Sambutan hari guru yang disambut setiap tahun. Hari yang penuh bermakna buat cikgu-cikgu atas jasa dan ilmu yang diberikan untuk anak-anak murid menjadi insan yang berjaya.
Menariknya, bila sebut sambutan hari guru, masa inilah macam-macam hadiah yang diberikan untuk cikgu tersayang. Tak kisah kecil atau besar tapi ia sangat bermakna buat guru.
Paling bersemangat tentulah anak-anak murid dan buat mak-mak pun pening sebab memikirkan hadiah apa yang sesuai untuk berikan pada guru yang telah banyak curah ilmu pada anaknya.
Kali ini perkongsian daripada Hani Mynis boleh memberi idea buat mak-mak untuk berikan hadiah cikgu yang mengajar anak-anak. Mak boleh belikan barang dan tugas anak-anak untuk buatkan.
Kit Alat Tulis Hadiah Hari Guru
Alhamdulillah, setel hadiah hari guru untuk tahun ni. Siapkan awal-awal supaya tak kalut. Bagi tahun ni hani masih kekalkan tema yang sama iaitu kit alat tulis untuk cikgu-cikgu Aqil.
Sememangnya, bagi Hani hadiah ni paling praktikal untuk cikgu-cikgu dan pada masa yang sama, murah dan senang untuk disediakan.
Ads
Kali ini, semua alat tulis masukkan dalam botol air. Semua alat tulis hani beli di Eco je.
Antara alat tulis yang diletakkan (dan cadangkan untuk letak): pen merah
pen hitam/biru
whiteboard marker pen
mini stapler
correction liquid/ correction tape
klip kertas/binder clip
gam
Kos alat tulis untuk lapan orang cikgu= RM50.40
(Satu set RM6.30)
Semoga cikgu-cikgu Aqil berbesar hati terima pemberian Aqil untuk tahun ni.
Ads
.
Elakkan Hadiah Ini Untuk Beri Pada Guru
Ada beberapa pa hadiah yang kalau boleh dielakkan. Kalau kita berikan hadiah pada seseorang, elok kita berikan benda yang boleh dia guna atau pun paling praktikal. Sebab selagi dia guna barang tu insya Allah saham pahala untuk kita juga ada. Win-win gitu.
(X) Mug : Sebenarnya, bukan sebab mug tu tak boleh digunakan, tapi selalunya hadiah mug ni paling popular sampai satu tahap ada cikgu yang dapat 5 mug sekali gus. Mug tahun-tahun lepas masih ada tak guna llagi. Last-last jadi jadi tempat simpan habuk dalam almari. Kalau dapat cikgu yang sejenis minimalis lagi serba salah pulak cikgu dibuatnya. Paling selamat, elakkan beri mug ya.
Ads
(X) Apa-apa sahaja barang dekorasi contohnya macam wall art. Yang ada quote2 teacher day tu sebab purpose nya memang semata-mata untuk dekorasi. Kadang-kadang kita pun tak tahu citarasa cikgu nak hias meja atau rumah dia kan.
(X) Barang peribadi seperti baju, tudung, minyak wangi melainkan kita betul-betul tahu jenis tudung yang cikgu pakai (shawl, bawal, tudung labuh: labuh mana, material apa, warna apa), saiz baju cikgu (salah saiz serba salah pulak dua-dua pihak), bauan kegemaran spesifik. Banyak lah nak kena fikir. Jangan serabutkan kepala. Elakkan beli barang peribadi ya.
Apapun, ini hanya pendapat peribadi. Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Idea yang baik untuk bagi pada cikgu yang mengajar anak. Boleh gunakan masa mengajar nanti.
Rupanya sangat senang nak buat sendiri serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Menggunakan bahan-bahan semulajadi yang pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Hidayat Sahidini sebagai panduan;
Homemade mushroom seasoning powder. Ke arah perisa semulajadi tanpa garam dan msg.
Bahan-Bahan:
Cendawan shitake lotuss halfprice stiker kuning
Lobak merah (hiris guna peeler)
Bawang putih
Cara Membuat:
1. Hiris semua bahan dan masukkan dalam air fryer. Dehydrate 80°c 60min++ sehingga bebetul kering macam kerepek.
2. Selepas itu blend kering.
Siap!
Info Ekstra!
Guna cendawan segar, bilas-bilas kemudian hiris je. Tengok mat salleh buat guna dry mushromm dia terus blend je.
Kalau tak ada dhydrtor pakai Air Fryer biasa guna suhu paling rendah 80°c.
Boleh juga bakar cendawan tu sekejap dalam oven. Pastu agak-agak lembab dan tak basah sangat, masukkan dalam kuali dan sangai. Leceh sikitlah sebab tak ada alatan sesuai. Tapi insya allah tetap jadi.
Mingguan Wanita:Menarik boleh buat sendiri serbuk perasa cendawan ni di rumah. Memang jimat,perisa semulajadi bebas garam dan msg malah boleh dapat banyak hasilnya.
Kebiasaannya ayam yang dah tak segar akan kelihatan pucat, dan agak berbau. Lebih-lebih lagi jika ia disimpan lama dalam peti sejuk. Sebenarnya ada petua mudah untuk kembalikan kesegaran isi ayam sekaligus menghilangkan bau hanyir selepas dicuci, hanya menggunakan garam sahaja.
Boleh cuba petua dapur yang dikongsikan oleh Puan Rohaida Ieda ini sebagai rujukan;
“Saya guna tepung untuk hilangkan hanyir ayam dan saya perapkan garam sekejap untuk segarkan isi ayam”
Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar.
1. Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.
2. Biarkan selama 5 minit.
3. Cuci ayam seperti biasa.
4. Isi ayam akan kembali kemerahan @ nampak segar.
Info Ekstra:
Untuk ayam yang dah segar letak garam basuh terus je tapi kalau isi ayam yang dah nampak tak berapa nak segar perapkan dengan garam sekejap baru isi ayam kembali segar.
Selain itu, boleh juga setiap kali basuh ayam letak sedikit cuka, limau nipis dan garam bagi menghilangkan bau hanyir ayam.
Mingguan Wanita:Boleh cuba petua dapur yang dikongsikan ini jika kembalikan kesegaran isi ayam. Hanya perlu perap sekejap dengan garam dan cuci seperti biasa.
“Dulu rasa tak mampu.” Selepas 12 tahun, deko sikit demi sikit dan ini hasilnya. Memang cantik, kemas dan tenang mata memandang.
Perkongsian Puan Siti Fatimah Ahmad di pages Kelab Kaki Deko mendapat perhatian ramai kerana ilham dekorasi yang sedikit demi sedikit sejak 12 tahun lalu menghasilkan dekorasi yang sangat wow.
Rata rata komen dari netizen cukup teruja dan segelintir daripada mereka menjadikan Puan Siti Fatimah sebagai pemangkin semangat untuk mereka menghias kediaman sendiri.
Dulu Rasa Tak Mampu
Alhamdulillah…. Sikit demi sikit mendekorasi, selepas 12 tahun baru dapat hasil macam ini. Masa mula masuk rumah dulu, sofa pun tak ada.
Buat yang mana penting dulu macam kitchen cabinet, siling kapur dan grill. Perabot dan lain lain beli sikit, sofa pun beli yang terpakai.
Maklumlah sebab bukan berduit sangat. Tapi semangat hendak mendeko itu buat saya berusaha lebih dan jadikan motivasi untuk lebih bekerja keras.
Saya suka rumah yang bersih kemas dan cantik. Sebenarnya, harga perabot bukanlah ukuran tetapi kalau mampu apa salahnya demi kepuasan diri. Apa pun dekolah ikut kemampuan masing masing….
Ucaplah perkataan yang baik baik, insyallah mana tahu suatu hari nanti ada rezeki kita.
Deko Sikit Demi Sikit Ini Hasilnya
Saya dulu pun rasa tak mampu bila tengok sofa cantik, tapi saya berazam untuk dapatkan sesuatu.
Cukuplah coretan dari kami orang jelapang padielok dak deko kami hampa. Kami bukan tauke beras na, kami hanyalah suri rumah sambil berniaga online.
Komen Netizen:
Mingguan Wanita : Sebenarnya dalam dekorasi ini, paling penting adalah minat dan usaha. Walaupun tak mampu, usahakan deko mengikut kemampuan sendiri. Seronok bila balik ke rumah, rumah dalam kemas dan cantik.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...