Masking Tape Dulu, Tak Perlu Jahit Jelujur!

Isi Kandungan
ToggleBiasanya bila nak potong atau jahit kain jenis pleated atau berlipat-lipat, ramai yang jahit jelujur dahulu satu persatu. Bukan apa bagi mengelakkan ukurannya ‘lari’ mahupun susah nak dijahit nanti. Namun sebenarnya, salah satu ilmu jahitan bila nak potong kain jenis pleated adalah lekatkan dengan masking tape terlebih dulu. Rupanya ia lebih memudahkan kerja dan menjimatkan masa berbanding perlu jahit jelujur satu persatu.
Berikut perkongsian daripada Tukang Jahit Zulaiha Ibrahim sebagai rujukan;
“Ramai yang tanya camne nak gunting kain pleated. Ni cara saya, tak kuasa nak jelujur kita. Bercinta nak jelujur satu persatu ni. Lambat kerja. Mula-mula dulu pun jelujur lama-lama..tengok masking tape ni ada je terletak. Try buat senang terus kerja. Dah jahit kain pinggang nanti cabut je.Nak kongsi ilmu sikit. Moga membantu pada yang nak tau.”
1.Ni pleated yang kecik sikit. Mana-mana pleated sama je caranya.
2.Tadaa….ni la dia..masking tape tak payah nak jelujur satu satu.
3. Ukur dan gunting labuh kain sepatutnya.
4. Ni bahagian luar. Lekat je, dah tak susah nak jahit.
5. Sis potong lurus je. Jadi la camni. Tapi belum jahit lagi.
Moga bermanfaat pada yang berminat nak mencuba.

Info Ekstra!
- Masking tape tu solatape yang macam kertas tu, kita boleh koyakkan bila dah siap jahit.
- Kain A Cut tu kena potong senget camtu la ye. Selepas itu, tepi jahit lurus macam biase. Punggung ikut saiz, bawah kembangkan ikut habis kain je..tapi tengoklah kesesuaiannya juga.
- Kain tak perlu tambah kelonggaran dan boleh potong kecil sikit dari ukuran betul sebab nanti kainya akan memeri.
- Pleated ni banyak jenis. Ada yang besar lipatannya ada yang kecik-kecil.
- Hujung bawah kain tu perlu dijahit setengah inci @ bbseam. Saya tengok pada kesesuaian.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Tukang Jahit Ini Kongsi Ilmu & Tunjuk Tutorial Mudah Cara Buat Kain Duyung ‘Ruffle’ Yang Cantik!
MW: Semoga perkongsian ilmu jahitan ini bermanfaat buat mak-mak yang nak cuba jahit kain jenis pleated. Cukup mudah rupanya bila guna masking tape, tak perlu susah payah nak jahit jelujur dahulu sebelum potong kain.
Sumber: Zulaiha Ibrahim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Rumput Terbiar, Ibu Ini Siapkan Laman Belakang Cantik Untuk 5 Beranak

Isi Kandungan
ToggleDekat seminggu jugalah, mak ayah bekerja ini siapkan laman belakang cantik di kediaman mereka. Asalnya, tanah belakang berkeluasan 20 kaki itu dipenuhi rumput dan lalang terbiar.
Semak samun itu dibersihkan dan hasilnya cantik sungguh laman belakang rumah yang disiapkan oleh Ummu Al Fateh dan suaminya ini. Khas untuk mereka 5 beranak berkelah dan breakfast setiap hujung minggu.
Ibu ini berkongsi dengan pembaca Mingguan Wanita, proses menyiapkan kerja-kerja membuat laman belakang rumah yang cantik ini.
Cara Ibu Ini Siapkan Laman Belakang Cantik Dengan Kos Murah
1. Buat Sendiri Lebih Jimat
Menurut Ummu Al Fateh, kediamannya itu asalnya rumah terbiar. “Saya beli rumah second yang terbiar. Belakangnya ada 20 kaki. Dalam 7 kaki, saya simenkan untuk laundry. Lagi 13 kaki, saya buat taman.”
“Kos keseluruhan untuk tanam rumput dan bunga-bunga semua itu dalam RM600.”
“Rumput tu saya pernah tanya kedai. Siap tanam RM3000 dia nak untuk keluasan macam ini. Jadi, kami suami isteri beli rumput dan tanam sendiri.”
2. Cari Masa Luang Dalam Kesibukan Bekerja
Memandangkan mereka suami isteri bekerja, kerja-kerja menyiapkan laman belakang ini dilakukan sebelah petang. Bila mana, masing-masing pulang dari tempat kerja.
“Seminggu jugalah berhempas pulas. Dua hari ratakan tanah, 2 hari tanam rumput jenis mutiara. Saya tinggal di Ulu Tiram, Johor. Mencari rumput mutiara pun di nurseri dekat sini saja.”

3. Penjagaan Rumput Lakukan Berterusan
Kongsinya lagi, untuk dapatkan laman belakang yang cantik mereka perlu lakukan penjagaan sekurang-kurangnya 2 jam seminggu. Itu untuk cabut rumput liar yang naik celah rumput mutiara.
Manakala, setiap 2 minggu sekali, semua pokok dan rumput akan ditaburkan baja untuk memastikan kesuburan tanaman berkekalan.
4. Suntik Inspirasi Untuk Anak-anak
Sebenarnya suami isteri ini ada sebab kenapa laman belakang itu diperindahkan. “Saya cuba buat taman belakang rumah ala-ala mat salleh ada backyard garden.”
“Dalam masa yang sama saya cuba beri inspirasi supaya anak ada taman untuk berlari dan bermain.” Dapatlah nanti 3 orang anak-anaknya seusia 5, 2 dan setahun itu bermain dengan riang ria.
Dari Rumput Terbiar Akhirnya Jadi Laman Belakang Cantik
Selepas bersihkan rumput, kawasan bersimen dipecahkan untuk proses tanam rumput mutiara.
Rumput dicangkul dan dicabut sampai ke akar, supaya tak tumpuh celah-celah rumput mutiara nanti. Kemudian gembur-gemburkan dan ratakan tanah.

Rumput akan ambil masa dalam 6 bulan untuk bercantum antara satu sama lain. Untuk rumput mutiara yang dibeli ini, harga sekeping RM4.90 untuk saiz 2×1 kaki.
Ini Pula Cara Pasang Rumput Depan Rumah Siap ‘Foot Step’
Rumput depan rumah ini baru 2 minggu dipasang (ketika statusnya dimuat naik).
Pasang dulu ‘foot step’ kemudian baru letak rumput. Bagi sama rata dengan rumput supaya anak tak tersadung.
MW : Semoga mak ayah dapat idea untuk hias laman belakang mahupun depan kediaman bagi cantik dan jadi taman yang bahagiakan hati sekeluarga.
Sumber/Foto : Ummu Al Fateh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI