DIY Pati Semburan Kawalan Serangga Perosak Organik Sukatan 500ml, Kesan Sangat ‘Power!

Share

Bagi mak-mak yang suka berkebun, memang geram bila pokok mahupun tanaman tak sihat dan bermasalah pada bahagian daun dan batang. Seperti diserang kulat, hama, kutu,ulat beluncas, Afid, thrip, lalat putih dan sebagainya.

Sebenarnya kita boleh buat sendiri pati semburan kawalan serangga perosak secara organik hanya menggunakan bahan dapur sahaja. Memang cukup mudah, namun sangat berkesan!

Ikut cara yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah
ini sebagai panduan.

Simple dan cepat. Tak sampai 5 minit dah siap. Namun kesannya sangat power. Boleh pecah perut si thrip and the gang bila kena penangan pati air blender ini.

Petang ni kita proses lagi kawalan serangga secara organik.Kali ni kita buat pati stok untuk 500 ml air.

Bahan-Bahan:

32 gram cili api
32 gram halia
63 gram bawang putih

Cara Membuat:

1. Ketiga-tiga bahan ini dikisar secara berasingan. Lepas tu tapis.
2. Bila siap bertapis baru kita campur kesemua pati tersebut. Masukkan dalam botol dan simpan.
3. Bila nak guna, ambil 30 ml pati ni dan dicampurkan dengan 1 liter air. Nak lagi padu, tambahkan 5 ml minyak tanah

untuk satu liter air. Spray bawah daun.

Afid, thrip, lalat putih dan hama memang takut sangat dengan pati ni. Pendek kata, kena je terus pecah perut 4 beradik ni.InsyaAllah pokok kita nanti akan bebas dari perosak.

Selamat Mencuba, Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Buat Sendiri & Sembur RACUN ORGANIK, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun!
Baca Lagi Di Sini:Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!
Artikel Menarik:Daun Berlubang-Lubang Sembur Air Rebusan BUNGA CENGKIH, Racun Serangga Organik!

Mingguan Wanita: Boleh cuba buat sendiri semburan kawalan serangga perosak ni. Guna bahan semulajadi je, namun berkesan! Tanam-tanaman dan pokok-pokok kesayangan pun dapat diselamatkan.

Sumber: Azuan Abdullah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab