Senang je sebenarnya mak ayah nak buat sendiri DIY ‘play dough’ untuk anak-anak ni.Ia semudah ABC jika ikut tutorial kat bawah ni. Yang bagusnya, bila mak ayah buat play dough sendiri, ia lebih menjimatkan sebab kalau nak beli selalu dah berapa pula kosnya. Malah ia juga lebih terjamin selamat buat anak-anak kerana bahan-bahan yang digunakan lebih semulajadi.
Berikut perkongsian oleh saudara Amir Syahir, DIY cara nak buat sendiri play dough dirumah sebaagai rujukan. Jom cuba!
“Korang mesti tahu permainan play dough atau dipanggil doh mainan kan? Kalau dulu, kita selalu guna tanah liat atau nama lainnya plastisin.
Banyak kebaikan bermain play dough untuk kanak-kanak. Antaranya meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Boleh mengasah daya kreatif anak-anak. Boleh juga ajar anak-anak kenal huruf guna benda ni.
Sekaligus dapat tingkatkan kemahiran sosial, daya imaginatif dan kemampuan berbahasa. Yang paling penting dijamin selamat. Kalau anak korang termakan ke, tidak memudaratkan.
Sekarang ni aku cuba bagi doh Amsyar pegang pun bukan main suka Amsyar. Siap tarik-tarik doh tu. Salah satu yang menarik minatnya mungkin kerana warna doh yang berwarna-warni.
Untuk menjamin keselamatan anak-anak, lagi elok kalau korang buat play dough sendiri. Tidak memerlukan modal yang banyak. Cara buat pun senang.
Yang buat ni isteri untuk dia ajar dekat sekolah dia. Isteri ajar Pendidikan Khas. Dalam subjek Kemahiran Manipulatif. Bab ni memang dia terer. Dia mengajar anak-anak istimewa yang sangat memerlukan bimbingan untuk perkembangan psikomotor mereka.
Semudah ABC! Boleh follow tutorial yang aku kongsikan ni. Baca penerangan pada setiap gambar dekat bawah.
Bahan-Bahan:
1 Mangkuk Tepung Gandum
2 Sudu Besar Minyak Masak
1 Sudu Kecil Garam
1 Sudu Besar Krim Tartar
1 Cawan Air
Sedikit Pewarna
Cara Membuat :
1. Gaulkan semua bahan.
2. Masak atas api yang kecil. Kacau sehingga masak. Kalau boleh gunakan periuk yang tidak melekat.
3. Angkat adunan dan sejukkan.
4. Uli sehingga sebati.
5. Simpan dalam bekas tertutup seperti plastik kedap udara. Lepas main, simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Supaya tahan lebih lama.
Kalau lepas uli tu rasa doh lembik, tambah tepung lagi dan terus uli. Tujuan masak doh ni supaya doh tahan lebih lama.
Aku tengok harga play dough yang berkualiti sikit ni dekat RM17.
Selamat mencuba gais. Nak hidup jimat, kena usahalah sikit, kan. Dah jimat tak perlu beli dah. Jimat RM17 sangat bernilai tau hari ni. Kau apa tau. Kah!
Sumber & Foto: Amir Syahir
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI