Selain pokok hidup, pokok hiasan plastik juga mampu menaikkan seri dekorasi rumah jika pandai menggubahnya. Banyak je pokok hiasan jenis plastik tapi nampak macam pokok hidup jika pandai pilih dedaunnya. Kosnya pun murah je dan mampu milik tak sampai pun RM10. Malah lagi merimbun lagi cantik.

Boleh rujuk tip DIY Pokok Hiasan daripada Puan Rynn Naan ini sebagai panduan;

“Cantik tak pokok kita? 1.2m niii. RM8.40”

  • Daun ni saya beli kat eco dalam Shopee. Type sahaja “eco shop malaysia” boleh cari dalam tu. Tapi kira nasib. Sebab daun-daun macam ni hot item sangat. Kalau dapat tu kira diri tu bertuah sangat laaa.
  • Untuk daun pattern ni, sepeket RM2.10 ada 6 helai daun. 4 helai besar, 2 helai kecil. Saya ni beli 4 peket. So, ada 24 helai daun. Lagi rimbun lagi cantik kot.

DIY Pokok Hiasan RM8.40, Lagi Rimbun Lagi Cantik!

  • Batangnya saya guna lidi satay yang panjang. Lilit – sambung – lilit guna lilit hijau bunga tu. Ikut ketinggian yang diinginkan. Yang paling tinggi tu saya guna 3 batang lidi. Saya buat dalam 6 ketinggian yang berbeza. Tang penyambung lidi tu saya lilit double supaya lebih kukuh.
  • Bakul tu saya beli kat shopee, tak ingat dah bape RM. Tapi murah sahaja. Harga ikut size bakul. Cuma penghantaran dari China, agak lambat. But, sokey. Rasenya ada jugak kedai dalam Malaysia yang jual bakul macam ni.
  • Dalam bakul cantik tu, saya guna bekas plastik yang dah tak guna. Padatkan polisterin bunga dalam tu baru masukkan dalam bakul cantik tu.

DIY Pokok Hiasan RM8.40, Lagi Rimbun Lagi Cantik!

  • Masa menggubah, lenturkan sikit daunnya, cucuk dahulu daun yang paling tinggi, kemudian yang kedua tinggi dan last sekali daun yang paling pendek.

Kemas-kemaskan. Kalau panjang, patahkan sahaja lidinya. Kalau rase terpendek, tambah lagi lidi dan lilit.
Siap!

IKLAN

DIY Pokok Hiasan RM8.40, Lagi Rimbun Lagi Cantik!

Nanti saya nak beli batu-batu putih kat kedai Eco nak letak dalam bakul tu supaya lebih berat dan kukuh berdiri.

IKLAN

Info Ekstra!

Saya guna lidi satay yg panjang tu. Ejas laa ikut panjang mana yang kita nak.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
DIY Pokok Viral, Jimat Kos Tak Sampai RM25!
Nak Beli Mahal! Wanita Ini Buat Sendiri Pokok Monstera Cantik, Cuma Bermodal RM23

MW: Jadi buat mak-mak yang nak serikan dekorasi rumah tu, bolehlah buat sendiri pokok hiasan ni. Barang-barang beli dekat Kedai Eco Shopee je. Cantik lagi mampu milik kosnya tak sampai RM10 pun.

Sumber: Rynn Naan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI