DIY memang memerlukan kreativiti. Tapi yang paling penting, RAJIN! Kalau pun ada sifat kreatif dalam diri, tapi malas pun tak jadi jugak! Dengan DIY (buat sendiri), banyak kos boleh dijimatkan dan ia juga mencabar kita dalam berkreativiti.
Di antara hikmah bila PKP dan PKPB s, ramai yang mula timbul dengan idea-idea kreatif untuk menghias rumah/laman, mencipta resipi baru dan sebagainya lagi. Begitu juga dengan Azrina Abu Naim. https://www.facebook.com/agnna74. Dia bersama ayahnya telah DIY pasu gantung bajet hanya menggunakan palet dan pasu plastik. Kreatif kan?
Pasu-pasu nampak lebih tersusun bila digantung pada palet begini. Selain itu, memudahkan kalau nak alihkan. Angkat je palet tu. Bajet? Jangan risau. Tak tinggi mana bajetnya. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak susah sangat nak cari.
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
1 Palet kayu
Pasu plastik – beli di kedai 2 Ringgit ( 2 biji pasu @RM2.10)
Tali guni utk ikat pasu – beli kat kedai 2 Ringgit
Benih sayur/bunga
Tanah secukupnya
Sediakan bahan-bahan iaitu palet, pasu, tali guni dan tanah serta biji benih. Benih sayur dah disemai awal.
Setelah itu, ikat pasu pada palet dengan menggunakan tali guni. Asalnya Azrina hendak guna paku untuk gantung pasu di sekeliling palet. Tapi mungkin teknik yang salah, paku asyik senget bila diketuk dan asyik terkena tangan sendiri masa mengetuk. Maka dia tukar cara lain.
Lagi artikel menarik di sini:
https://www.mingguanwanita.my/nak-jimat-celup-tuala-terpakai-dalam-simen-sembur-cat-jadilah-pasu/
Tanam Kangkung Kampung Dalam Pasu, Guna Pucuk Dan Batang. 4 Minggu Dah Boleh Makan Hasil
Jangan lupa FOLLOW kami di instagram
INFO TAMBAHAN/TIP:
1. Pertama kali cuba bercucuk tanam semasa PKPB ni, tak ada ilmu yang cukup. Sekadar belajar di google, youtube dan fb group berkenaan tanaman. Banyak yang boleh dipelajari di dalam itu. Di fb group, boleh tanya pada mereka yg berpengalaman tentang tanaman. Semua memberikan feedback yang berguna.
2. Boleh guna dawai sebab ia lagi kukuh, tali guni bimbang rapuh dimakan hari.