
Isi Kandungan
ToggleJika mak-mak takde bajet nak buat kabinet atau beli almari, boleh DIY je bakul-bakul untuk jadi rak baju. Barulah kain baju yang ada nampak tersusun kemas. Cara nak buat bakul rak baju dari baku baket ni pun cukup mudah. Hanya menggunakan empat bahan sahaja.Manakala saiznya pula besar atau kecil kita boleh tentukan sendiri. Paling penting memang jimat kos, bajet tak sampai beratus-ratus pun.
Perkongsian daripada Puan Juria Sidek ini boleh dijadikan panduan.
Bahan-Bahan:
Bakul bersaiz besar (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
Bakul bersaiz kecil (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
1 paket cable tie
Pisau/gunting (ikut la mana yang senang digunakan)
Cara Membuat:
- Potong kanan dan kiri bakul supaya membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju.
2. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar.
3. Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan dan lakukan kepada semua bakul yang digunakan.
4. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut menjadi bentuk rak. Tengok dah SIAP!!

Baca Lagi Di sini: DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah cuba buat rak baju daripada bakul bajet ini.Senang dan jimat kos. Kain baju pun tersusun kemas.
Sumber: Juria Sidek
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tanam Dekat Sumber Air’ Pokok Kesum Lebih Tinggi Dari Anak Bujang

Teruja betul tengok pokok kesum yang dikongsikan Azlina Hashim ini. Lagi-lagi tingginya dah sama macam anak bujangnya.
Sesetengah orang pula, nak tanam pokok kesum ini payah benar nak menjadinya. Sampai adalah istilah tangan panas. Sebab punya tak berjaya nak menanam pokok-pokok herba mahupun sayuran ini.
Walaupun sebenarnya tiada pun orang ber’tangan panas’ atau sejuk ini. Asalkan betul cara dan teknik menanamnya, insyaAllah menjadilah itu nanti.
Kongsi Azlina dalam grup Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, “Bila pokok kesum dah lebih tinggi dari anak bujang ni maknanya kebun Mak dia terlampau semak dahhh..
Moh le ke kebun semula. Raya dah nak habis.”
Melihatkan saja pokok kesum miliknya yang subur, ada yang bertanya bagaimana cara ibu ini memelihara pokok kesumnya hingga sebegitu subur dan tinggi.
“Mungkin cukup air dan baja dia jadi gini. Lepas tu lama saya tak hirau sebab sibuk bulan puasa. Ambil untuk masak sikit saja sebab tinggal berdua.
Kalau ada jiran-jiran yang nak, saya suruh saja petik sendiri.”
Baca sini : ‘Lebatnya Pokok Kesum Bela Sekali Ikan Puyu’ Begini Kaedah Aquaphonic Mudah
Tanam Pokok Kesum Dekat Dengan Sumber Air
Berkongsi tip dengan Mingguan Wanita, ini yang Azlina lakukan.
“Saya tanam di kawasan yang memang dekat atau mudah sumber air. Macam ni tanam di paip air yang saya guna tiap hari untuk siram bunga dengan bersihkan kaki lima atau longkang rumah.
Kebetulan saya tanam sayur cara hidroponik dan fertigasi di sebelah tu untuk makan sendiri jadi saya guna baja yang diguna untuk sayur-sayur hidroponik atau fertigasi tu untuk siram kesum tu sekali.”
Baca sini : Mudah Tanam Kesum, Tebuk Lubang Penutup Bekas, Cucuk Batang Letak Air
Azlina juga memberikan cadangan jika tiada kawasan lembap, boleh juga menggunakan teknik hidropot. Iaitu dengan cara merendam pasu dalam takungan air (macam alas pasu) untuk pastikan tanah sentiasa lembap.

