Walaupun bajet tak banyak, sebenarnya tetap boleh buat sendiri meja TV yang cantik dan kemas. Yang penting kena kreatif.Orang bujang mahupun, pasangan yang baru kahwin, kalau takde bajet besar boleh cedok inspirasi meja TV konsep Industi yang dihasilkan oleh Mohd Akmal Azizini.
“Nak beli yang elok duit tak ramai, ni projek asal boleh letak tv je”
Material :
•pvc class 7
•join 3way & 4way
•aerosol spray flat black
•rubber wood
Info Ekstra!
Paip penyambung @ Y Ada jual online di Shopee.
Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50″ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
Ads
Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
Paip class 7 modal dalam RM19 x 3 batang, cat RM20, join dalam RM20 gitu.
Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130. Saya beli sekeping nak pakai baru potong.Guna cuma 1/10 sahaja tak banyak.Kos yang guna ni dalam RM30 laa cincai.
Papan macam ni memang boleh beli ikut meter.Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet. Ni saya pakai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood, tapi ‘keras’ modal.
MW: Menarik juga idea buat meja tv ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik malah lebih puas hati bila buat sendiri.
Tak ramai yang pandai goreng bihun yang sedang molek dan cantik. Bukan apa walaupun menu ni simple, nak goreng bihun pun ada caranya. Silap teknik dan kaedahnnya bihun yang digoreng akan jadi keras kejung ataupun lembik, putus-putus dan lembik.
Kaedah memasak lain-lain. Tips ni saya share untuk situasi seperti ini.
Cik Aminah ni dah rendam bihun dengan air panas lebih setengah jam.(Biasa la kan.. mak-mak busy banyak kerja pastu dah lupo. Ini akan buat bihun hancur terus. Nak ditambahkan lagi sebab nya, awal-awal tu dia dah rendam bihun semalaman, ditambah juga lagi penyebabnya dia guna bihun yang tak berapa nak lasak kalau kena air panas. So ini lah antara penyebabnya bihun hancur. Kalau yang diputuskan untuk senang makan tu lain cerita. Ini yang kes bila goreng bihun dah bertukar lembek macam nasi. Tips ni khas untuk yang selalu goreng bihun tapi tak jadi-jadi, asyik benyek je.
Ini untuk yang dah expert menggoreng bihun. Rendam 2 -3 minit je dengan air panas dan tos cepat-cepat dan hasilnya cantek. Ini kaedah yang betul yang selalunya di kedai makan / restoren akan buat macam ni dan tak lupa juga yang expert goreng bihun bertahun-tahun.. berbelas tahun + yang dalam bidang kulinari + yang ambil order memasak setiap hari uols memang osem.. Syabas.
Ok dah faham kan apa yang saya cuba nak sampaikan. Boleh la baca tips ni dalam situasi yang tenang.Khas untuk beginner + yang nak belajar + yang selalu ada masalah bihun hancur.
Tips nak goreng bihun tak putus . Selerakkan macam ni bagi semua permukaan bihun kena kuali. Nanti tambah sikit-sikit air tapis keliling kuali.Bagi 2-3 minit, gaul balik slow-slow je. Bihun confirm masak sekata. Nak senang menggoreng guna sudip yang bentuknya macam garpu, dua-dua belah.
Saya suka goreng bihun kosong guna bahan tumisan asas sahaja. Kalau bihun putih macam ni, takde isi ayam atau udang. Nanti goreng isi ayam crunchy asing macam ni, nak lagi sedap buat sambal kicap pedas.
2. Jangan rebus atau masak bihun sebelum nak goreng konon-konon nak bagi lembut.. JANGAN !!!
3. Jangan letak air panas time goreng bihun.Semua di atas akan buat bihun putus-putus dan hancur. Yang no 3 ni jadi macam ni sebab dah rendam bihun-dah lama awal-awal tambah pulak air panas time nak menggoreng.
Satu lagi..pilihan jenis bihun juga penting untuk dapatkan bihun yang best lepas goreng. mak-mak yang hebat-hebat goreng bihun.Boleh share jenama apa paling best dan paling cantek hasil masakan nye? Yang ni saya cuba guna brand Jasmine.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang tak pandai sangat nak goreng bihun tu, boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah bihunnya cantik, tak keras mahupun lembek. Sedang elok je.
