Masalah habuk dan kulat yang menempel kat perabot rumah, memang tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi denan keadaan cuaca sekarang ini. Habuk memang cepatlah menyinggah. Manakala, kalau cuaca sejuk pula, kulat-kulat cepat membiak terutamanya pada perabot rumah.
Kadang-kadang, jenuh nak membersihkan dan setiap minggu, inilah rutin yang harus mak-mak buat. Kan. Kalau beli gel silika yang menarik habuk dan kulat, agak mahal juga terutamanya yang berkualiti. Kalau beli yang murah, takut tak berbaloi.
Jadi, apa kata kita buat sendiri saja gel silika untuk nyahkan habuk dan kulat nie. Beli timbang kilo, bolehlah dapat banyak dan satu rumah boleh letak untuk menyahkan habuk dan kulat ni.
Perkongsian daripada Bijen Mohd, boleh membantu mak-mak untuk menyediakan sendiri gel silika ini. Moga bermanfaat.
Ingat lagi dua tahun lepas saya pernah kongsi cara buat DIY dehumidifier menggunakan gel silika? Ada sesiapa yang dah cuba? Macam mana kesannya? Berhasil tak?
Kali ini, saya bagi testimoni sikitlah. Setelah dua tahun menggunakan kaedah tersebut, saya dah boleh tarik senyum lebar sampai ke telinga. Dalam seminggu ini saya buat deep cleaning kat rumah, tak jumpa sehabuk kulat pun.
Kalau diikutkan, dah dua cycle musim winter kat Kertih ni. Saya pun tak ambil cakna sangat keadaan dalam rak tu. Tengok-tengok, kulat langsung tak timbul balik. Issue permanently solved.
Jadi, saya kongsi balik cara nak selesaikan masalah habuk kulat yang rajin membiak di perabot rumah. Ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah
1. Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu. Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
2. Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembungkusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya. Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.
3. Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik. Kristal ni boleh di kitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur. Kalau beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak. 4. Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya. Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Jangan salah faham pula.
Ads
Satu lagi tip nak kongsi, kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut. Sebab udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan. So, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik.
Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.
5. Ini rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.
Ads
Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.
Cuba belek span basuh pinggan di dapur, bila agaknya span tersebut di tukar yang baru. Ada yang gunakan span sampai naik ‘lunyai’. Mungkin tak nampak dengan mata kasar, hati-hati span merupakan tempat paling kotor dan syurga bagi pelbagai jenis kuman membiak. Juga boleh jadi punca berisiko mendapat cirit birit.
Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.
Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.
Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.
Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.
Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?
Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:
Rebus 5 minit atau,
Microwave. Letak dalam air + bleach selama 2 minit atau,
Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.
MW: Jadi rajin-rajinlah basuh span cuci pinggan dengan kerap dan tukar sekurang-kurangnya setiap 3 minggu sekali untuk menjamin kebersihan dan mengelakkan daripada pembiakan kuman.
Bahagia sungguh hati isteri, bila suami tahu macam mana nak menghargai dirinya. Lagi-lagi lepas bertarung nyawa melahirkan cahaya mata, malah melalui episod berpantang yang panjang.
Kisah yang dikongsikan Khairunnisa Hamzah ini begitu istimewa. Suami ini membuat kejutan makeover rumah untuk isterinya yang berpantang di kampung. Dalam masa tiga bulan itu, rupanya dia merancang projek ubahsuai rumah untuk isterinya.
Hadiah Makeover Rumah Buat Isteri Yang Berpantang Di Kampung
“Bang, cuba tengokkan dapur belakang ni boleh buat macam mana?” si suami panggil daddy datang ke belakang rumah untuk bincang buat makeover.
Suprise makeover!
Sebab masa buat makeover ini isterinya di kampung selama 3 bulan kerana melahirkan dan berpantang anak pertama.
Bermula dari kerja dapur sebab isterinya memang suka memasak, akhirnya satu rumah sekali bertukar rupa.
Bukaan tingkap yang besar dan tidak dibuka kerana aurat dengan jiran, baik kita tutupkan saja dan hanya buat lubang udara.
Isteri Tengok Undur Balik, Takut Tersilap Rumah
Nah, tengoklah kejadian selepas makeover
Ini bukan siapkan bilik pantang/bilik baby tapi siapkan satu rumah sekali!
Bertuah betul si isteri.
Encik suami yang nak buat suprise untuk isteri yang dicintai nanti boleh panggil kami datang makeover satu rumah sekali.
Memang menangis isteri masa melangkah masuk rumah. Siap undur balik sambil dukung baby takut tersilap rumah.
Bertuah Si Isteri..
Kata Khairunnisa, “Dialah klien mula-mula kami.”
“Suaminya muda lagi, tapi pandai berniaga. Isteri dia bersalin, terus pakat dengan saya dan suami buat makeover rumah dia.”
“Surprise untuk isterinya balik pantang. Kami siapkan dalam tempoh tu sampai hari isterinya balik.”
Bertuah si isteri.
Cantik! Hasil Tiga Bulan Ubahsuai Kediaman
Sebelum
Ruang dapur – selepas
Sebelum
Selepas
Sentuhan Seni Kediaman Yang Tenang
Bilik – sebelum
Ruang tamu – selepas
Ke tingkat atas – selepas
MW : Syukur, suami ini amat menghargai isteri. Haa.. yang belum ‘tutup kedai’ tu boleh minta suami belanja makeover rumah. Boleh mula dengan dapur dulu..
Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah (Mommy Dekor), Senibina kehidupan di rumah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Waktu kecemasan seperti terputus bekalan tiada elektrik pada tengah malam memang membimbangkan. Apatah lagi jika tiada stok lilin di rumah dan kedai pula dah tutup. Alamatnya bergelap gelita lah sepanjang malam.
Sebenarnya ada cara mudah untuk mendapatkan cahaya bagi menerangi kegelapan malam malah mampu bernyala sampai ke pagi. Boleh cuba buat pelita beras sendiri di rumah yang menggunakan minyak masak sebagai bahan utama.
Pengalaman Jadi Sukarelawan Banjir
Perkongsikan di akaun TikTok @parkdin.my ada kongsikan cara membuat pelita beras ini. Ia merupakan pengalaman ketika menjadi sukarelawan sewaktu menghadapi bencana banjir di Kelantan pada 2014.
“Pada tahun 2014 ketika banjir melanda Kelantan waktu tu saya belajar buat pelita ni. Datang sebagai sukarelawan ketika itu.
Api akan bernyala selagi mana ada minyak yang terendam.
Jika tiada beras dan tisu pun boleh. Boleh gunakan apa sahaja mengikut kesesuaian.Sebagai contoh, jika tiada tisu guna kain perca pun boleh. Cuma bahan utama yang perlu ada ialah minyak masak.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila terputus bekalan elektrik dan tiada stok lilin di rumah boleh cuba buat ‘pelita beras’ ini. Mudah je nak buat malah hanya guna 3 bahan yang selalu ada di dapur.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...