DIY Dapur Mak Ayah Versi Bajet, Guna Rak Dan Wallpaper, Cantik Hasilnya

Share

Bagus anak ini, ada inisiatif memberi keselesaan dan kemudahan untuk mak ayahnya. Bila mana Raja Nurhazwani melihat dapur mak ayah yang kurang selesa, segera dia ambil pendekatan bagi kemas dan atur semula ruang dapur agar luas dan selesa untuk kegunaan orang tuanya.

Dan dikongsikan semula agar menjadi inspirasi dan panduan untuk anda yang sedang mencari idea menyusun dan mencantikkan kembali ruang dapur sedia ada.

Kongsinya, “Saya pasti ramai yang buntu bila masuk ke rumah yang dapurnya tidak selesa pasti akan hilang mood untuk memasak, kan?

Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah mak ayah saya. Setiap PENERANGAN insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca.

Sebelum saya mulakan, setiap gambar sebelum di makeover adalah keadaan semasa proses untuk makeover, jadi agak berselerak.”

Baca sini : Cuma 2 minggua siapkan pintu dapur kabinet bajet, modalnya cuma RM250

Susun Atur Semula Ruang Dapur Mak Ayah Versi Bajet

Sebelum

Keadaan sebelum memulakan makeover.. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:

1. Kurang pencahayaan
2. Ruang dapur sempit
3. Kedudukan barang tidak tersusun
4. Bajet

Selepas

Untuk mengatasi masalah ini saya telah menghadkan bajet untuk projek ini sebanyak RM800.

Dengan kawalan bajet yang dihadkan, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet dari RM 800! ‘’Biar betul ko ni bajet RM 800 satu dapur ni ?’’- mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Percayalah, itulah anggaran untuk peralatan utama yang saya gunakan :

• 4 roll plain wallpaper ( RM 17/each @ Shoppe)

• 2 roll brick wallpaper ( RM 16/each @ Shoppe)

• 1 set meja & kerusi ( RM 350 @ Shoppe)

• 1 set blind ( RM 45 @ shoppe)

• 2 Unit rak Hyllis saiz besar ( RM 60.00/each @ Ikea) saya beli dengan personal shopper

• 3 liter Cat (RM15. 10/each @ Hardware)

• Storage (RM80 @ Ecoshop)

TOTAL : RM 740.30

Di bahagian ini terdapat 1 rak yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan stok barang serta tempat penyediaan keperluan memasak. Kedudukan rak ni sangat tidak praktikal kerana saiz nya yang agak besar menyebabkan ruangan dapur menjadi sempit. Selain tu juga stok barang yang disimpan sukar untuk diambil.

Set meja & kerusi ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ruang yang sempit.. Selain itu juga ianya memberikan mood yang segar di ruangan ini. Baru lah bersemangat nak masak kan.

Untuk ruangan ini pula terdapat 1 lagi rak 3 tingkat yang digunakan untuk meletakkan barangan masakan yang sering digunakan. Jika dilihat keadaan ni memang menyukarkan proses memasak disebabkan susunan yang tidak teratur.

Bagi memudahkan proses memasak saya menggunakan hyllis dari ikea supaya bahan-bahan masakan yang digunakan boleh dilihat serta mudah dicapai secara tidak langsung masa memasak pun menjadi cepat. Tak gitu makcik kiah.

Untuk rak 3 tingkat ni pula saya gunakan untuk meletakkan pinggan mangkuk serta alatan harian yang sering digunakan.. Pastikan alatan yang tidak digunakan disimpan dalam almari supaya nampak lagi kemas & teratur.

Rak pinggan dibeli di kedai perabot.

Pasang Zebra Blind Di Tingkap Lebih Kemas Jadinya

Jangan pandang rendah pada bahagian tingkap ye.. Ini lah kawasan yang paling penting bagi mendapatkan pencahayaan yang baik.. Tapi jangan pula kita gunakan sebagai tempat mengeringkan alatan dapur.. tak manis dipandang orang.

Kenapa perlu pasang Blind sedangkan dapur memerlukan pencahayaan yang baik? Haa ni jawapannya, blind ni digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja sebagai contoh bila masak di waktu siang orang luar boleh nampak kita, jadi blind digunakan untuk mengelakkan orang luar nampak kita & angin pun dapat masuk, kan nyaman macam tu.

Cari sini untuk belian zebra blind online : Shoppe, Lazada

Di sudut dapur ni terdapat 1 lagi rak yang digunakan untuk meletakkan barang masakan seperti kicap sebagainya.. Tetapi kedudukan ni tidak begitu sesuai & menjadikan kawasan sudut nampak sempit.

Untuk bahagian sudut saya gantikan dengan meletakkan minyak serta sudip supaya kerja memasak menjadi mudah & kawasan menjadi luas.. Nak lagi menarik boleh la letak pokok-pokok hijau kat situ ye.

Wallpaper Ubah Penampilan Ruang Dapur

Ni adalah bahagian dapur yg mempunyai 2 corak mozek yang berlainan. Ia menjadikan tempat memasak tidak seragam.

Untuk mengatasi masalah tadi saya menggunakan wallpaper brick pvc untuk bahagian mozek. Jangan risau wallpaper ni kalis air & juga tahan panas. Tak lupa juga bahagian pintu almari saya gunakan wallpaper putih untuk menjadikan ruangan dapur nampak luas & bersih.

Cari di sini untuk belian wallpaper brick di online : Shoppe, Lazada

Di bahagian ini pula terdapat 1 rak yang tidak digunakan & diletakkan di ruangan kosong ni.

Untuk bahagian ini saya letakkan 1 lagi rak hyllis dimana ia boleh memuatkan air fryer & barangan lain serta hiasan supaya ruang ni tidak nampak bosan. Saya tidak meletakkan semua barangan elektrik pada rak ni sebab kebanyakan barang elektrik semua berat-berat.

Video detail barangan DIY dapur mak ayah versi bajet di YouTube Channel Raja Nur Hazwani

Semoga bermanfaat.

MW : Mana yang nak mulakan projek ubahsuai dapur itu, dah boleh kumpul dan beli sikit-sikit dari sekarang ya.

Sumber/Foto : Raja Nurhazwani

Published by
NETTY AH HIYER