DIY Storage Bench Meja Makan, Mudah Sangat Macam Buat Kotak, Dalam Boleh Simpan Macam-Macam! Sesekali nak ubah ‘wajah’ untuk penstoran dan dekorasi ruang dapur boleh cuba buat sendiri ‘Storage Bench’ ini. Dah ada ukuran yang betul, mudah je nak buat macam pasang kotak. Paling penting boleh simpan macam-macam barang nanti.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh Puan Siti Nor Mohamedini sebagai panduan;
DIY Storage Bench Untuk Meja Makan, Fefeling Makan Kat Restoran Fast Food
Dah lama mengidam nak ada tempat makan macam ni kat rumah. Tapi belum sampai seru nak buat.
So, memandangkan nanti nak raya, Mokcik usahakan jugak la buat sebelum Ramadhan ritu. Posa-posa tak larat la nak bertukang, kang nak masak lagi mana sempat. Kang orang kat rumah ni berbuka makan habuk kayu plak.
Kali ni Mokcik order 2 keping plywood 18mm dan suruh kilang potong siap-siap ikut lebar. So, Mokcik hanya tinggal potong ikut panjang je la. Kurang la sikit kerja memotong kayu kat depan rumah nanti.
Cara pasang bench ni mudah sangat. Macam buat kotak jek.
Dalam tu boleh la simpan macam-macam.
Satu bench tu Mokcik simpan kerusi makan yang boleh lipat tu.
Satu lagi tu masih kosong, taktau lagi nak letak apa.Nak menyorok dalam tu pon boleh gak.
Ini hasil potongan rangka bench tu. Ada 5 keping untuk setiap satu bench.Penutup dia belum potong masa ni.
Inilah plywood yang dah siap dipotong dan dihantar oleh kilang.
Sangat tepat potongan dia. Rubberwood belakang tu lebihan buat ALMEJA dulu.
Ads
Saya wasap orang kilang plywood tu suruh dia potong ikut macam dalam gambar ni. Saya suruh kilang potong siap-siap ni sebab saya nak kurangkan aktiviti potong plywood kat depan rumah.
So, saya hanya tinggal potong ikut panjang sahaja nanti.
Sudut makan-makan ala restoran fast food.
Ads
Memang tak nak buat yang berkusyen sebab rumah ni ada majikan yang suka creett sana sini.
Kalau buat yang berkusyen mamang lawo.
Ini lah rupa dia bila dibuka.Kayu penutup guna Rubberwood 20mm tu agak berat, lebih kurang 10kg.
Ads
So, tak boleh ikut instruction cara pasang yang diberikan.Kena pasang gas spring tu lebih menegak. Baru la dia lebih ringan dan lebih lembut bila diturunkan.
Kaki meja tu mungkin nak buat lain tengok la kalau rajin.
Mingguan Wanita:Menarik juga idea storage bench dekat meja makan ni. Nampak kemas dan cantik macam makan dekat restoran. Paling penting boleh jadi ruang penstoran berguna.
Memasak telur rebus adalah cara yang paling mudah untuk mak-mak lakukan. Hanya guna air yang mendidih dan biarkan beberapa minit.
Namun, masalah yang sering dilalui oleh mak-mak selepas merebus telur adalah keadaan telur rebus yang tidak cantik, nampak mengerutu. Kadang-kadang nak kupas kulitnya terkopek sekali dengan isi.
Ada macam-macam cara yang mak-mak gunakan supaya telur rebus nampak cantik ‘kejadiannya’, berkilat dan paling penting senang untuk dikupas.
Salah satunya adalah perkongsian daripada Basiroh Kz ini boleh membantu mak-mak untuk memastikan telur rebus nampak berkilat, kenyal dan mudah dikupas. Katanya, petua ini diperolehi daripada kenalannya dari Indonesia.
Telur Rebus Cantik ‘Kejadian’, Berkilat & Mudah Dikupas
Mungkin sudah ramai yang dah tahu petua ni.
Dulu saya gagal bila rebus telur, mesti pecah atau kulit jadi berkerutu. Tapi, bila dapat dari kenalan di Indonesia, barulah dapat hasil yang begini.
Petua yang mudah sangat.
Cara-caranya:
Masukkan 2 sudu kecil garam halus dan 2 sudu kecil cuka masakan.
Rebus dengan menggunakan api sederhana. Insya Allah telur jadi berkilat, kenyal dan tak mudah pecah serta sangat mudah dikupas.
Pastikan semasa merebus telur:
1. Paras air pastikan tenggelam telur. 2. Tak perlu tunggu air mendidih dulu, terus masukkan telur dalam air biasa dan rebus sehingga mendidih. 3. Resu dalam masa lebih kurang 10 minit saja. 4. Bila dah cukup masanya, terus buang air. 5. Teknik nak mudah kupas kulitnya, gunakan belakang sudu dan ketuk-ketuk manja. Bila kulit dah retak, senang nak kupas.
Mingguan Wanita : Kalau dah selalu gagal masak telur, boleh guna cara ini juga. Paling penting, masukkan dua bahan ini semasa merebus.
Jangan tak tahu, rupanya kulit limau yang kita buang begitu saja selama ini pun ada fungsinya. Pada kita, ia nampak biasa tapi berguna untuk tanaman kita.
Bagi mak-mak yang suka bercucuk tanam, pasti tidak akan terlepas dengan serangan serangga pada pokok tanaman kesayangan. Tak tahu cara nak tangani, pokok pun boleh mati. Sedihnya, tak dapat nak makan hasil dari tanaman tersebut.
Kalau dah cuba pelbagai cara, apa kata cuba cara ini pula. Katanya, kulit limau boleh dijadikan pati untuk semburan pada pokok yang menjadi serangan serangga. Malah, ia juga boleh dijadikan nutrien pada pokok tanaman itu sendiri.
Jadi, lepas ini, kalau makan limau, jangan dibuang kulit limau. Ada fungsinya. Paling penting ia 100% organik. Inilah antara cara perkongsian daripada Kebun Pertanian.
Inilah racun organik yang 100% berkesan. Boleh cuba.
Kulit limau yang masam, jangan dibuang. Guna limau dari jenis yang kecil dan masam tu. Kumpul dan letak dalam botol.
Masukkan sedikit air, pastikan air masak sebab bila guna air klorin, ia kurang berkesan. Peram lama-lama dan bila sudah keluar pati, masukkan sedikit ke dalam bekas dan campurkan dengan air.
Nisbahnya 1 tudung botol pati bersamaan dengan 1000ml air. Spraykan pada pokok-pokok. Bena, kulat, karat daun, serangan perosak dan sebagainya boleh hilang.
Semuanya 100% organik dan bagus bagi nutrient pada pokok.
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ni guna pati lain tak menjadi, boleh cuba guna kulit limau pula.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, mesti inginkan kediaman sendiri. Tinggal dengan keluarga idak sama apabila tinggal bersama pasangan tanpa gangguan orang lain. Kediaman inilah memberikan kebebasan untuk pasangan lakukan tanpa sebarang privasi.
Namun, tidak mustahil ada juga keluarga yang mahukan suami isteri berkahwin untuk tinggal bersama keluarga. Katanyam, baru berkahwin dan masih belum cukup duit untuk membeli sebuah rumah.
Sebenarnya, kecil atau besar, mewah atau biasa tidak menjadi persoalan. Paling penting, suami isteri yang tinggal di rumah itu selesa dan di situlah kebahagiaan bermula. Perkongsian Azizul Azli Ahmad turut menyarankan perkara ini. Malah, mencadangkan sekali penggunaan warna hijau dalam kcdiaman bagi mencetuskan rasa bahagia dan tenteram.
Kita akan lama berada dalam rumah nampaknya. Mulai sekarang berazamlah untuk selesakan ruang kediaman kita.
1. Cantikkan dan selesakan kediaman bukan bermakna perlu buat renovasi sampai berpuluh ribu baru jadi. 2. Ubah kedudukan perabot, cat, bersihkan atau polish baru sudah beri nilai baru. 3. Runding dengan keluarga, bagaimana nak wujudkan ruang belajar buat anak anak. 4. Bincang dengan isteri, bagaimana nak selesakan ruang memasaknya nanti. 5. Sediakan ruang kerja yang selesa dan formal bagi yang bekerja dari rumah. 6. Jika dah bosan dengan warna kediaman yang ada, boleh cuba warna baru pula yang selesa. 7. Dengan hanya satu tong cat yang harga bawah RM32 sudah boleh ubah suasana dan beri rasa bahagia. 8. Masukkan tumbuhan hijau segar seperti lidah mertua, duit duit dan tumbuhan hijau agar udara dalam rumah selesa. 9. Kurangkan penggunaan bahan yang boleh hasilkan kimia yang mencemarkan udara dalam rumah. 10. Sentiasa buka tingkap awal pagi dan beri udara dan cahaya masuk kedalam rumah setiap hari. 11. Pastikan hadapan kediaman kita ada cahaya boleh masuk dan tidak terlalu tertutup dengan pokok bunga.
Kawan kawan mulia,
Kita mungkin akan lama atau selamanya banyak masa dirumah.
Carilah sebuah rumah yang selesa buat keluarga.
Sediakan ruang bagi setiap orang, biarpun kecil setidaknya mereka ada ruang privasi sendiri. Adakalanya mereka perlukan waktu bersendiri.
Jaga aurat ahli keluarga rumah kita juga. Usahakan pisahkan antara anak lelaki dan perempuan.
Duduk berbincang apa yang boleh tambah nilai bagi mereka rasa selesa dan bahagia.
Boleh gunakan warna hijau kerana ia menenangkan keluarg kita dan membuatkan kita lama untuk duduk di dalamnya. Nisbah warna hijau dan putih harus seimbang dan baik baru jadi.
MW: Betul tu, walaupun rumah kecil, cukuplah untuk kita, pasangan dan anak-anak. Itu dah cukup membahagiakan.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur
Sumber Foto: Malaysia Homie
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu sarat mengandung meninggal akibat kepenatan, anak dalam kandungan gagal diselamatkan. Kematian husnul khotimah. Asbab kepenatan dan sesak nafas, seorang ibu yang sarat mengandung...