Sebelum ini beliau menggunakan cara begini. “Saya isi bahagian yang cucuk keratan kesum tu dengan tanah dan mulut botol terendam dalam air bahagian bawah botol yang saya isikan air. Sekarang saya dah tak buat cara itu, sebab selalu terlupa nak tambah air dalam botol.”
Menarikkan.. daun kesum yang keratan kesumnya dibeli di pasaraya ini, boleh hidup subur menjadi setinggi anak bujang.
Semoga apa yang dikongsikan Azlina dapat menjadi panduan untuk anda yang sedang berusaha untuk menanam sayuran di laman rumah.
Cari POKOK KESUM di sini : https://invol.co/clazer0
Sumber/Foto : Azlina Hashim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Simpan Daging Dalam Plastik Ziplock, Cepat Defrost, Rasa Kekal Manis

Isi Kandungan
ToggleMacam mana cara mak-mak simpan daging dalam peti beku. Kebiasaannya masukkan dalam bekas bertutupkan. Firda Ashaary berkongsi tip simpan daging dalam plastik ziplock.
Selain nampak lebih kemas bila di susun dalam peti beku itu. Bekas plastik ziplock ini juga lebih cepat defrost bila daging dikeluarkan dan diletakkan pada suhu bilik.
Menarik sungguh idea simpan barang basah yang dikongsikan ini. Paling penting, rasa manis daging itu tak hilang. Menjimatkan masa mak-mak ketika di dapur pun iya.
Cara Simpan Barang Basah
Dulu aku suka simpan stok daging semua ni dalam bekas bertutup. Tak kiralah tupperware atau tipuware.
Kebetulan haritu, adik jiran datang dan sempat lah berbual.
Dia tanya macam mana aku simpan barang basah, then aku pun bagitau lah dia.
Lepas cuci, siap potong, aku akan asingkan ikut portion masakan dan letak dalam bekas bertutup. Lepas tu susun lah dalam freezer. Nampak comel je tersusun.
Kemudian dia pun bercerita,
“Ohhh KakFida, simpe gitu ko? Kito simpe dale plastik.”
“Tok lekat ko plastik tu letok dale peti ais?” aku mengajuk dialek Kelantan pekatnya.
“Ehh bakpo nok lekatnyo KakFida. Lepah(lepas) kito boh plastik, kito letok la dale bekah(bekas). Nak guno gak, kito ambik la so plastik tu gi rende(rendam). Mudoh lagi gitu.”
Aku pun ooooo besar dengar dia cerita sambil membayangkan.
“Nati kak nok try lah.” jawap aku sambil tersengih.
Simpan Daging Dalam Plastik Ziplock
Kebetulan esoknya aku ada gi beli daging.
Lepas potong semua, aku pun masukan dalam plastik ziplock dan susun kemas tepi dinding peti ais.
Okay boleh tahan kemas sebab ziplock tu boleh tegak.
Paru pun aku rebus seksiap sebelum potong nipis dan simpan. Nanti nak masak, keluarkan dan rendam air panas sahaja.
Satu plastik tu untuk sekali masak. Mudah.
Keluarkan dan rendam ja dalam air.
Ehh betullah,
Lebih cepat defrost berbanding dulu.
Masa aku rendam barang basah yang disimpan dalam bekas bertutup dulu, boleh tahan jugak la nak tunggu defrost kecuali aku bukak air dalam sinki dan siram lelaju. Jenuh laki aku bayar bil.

Rasa Manis Daging Tak Hilang
Tips ni bagus sebab rasa dan manis daging pun tak hilang. Kekal di situ, terperangkap dalam plastik.
Tengkiu jiran bagi tips berguna.
Untung jugak bersembang walau nampak sembang kosong.
Tapi tetap ada isi.
#SuffianSuffiya
Dah la dapat tips free, bihun sup pulak semangkuk. Berisi sungguh. Untung la seketul Fida. Mana nak carik jiran macam ni.
Sumber/Foto : Firda Ashaary
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inspirasi Daripada Pinterest, DIY Sliding Barn Door Untuk Walk-in Wardrobe

