DIY ‘Fluted Wall’ kemas dan cantik, kos bawah Rm500 puas hati buat sendiri. Jika di rumah dinding kosong je selama ini, boleh ubah wajah serikan dengan buat sendiri ‘Fluted Wall’. Hasilnya memang nampak cantik dan kemas malah berbaloi dapat lebih jimatkan kos bila buat sendiri berbanding upah kontraktor.
Baca perkongsian daripadaShaher Fuadini sebagai rujukan;
DIY FLUTED WALL BAWAH RM 500.00!!
Baik, Alhamdulilah kalini hendak berkongsi projek yang sebenarnya sudah sekian lama dah nak masuk 2 tahun idea untuk buat macam ini. kebiasaannya corak ini orang ramai panggil ‘fluted wall’ ataupun wall strip atau strip wall. Mana-mana je lah yang penting design di garis corak-corak macam strip gitu.
Saya dah banyak survey kontraktor-kontraktor hiasan dalaman untuk keluasan 11 kaki x 10 kaki semuanya quote tak lari dari RM 8000.00 ke RM 10,000. Mahal kan? memang lepas buat ni rasa macam ni lah last buat benda ni.. Memang berkicap.
Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mulakan projek, mengisi masa lapang yang ada. haha.. Dalam post ini saya akan beritahu dari A-Z proses amatur pemasangan Fluted wall ini dan semua pembelian secara online iaitu shopee.
Ok, sebenarnya kerja-kerja untuk buat fluted wall ini boleh dibahagikan kepada 4 fasa ataupun level iaitu :
1. Lekat kayu(saya gunakan mdf board) ke dinding.
2. gap filler
3. wood filler
4. cat undercoat
5. cat warna yang kita nak apply.
Saya sertakan gambar-gambar proses untuk rujukan dan penerangan lebih lanjut di setiap gambar.
Masa yang diambil untuk siapkan fluted wall ini memakan masa selama 2 hari sahaja. haha.. 2 hari pun berpeluh baq hang.. Rasa give up dah sebab kena deal sebatang sebatang. Masa di pertengahan pemasangan rasa macam menyesal pulak.. tapi daku teruskan jua.
Untuk kayu saya gunakan jenih mdf board dengan ketebalan 6mm lebar 1 inci dan panjang 5 kaki. Dalam proses ini, saya perlukan lebih kurang 134 batang. Seller mdf board di shopee yang saya beli ini boleh buat custom size.. so jangan risau.. bagitau je berapa lebar nak, die akan potong siap-siap dengan ketam sekali, memang tinggal gam aje. Setel.
Untuk cat pula saya guna nippon paint wood undercoat dan nippon paint matte white easy wash.
Ads
Jadi total kerugian untuk projek fluted wall ini:
1. MDF Board ( 1 inci x 6mm x 5 kaki) : 134 batang (RM 1.90 sebatang x 134) = RM 254.60 2. Wall sealer : Selleys liquid nail ( 2 botol) = RM 24.00 3. Gap Filler : Selley Gap Filler (2 botol) = RM 15.00 4. Nippon paint under coat 1 litre : RM 38.00 5. Nippon Paint Matte White Easy Wash 3 litre : RM 98.00 jadi total semua adalah sebanyak RM 429.60
Tools macam caulk gun, jig saw saya tak masukkan sebab memang dah ada. boleh guna untuk projek-projek seterusnya.
Jadi dengan berbekalkan keyakinan dan kecekalan dan sedikit ilmu kemahiran hidup bersepadu, alhamdulilah siap juga. mungkin dari sudut craftmanship tu tak lah sekemas kontraktor hiasan dalam yang memang hari-hari buat kerja tu kan.. tapi alhamdulilah.. puas hati buat sendiri dan yang penting cukuplah cantik pada pandangan mata saya bila balik dari bergaduh di mahkamah setiap hari.. haha..
Lagi satu kalau boleh dapatkan bantuan pasangan sebab dia akan menjimatkan lagi masa pemasangan ye.. huhu. Dalam kes ini takde sape lagi dah isteri je lah yang ada membantu.
1) Ini adalah dinding sebelum yang berukuran 11 kaki x 10 kaki.
Ads
2) Ini adalah proses gam ke dinding menggunakan wall sealer yang dah beli tadi. Memang kena ada kesabaran yang tinggi.
3) Tadaa.. dah siap tampal. Lepas tu kalau ada gap guna gap filler dan joint antara kayu tu letak wood filler.
Ads
4) Lepas tu boleh dah cat undercoat biarkan selama 3 4 jam dan boleh cat guna cat kesukaan anda semua.
5) So inilah hasilnya. Simple dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Mingguan Wanita: Menariknya, dinding kosong terus nampak berseri bila buat sendiri ‘Fluted Wall’ ini di ruang tamu. Malah lebih jimat kos, berbanding upah kontraktor.
Masa kecil-kecil, mak selalu ingatkan dan pesan supaya jangan mandi air hujan. Katanya, nanti kita demam. Tak kurang juga yang kata akan sakit kepala bila terkena hujan.
Masing-masing ada spekulasi tersendiri tentang mandi air hujan. Hinggakan kita sendiri akan cuba tidak lakukan dan terikut dengan nasihat yang dipesan itu.
Bila difikirkan, apa yang pelik bila mandi air hujan sebab ia terus dari langit. Bersih dan tiada kotoran pun. Kononnya bila terkenan nanti akan buat kita demam, selesema dan sebagainya.
Sebenarnya, mandi air hujan ini ada baiknya untuk badan kita. Inilah terapi semulajadi untuk membuang segala kotoran dalam badan yang kita sendiri tidak tahu. Ada caranya, seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi ini.
Bila dah tua gini, ustaz kata hujan tu ubat, ternganga saya.
Ada dengar ceramah ustaz Kazim dan buat sedikit pembacaan, barulah saya berani nak biar anak-anak mandi hujan.
Rupa-rupanya, bila kita mandi air hujan, kemudian kita sakit, itulah indicator yang badan kita berpenyakit.
Hujan ini ibarat pencuci. Untuk nyahkan kotoran terutamanya gangguan makhluk halus.
Bila sudah tahu, terus mula belajar tadah air hujan. Tapi bila tadah, adalah seinci je dapat. Akhirnya, nak mudah saya ikut join anak berdiri dalam hujan
Ini pendapat ustaz kalau nak mandi hujan.
1) Niat. Niat semuanya dalam hati untuk mohon bantuan Allah. Minta dihancurkan sihir atau apa saja jenis gangguan yang ada dalm badan.
2) Badan Terus Kena Hujan. Bukan yang tadah dari atap atau pokok. Ustaz Kazim cakap, takut kalau tadah dari pokok atau atap, nanti kita mandi air yang campur dengan kotoran lain. Kalau segan mandi kat luar, letak baldi tengah laman tu. Lepas itu, bawa dan mandi ke bilik air.
3) Bukan hujan panas yang gerimis tu.
4) Jangan masa guruh. Bimbang terkena petir pula.
5) Mula mandi lepas 10 minit hujan turun. Air hujan yang awal itu mungkin kotoran dari udara.
6) Baca ayat-ayat Al-Quran. Kalau tahu baca ruqyah, bacalah. Kalau tak, Al-Fatihah, ayatul Qursi dan 3 Qul pun cukup.
7) Kalau ada mula rasa nak muntah, keluar angin, tepuk-tepuk bahagian yang sakit sampai keluar.
8. Jalan terus lap badan dengan tuala. Biarkan ia kering sendiri.
9) Kalau boleh, buat 3-7 hari berturut-turut. Sekarang musim hujan, eloklah manfaatkan. Semoga jadi asbab untuk kita kembali sihat.
Mingguan Wanita : Rupanya, kalau demama da nsakit kepala itu, mungkin sebab ada ‘gangguan’ lain ye!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pokok snake plant yang tiba-tiba viral ini rupanya senang dijaga dan tak perlu belai lebih-lebih. Hanya siram dua kali sebulan.
Jadi sesuailah untuk mak-mak yang super busy dan tak cukup masa untuk “manjakan”tanaman. Tak kisahlah pokok ini betul ke tak penyerap atau penyedut habuk, asalkan rumah bertambah berseri.
Ikuti perkongsian Yuslan Ibrahim, katanya pokok ini teramat senang nak jaga.
Alhamdulillah… Siap lima pasu pagi ini pokok viral … Orait abam nak share tips tau… Moh share laju-laju..
Snake Plant ini teramat senang menjaganya… Di sini saya senaraikan simple tip penjagaan pokok viral ini :
1. Siram 2 kali sebulan sahaja, jangan kerap siram nanti mati atau busuk pokoknya.
2. Sesuai indoor dan outdoor, kalau indoor kadang-kadang letak tepi pancaran matahari untuk pastikan daunnya sihat dan hijau.
3. Semai dengan soil yang 3IN1 ada dijual dekat nursery. Selepas 3, 4 bulan bolehlah letak baja bulat hijau untuk daun Itu (jual di kedai Eco). Kalau ada baja organik lagi bagus.
4. Pokok ni cepat biak, bila sudah banyak anak tu, pindahlah ke pasu lain.
5. Nak cantik tanam dalam pasu yang jual dekat nurseri yang comel-comel itu.
6. Tip hendak cepat membiak, tanam outdoor macam kami, cepat gila membiaknya.
7. Pokok ini tak perlu tilik dan belai serta siram, nanti terbantut dan busuk daunnya.
MW: Apa lagi mak-mak, jangan risau tangan panas. Insyallah pokok ni confirm hidup, mudah sangat nampaknya nak tanam dan bela.
Memang kreatif dan menarik idea DIY siling bilik rumah kampung pakai besi ‘Batten’ ni. Nampak lebih kemas, cantik dan mudah diselenggara kemudian hari nanti. Kos pun berpatutan, hanya RM220 untuk keluasan bilik 11×12 kaki. Jika ada kemahiran bertukang, elok buat sendiri. Memang lebih puas hati dan banyak jimat kos.
Boleh ikut idea yang dikongsikan oleh Shamsul Nizam ini. Memang nampak kemas dan siling mudah diselenggara di kemudian hari.
Cuma nak share siap diy siling bilik rumah kampung pakai besi batten.Konsep sama macam siling gantung, mudah untuk maintenance bahagian atas kemudian hari.Saya buat begini kos lebih kurang RM220 untuk keluasan bilik 11×12 kaki. Alhamdulillah kepuasan hasil tangan sendiri.
Besi batten ni kita boleh olah macam-macam kegunaan dia selain dari buat untuk kekuda atap/awning atau rak pasu bunga.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Besi batten 6 meter sebatang (RM11- RM13)
Siling board asbestos 2×4 kaki (RM4-RM5 sekeping)
Spray hitam diy
Rivet
Cara Membuat:
1.Fitting setiap siling. Ukuran saya buat letak siling tu dahulu baru rivet dan skru besi batten. Kalau ukur siap-siap semua nanti confirmed ukuran lari. Saya buat line by line letak 1 siling setiap bahagian sebagai ukuran.
2.Gantung dawai ke kekuda setiap besi panjang sahaja untuk support.Dah spray kaler hitam separuh. Battern skru dekat tepi rangka dinding, dekat tengah-tengah semua batten ikat dawai kasar dekat atas alang bumbung. Besi tepi tu saya letak terus dekat atas kayu frame dinding tu je.Lepas tu skrukan besi dan kayu.
Saya rivet kat semua cantuman besi melintang dan menegak. Bagi kukuh dan kemas. Rivet guna mata drill 3mm, adjust-adjust sikit masuklah paku rivet tu nanti.
3.Siling siap cat kaler putih untuk finishing bagi berseri dengan frame hitam.Besi kipas tu yang asal punya sebab nak test hole yang baru tebuk tu ngam ke tak.Saya belum tukar yang panjang sikit supaya putaran angin lebih efision dan mudah diselenggara akan datang.
4.Cuma tolak atas dan alih ketepi untuk buka siling.Buka ni sebab nak tukar batang kipas panjang sikit.
5.Siap tukar batang kipas panjang untuk ‘airflow’ angin lebih cantik.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...