Biasanya bila beli daun kunyit dan daun kesum, kita pakai sikit je dan bakinya perlu di simpan dalam peti sejuk. Namun salah cara simpan dedaun ni mudah layu kekuningan, rosak dan tak tahan lama. Membazir bila buang macam tu je.
Ikut cara simpan yang dikongsikan oleh Puan Huda Zainal lapik dengan kitchen towel lembap, daun kunyit boleh kekal segar 3 minggu dan daun kesum pula dah 6 hari.
“Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.”
“Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.”
2. Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
3. Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.
4. Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
5.Cover atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam refrigerator. Tak lah asyik membazir je bila beli tak guna.
Hasil setelah lama simpan. Daun kunyit 3 minggu. Daun kesum 6 hari. Surprise juga masa buka bekas tadi.
MW: Semoga perkongsian tip dapur ni bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang beli lebih daun kunyit dan daun kesum tu, ikut cara simpan yang dikongsikan ini barulah kekal segar dan tahan lama. Jadi taklah membazir apabila dibuang begitu sebab dah layu kekuningan dan rosak.
Kawasan dapur merupakan antara bahagian yang selalu kita gunakan setiap hari. Jadi tak hairanlah ia mudah kotor dan menjadi tempat bakteria mudah singgah. Permukaan luaran bila dilihat dengan mata kasar mungkin nampak ‘bersih’, hakikatnya kena tahu ada 14 benda yang disenaraikan paling KOTOR di dapur dan perlu ambil tahu cara betul untuk membersihkannya.
“Statement ’Joan Stiller’ dalam majalah Kings Of Maid, “Even the cleanest kitchen has germs”, terus tarik minat nak baca sampai habis.Terdapat 14 benda paling kotor di dapur dan disinggahi bakteria yang sentiasa menemani.”
Span pencuci pinggan mendapat undian nombor satu sebagai benda paling kotor. Keadaan span yang memerangkap lembapan menjadi tempat paling baik untuk pembiakan bakteria.
Cara terbaik adalah dengan menggantikan span setiap 2 minggu sekali menurut satu kajian yang telah dilaporkan oleh The New York Time.
Span pencuci pinggan dikategorikan sebagai benda paling kotor di dapur, namun papan pemotong dinobatkan sebagai alat nombor satu punca keracunan makanan. Ini kerana, tempat yang tercalar akibat kesan memotong meninggalkan serpihan makanan dicelah-celahnya.
Kaedah yang disarankan untuk membersihkan adalah menggunakan air suam terutama selepas memotong ayam. Menurut Ben Chapman, ‘food safety resercher’ di NC State University.
Katanya lagi, papan pemotong kayu lebih bagus digunakan untuk memotong sayuran dan buah. Manakala papan pemotong plastik untuk daging dan ayam.
Menurut Web MD, mangkuk tandas lebih bersih daripada sinki dapur jika kita meninggalkan pinggan atau periuk kotor di dalam sinki semalaman.
Cara terbaik pembersihan sink adalah menggunakan produk disinfectant sehari sekali dan dibiarkan kering dengan sendiri.
Kain tuala yang paling kotor di dalam rumah. Dicadangkan ganti penggunaan setiap hari. Kumpulkan semua dan basuh semua sekali dengan merendam di dalam air panas dan bleach.
Antara peralatan yang kotor kerana sering salah cara pembersihan selepas digunakan. Ramai hanya melalukan air pada pembuka tin tanpa memberus pada bahagian tajam pembuka tin.
Sebulan sekali, perlu direndam didalam air larutan cuka untuk membunuh kuman. Kemudian dibiarkan kering tanpa perlu membilas.
Habuk atau serpihan makanan yang kecil mungkin tersumbat di bahagian ruang memasukkan pisau. Cuba jujur, bila kali terakhir kita mencuci atau membersihkan tempat letak pisau?
Sebulan sekali, rendam ‘knife block’ di dalam air panas dan campurkan sedikit sabun pencuci pinggan. Ambil berus kecil seperti berus pencuci straw atau berus puting botol susu untuk membersihkan ruang kecil tempat memasukkan pisau itu.
Kaunter-top merupakan tempat untuk meletakkan makanan. Dan kebiasaanya, hanya akan dilap atau dibersihkan sekiranya terdapat tumpahan atau sisa makanan.
Menurut Lily Cameron seorang pakar dalam bahagian cleaning & organizing di Fantastic Service berkata, cara paling baik membersihkan kaunter top adalah setiap hari dengan menggunakan span, air panas yang dicampur dengan pencuci pinggan mangkuk.
Menggunakan produk disinfeksi atau bleach tidak sesuai pada kaunter-tops kerana kaunter-top adalah tempat meletak makanan. Akibat menggunakan bleach atau produk disinfeksi akan mengakibatkan keracunan.
Salmonella, Listeria, yis dan kulat sentiasa menemani sayur-sayur yang disimpan di dalam ruang ini andai ia tidak dibersihkan.
Menurut National Science Foundation, ruang ini perlu dibersihkan setiap bulan. Keluarkan laci penyimpanan sayur ini dan cuci dengan air suam dan sabun pencuci pinggan.
Kemudian, disarankan untuk sanitasi laci ini dengan campuran air dan cuka atau soda bikarbonat. Biarkan air campuran cuka atau soda bikarbonat selama 10 minit di dalam laci sayur. Setelah itu, buang air campuran tanpa perlu dibilas dan dilap. Biarkan kering.
Kita sering membersihkan ruang dalam peralatan eletrik seperti oven, microwave, air fryer atau cooker. Namun adakah kita membersihkan butang kawalan pada bahagian luar.
Kadangkala, ketika menekan butang kawalan panel dengan tangan yang berminyak tanpa kita sedar.
Cara yang terbaik untuk membersihkan butang kawalan panel adalah mengelap dengan kain bersih dan sedikit cecair pencuci pinggan . Setelah bersih, butang kawalan boleh disanitasi menggunakan cuka dan dibiarkan cuka kering dengan sendiri tanpa perlu membilas semula.
Antara barang yang kerap kita guna sebagai penyedap makanan. Namun ia antara bekas yang jarang dicuci.
Sebelum memasukkan garam atau lada baru, pastikan cuci dahulu bekas. Rendam dengan air panas seketika untuk membunuh segala kuman.
Segala pemegang seperti pemegang pintu peti ais, knobs pintu almari, pemegang pintu microwave atau oven. Atau apa sahaja pemegang di dapur adalah antara bahagian yang kotor di dapur.
Rajinkan diri untuk membersih dan lap semua pemegang di dapur.
Rujuk manual cara yang betul untuk membrsihkan blender gasket. Namun blender yang baik adalah yang boleh dibuka bahagian bawah blade dan gasket untuk dibersihkan.
Setelah guna, perlu dibasuh dengan bersih. Sekiranya menggunakan blender yang boleh dibuka pada bahagian bawah, pastikan gasket dan blender betul-betul kering barulah dipasangkan semula dan disimpan.
Jika tidak, bahagian alur blender dan gasket akan berlumut dan wujud serpihan hitam yang mengelilingi gasket. Yuks.
Memang tugas tong sampah untuk mengumpul segala bahan buangan. Namun tidak semestinya ia tidak perlu dibersihkan.
Gunakan bleach untuk mensanitasi tong sampah. Namun cuci bersih dahulu sebelum krja-kerja sanitasi.
Ramai penggemar kopi yang memiliki coffee maker di rumah ataupun di pejabat.
Disarankan untuk mengosong dan membersihkan tangki menyimpan air seminggu sekali. Masukkan 1 nisbah 10, cuka dan air ke dalam tangki simpanan dan biarkan didih sehingga air tinggal separuh. rehatkan selama 30 minit.
Kemudian buang air campuran cuka dan didihkan semula air bersih. Ulang proses didihkan air kosong sebanyak 2 kali.
Sempena PKP ni, marilah sama-sama kita mencuci dengan cara yang betul 14 item yang disenaraikan sebagai benda yang paling kotor di dapur.