Isi Kandungan
ToggleIdea DIY dan dekorasi rumah boleh didapati daripada pelbagai sumber antaranya seperti Pinterest. Sliding jenis Barn Door atau inspirasi pintu ‘bangsal’ atau kandang kini kian menjadi trend kerana ia nampak kemas, cantik dan jimat ruang. Selalunya pintu jenis begini, bagi rumah berkonsep ‘farm house’, malah sangat sesuai buat untuk sliding ‘walk in wardrobe’, stor, bilik air dan sebagainya.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh Ahmad Zhafran Abdurrahim ini yang membuat sendiri Sliding Barn Door Untuk Walk-in Wardrobe di rumahnya.
Nak kongsi perjalanan buat sliding barn door untuk walk-in-wardrobe.Lepas siap renovate rumah haritu ada sekeping plywood lebih. Fikir-fikir bolehlah buat barn door untuk wardrobe yang belum ada pintu. Terus lah cari inspirasi kat pinterest lepas tu shoot ke kedai cari kayu.
Senarai bahan:-
1. Papan tengah dan tulang belakang: construction grade plywood baki renovation
2. Tulang temulang: kayu pine dara dari Chin Chun
3. Railing dan handle: Shopee
4. Cat: Seamaster matt white & matt black
Lain-lain:-
– Filler pakai ASG je. Banyak lebih dari renovation.
– Potong kayu dan plywood semua circular saw. Belum ada bajet untuk beli miter saw.
– mujur ‘sanding’ pakai mesin. Itupun penat jugak lah 4 jam tengah rembang bulan puasa pulak tu.
Kos kayu lebih kurang RM80 (ada baki kayu)
Railing + handle RM160
Plywood, cat, filler lebihan renovation
Kepuasan: PRICELESS
1.Walk-in-wardrobe ni asalnya stor. Kami tutup pintu asal dari hall, pecahkan sebelah master bedroom. Jadilah wardrobe. Shelving tu tulangnya guna kayu meranti baki renovation (reclaimed). Letakkan plywood 6mm atas bawah, silikon keliling, tampal, cat. Lupa pula ambil gambar step-by-step.
Keluasan 20sqft je lebih kurang 4’x5′ macam tu.
Untuk bahagian rak guna Kayu 1″x2″ lekat ke dinding guna wall plug 10. Tulang-tulang saya sambung guna gam+dowel. dah lekat semua tu tambah pula silikon.
Contoh Lakaran:
2.Pintu selepas dipasang. Railing tu dah disukat guna spirit level tapi gap bawah tak sama sebab tile lantai tak level betul.
3. Boleh lah sembunyikan segala harta karun dalam ni bila ada tetamu.
4. Selepas dicat. Bahagian depan putih, sisi dan belakang hitam. Two-tone gitu.
5. Proses paling memenatkan.. filling and sanding. Makan sehari juga ni.
6. Nampak pattern plywood tu pelik? Sebab guna construction grade waterproof plywood. Bukan untuk perabot sebenarnya. Tapi ada lebihan renovate rumah haritu, jadi buat apa membazir.
Ketebalan pintu bergantung pada hardware (perkakas). Roller yang saya beli tu untuk pintu berketebalan 40-45mm. Plywood yang saya ada tebalnya 12mm. Kayu pine saya guna 18mm tebal. Jadi saya tambah frame belakang guna plywood yang sama. So 18 (kayu frame depan) + 12 (plywood tengah) + 12 (plywood frame belakang) = total tebal 42mm.
Baca Lagi Di Sini :
DIY Repair Sendiri Pintu Kayu Rumah Berlubang, Bajet Tak Sampai RM50, JIMAT!
Pintu Almari ROSAK Rasa Nak Buang, BAIKI D.I.Y Modal Kurang RM2.00!
Mingguan Wanita : Cantiknya dan nampak sangat kemas Sliding Barn Door untuk Walk-in Wardrobe ini. Boleh cedok idea yang dikongsikan ini, malah jika pandai bertukang boleh buat sendiri je.
Sumber: Ahmad Zhafran Abdurrahim
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah.(https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI