Idea DIY ikat pensil warna yang dikongsikan oleh Puan Zulaikha Ali ini sememangnya akan memudahkan dan menyenangkan kerja mak-mak nak mengendalikan pensil warna anak-anak.
Biasalah anak-anak tengah nak membesar ini. Bukan boleh duduk setempat pensil warna. Kalau tak hari ini hilang sebatang, esok lusa mungkin gagal dikesan. Sudahnya mak-mak kenalah menapak ke pasaraya beli yang lain.
Supaya tak membazir, inilah yang ibu ini kongsi cara mak-mak boleh cuba agar pensil warna anak tak hilang.
Mak-mak ni kadang nak benda yang menyenangkan kerja dia. Inilah jadinya bila mak tak rajin nak kutip pensil kaler anak-anak setiap masa.
Kadang terselit bawah dapur.
Kadang terselit celah sofa.
Kadang sampai masuk mesin basuh pun hado.
Punyalah merata bersepahnya tu *biasalah anak-anak kecik kan* yang paling haru bila tak sampai berapa hari beli dah kurang 3 batang. Adehhh.
Lebih susah hati bila anak nak masuk sekolah. Jadi nak ajar jaga barang sendiri tu mula dengan yang simple-simple dulu. *anak lelaki kot, kalau anak perempuan mungkin boleh harap sikit, hihi*
Lega lepas siapkan benda ni. Lepas ni takde dah sepah-sepah. Paling best tak ada budak datang mengadu kat ummi kaler pensil dia hilang.
Alatan nak buat semua beli kat Diy jek. Step dia pun mudah sangat.
Alatan yang diperlukan :
Gam tembak
Pensil warna (ikutla nak yang panjang ke pendek)
Gunting
Tali (macam tali ampai tu, tapi halus je)
Selotape corak
Ring key chain
• Mula-mula potong dulu tali tu
• Ikutlah nak panjang mana
• Ikatkan dekat ring keychain tu kuat-kuat
• Lekatkan tali kat hujung pensil warna tu guna gam tembak.
• Kalau guna selotape je nanti tali tu boleh cabut
• Dah siap gam semua tali, buhla selotape corak-corak tu bagi lawa sikit. Tak nak pun takp apa. Nak bagi anak suka je.
• Kalau rajin buh la tag nama dia. Yang tu guna kotak Shaklee je. Gunting sikit.
Sumber/Foto : Zulaikha Ali