
Cuba perhatikan dalam rumah, cuba mak-mak tengok keadaan kipas siling. Nampak masih ok atau dah nampak buruk dan berkarat? Hah, ini lah waktunya untuk bagi cantik sikit kipas siling tu.
Sebenarnya, ia boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar ataupun nak kena tukar kipas yang lain. Dengan hanya menggunakan semburan ‘Spray Paint’ sahaja.
Cara nak buatnya pun mudah sangat. Hasilnya nanti, kipas siling lama nampak baru dan cantik.
Ikut cara ini.
Bahan Diperlukan:
Cat Semburan ‘Spray Paint’ (Ikut Suka Pilihan warna)
Kipas Siling Lama
Scrapper (pengikis)
Kain pengelap
Cara-Caranya:

Langkah 1: Buka dan bersihkan bilah kipas dengan kain lap, kikis sisa karat yang ada pada bilah kipas.
Langkah 2: Semburkan dengan spray paint warna pilihan anda.
Langkah 3: Biarkan semalaman atau tunggu sehingga ia benar-benar kering dan pasang semula kipas tersebut.
Siap!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayah Mentua Dijemput Ilahi, Da’i Hamidah Mohon Sedekahkan Doa

Isi Kandungan
TogglePendakwah dan penceramah Da’i Hamidah kehilangan ayah mentua, Allahyarham Mohamad Jan Bin Din yang kembali ke rahmatullah pada Subuh, 23 Jun lalu.
Arwah bapa mentuanya itu juga dikenali sebagai Ustaz Fawwaz Md Jan. Akui menantunya ini, arwah merupakan ayah mentua yang sangat baik.
Kehadiran ayah mentuanya ini, walaupun untuk masa yang tak lama seakan menjadi pengganti arwah bapanya. Sentiasa mengambil berat akan menantu lagi-lagi bila Da’i Hamidah mahu memberikan sesi ceramah.
“Tak mampu nak kata apa- apa tetapi beliau ayah mertua yang sangat baik. Semua menantu dan cucu sangat kasih kepadanya. Saya walaupun masih baru dalam keluarga ini benar-benar rasa beruntung masih ada ayah walaupun abah telah tiada.
Dari awal sehingga ke akhir hayatnya beliau bila jumpa mesti mai cari cucu, ribakan cucu, cium cucu. Patut anak-anak selalu pi dekat ayah. Memang kasih sungguh. Tak lupa ayah bersusah payah turun kedai sudi belikan hadiah untuk kelahiran anak saya.
Teguran Ayah Berbekas Di Hati
Di fasa awal perkahwinan pula ayahlah orang pertama yang tegur saya jangan drive jauh- jauh risaukan kandungan. Saya pun tak pernah terfikir dan ayah panggil saya cakap baik- baik. Teguran ini membekas di jiwa buatkan saya rasa lega masih ada ayah yang selalu melindungi saya
Ayah juga akan selalu mendengar cerita saya, setiap kali nak ceramah, ayah akan datang tanya tajuk apa. Nak ayah tolong apa. Dan raya tahun ni masa belikan baju raya dan hadiahkan kat ayah dan ummi.
Ayah kata, “terima kasih ya bagi hadiah, lawanya baju.” Dan ayah belek-belek dengan muka penuh gembira. Begitulah cara ayah tiap kali beri apa- apa. Sebagai anak kita tahu pemberian kita tidak seberapa tetapi saya kagum dengan akhlak ayah yang sangat-sangat pandai buatkan orang lain rasa bahagia
Ayah Mentua Sangat Penyabar
Dan antara ungkapan yang saya juga tak boleh lupa ialah ayah selalu bagitahu ada apa- apa masalah bagitau ayah. Sungguh ayah seorang insan yang sangat sangat penyabar dan sangat pandai ambik hati orang.
Saya akui sejak ada ayah, saya berasa yakin dan kurang kesedihan kerana saya sedar saya masih ada hero di belakang saya.

Terima kasih ayah, tak lupa kata kata ayah di awal menjadi menantu. “Hamidah, walaupun Hamidah dah takda abah, jangan sedih ya ayah ada.”
Ya Allah, rahmatilah ayah, ampunkan dosanya. Saya menjadi saksi betapa mulianya hati ayah. Semoga Allah Taala menghadiahkan kebahgiaan yang sebenarnya di alam sana yang kekal abadi. Tolong sedekahkan doa untuk ayah saya ya. Terima kasih sangat- sangat #daihamidah #ayah
Baca sini :Tolong doakan guru Da’i Hamidah, sakit tak boleh bertutur normal.
Mingguan Wanita : Semoga roh Allahyarham Mohamad Jan Bin Din ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Da’i Hamidah
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beli Rolls Royce Cullinan RM3 Juta, Instafamous Ryzal Bikin Peminat Teruja

Beli Rolls Royce Cullinan RM3 Juta, instafamous Ryzal bikin peminat teruja. Dalam hidup manusia sering menyimpan impian untuk memiliki apa yang disukainya. Dengan rezeki dimurahkan kerana berbuat baik dengan isteri, segalanya mampu dimiliki.
Satu perkongsian dari instafamous Ryzal Ibrahim yang terkenal dengan tagline Duriankimchi mengundang persoalan di kalangan peminatnya apabila memuat naik dirinya duduk di dalam kereta mewah berjenama Rolls Royce jenis SUV Cullinan. Ini kerana dapat dilihat instafamous ini mencuba-cuba kereta tersebut di samping anaknya, Rina berusia setahun.
@ryzalibrhmRezeki Allah tak pernah salah.♬ original sound – ryzalibrhm
Ramai teruja kerana hargnya saja mencecah RM3 juta selain kenderaan mewah ini diyakini kerana jenamanya. Bahkan Rolls Royce Sullinan ini hanya datang dalam dua warna sahaja iaitu hitam dan merah.
Dapat dilihat dari videoanya, Ryzal mencuba-cuba kenderaan tersebut. Namun apa yang mengundang lucu di hati peminatnya apabila di akhir videonya, Ryzal dikejutkan dengan bunyi alarm telefon yang mengejutkannya dari mimpi. Ya mimpi yang lena dan dirinya sedang mencuba-cuba kenderaan tersebut.
Ramai pada awalnya mahu mengucapkan tahniah kerana membeli kereta mewah itu tetapi akhirnya menyedari dia seakan bergurau. Tapi ramai juga membuat agakan dirinya sudah membuat tempahan kenderaan mewah tersebut. Bahkan ramai yang mendoakan dia membeli kereta mewah itu kerana dimurahkan rezeki kerana sering membahagiakan isterinya, Maryam.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Farah Lee Akui Bukan Mudah Membesarkan Anak Sendirian, “Allah Adalah Sebaik-Baik Tempat Bersandar”
Usaha Murni Syifa Melvin Bantu Gadis Pekak, “Percayalah Takkan Miskin Harta Bila Memberi”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kain Kapan Bangsawan, Dijual RM219 Semeter Untuk Golongan Kaya

Isi Kandungan
ToggleKain kapan bangsawan, dijual RM219 untuk golongan kaya. Hari ini semuanya duit. Mereka yang memiliki duit yang banyak akan berkongsi di media sosial kehidupan mewah seolah-olah dunia tiada penghujungnya.
Jika duit membeli segalanya di dunia, di akhirat manusia hanya membawa tiga bekalan sahaja. Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pengantin Perempuan Pilih Kain Kapan Mahar Mas Kahwin, Lambang Ikatan Cinta Hingga Ajal Pisahkan
‘Tanam Jenazah Secepat Mungkin.’ Anak Ralat Baru Terjumpa NOTA, Kelengkapan Urus Jenazah Mak
Akibat Suka Mengumpat, Kain Kafan Jenazah Tidak Cukup Untuk Menutup Mayat
Tapi hari ini duit menjadi raja. Dan selepas kematian pun masih memikirkan “mewah”untuk berhadapan Malaikat Munkar dan Nankir di alam barzakh.
Tindakan seorang wanita dikenali sebagai Suryani yang menjual kain kapan bangsawan menjadi sebutan di media sosial.
Kain Kapan Bangsawan
Jika sebelum ini kain kapan hanyalah kain putih sahaja tetapi dirinya mengambil peluang menjual kain kapan untuk golongan bangsawan dengan harga satu meter RM219.
Memetik Astro Awani, barangkali, tidak pernah terlintas di fikiran sebahagian besar daripada kita bahawa kain kafan untuk membaluti jenazah juga mempunyai gred yang berbeza.
Sangkaan kita tentu sekali kain kafan bewarna putih yang harganya tidak pula semahal mana.
Namun, dalam dunia moden hari ini, kain kafan untuk jenazah sebetulnya sudah dijual pada harga yang sangat luar biasa.
Ditakrif sebagai kain kafan jenazah bangsawan, seorang peniaga di Indonesia mencuri tumpuan ramai berikutan hasil jualan itu difahamkan mendapat sambutan luar biasa khususnya daripada golongan ahli Parlimen negara jiran itu.

Dijual RM219 Semeter Untuk Golongan Kaya
Berdasarkan laporan portal berita Indonesia, Suara.com, wanita bernama Suryani itu menjual kain kafan mewah pada harga 750,000 rupiah (RM219) semeter.
Katanya, di daerah Jeneponto, wilayah Sulawesi Selatan, kain kafan dipanggil sebagai tope.
Tope bukan sahaja digunakan untuk mengafankan jenazah, bahkan, material itu juga oleh menghasilkan pakaian seperti jubah, tudung, beg dan kipas.
“Harganya mencecah Rupiah 1.7 juta (RM498) apabila sudah menjadi baju. Ramai pembelinya adalah daripada anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR),” kata Suryani.
Suryani berkata, kain kafan itu diperbuat daripada kapas asli yang dipintal menjadi benang.
“Proses penghasilannya mengambil masa dua bulan untuk menjahit satu pakaian, maka, ia dijual mahal,” ujarnya.

Kata Suryani, kain kafan tersebut digunakan untuk membaluti jenazah keturunan bangsawan, justeru menyebabkan, kebanyakan orang beralih kepada kain putih kerana perbezaan harga yang ketara.
Kain kafan atau tope dihasilkan di wilayah Kelara, Jeneponto oleh sekitar 50 wanita tempatan yang terlatih.
Usaha Suryani menjual tope adakah kerana ingin meneruskan kelangsungan penggunaan kain kafan itu yang disifatkannya sebagai hampir ketinggalan zaman. – Awani
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
TEMUI MARSHA LONDOH YANG AKAN HIBURKAN ORANG RAMAI DI DI FIESTA USHA-USHA BISKUT RAYA DI PUSAT BELI BELAH SETIA CITY MALL. ADA 40 VENDOR POPULAR AKAN BERSAMA KAMI DI FIESTA INI MENJUAL BISKUT RAYA. JOMMMSSSS…
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI