Cuti sekolah ini ada bakal pengantin yang nak naik pelamin? Kali ini Mingguan Wanita nak kongsi cara buat bunga manggar gula-gula. Rumah pengantin yang tak ada bunga manggar ini kan macam hilang serinya. Lagilah proses nak buat bunga manggar ini paling seronok bila dapat dikerjakan dengan adik-beradik atau geng rewang. Barulah kenduri kahwin tu meriah suasana.
Sebenarnya bila dah tahu nak buat bunga manggar gula-gula ini, mak-mak yang nak buat bisnes pun boleh. Inilah yang terjadi pada Puan Yusliza Ahjam pemilik tangan seni yang menghasilkan manggar gula-gula. Asalnya cuma suka-suka, sekarang dah jadi satu pendapatan tambahan untuk beliau.
“Dulu bunga manggar ini dibuat dari kertas lembut berwarna. Semakin lama, konsepnya diperkemaskan kepada kertas berkilat yang menarik perhatian.”
“Terkini ia diperbaharui lagi dengan bunga manggar gula-gula. Ia bukan sekadar cantik malah boleh jadi hadiah unik yang comel untuk tetamu-tetamu si kecil.”
Ads
Beliau telah mengusahakan bunga manggar gula-gula ini sejak tahun 2010. Pertama kali menatapnya ketika di Johor. Langsung terpikat dan dibawa pulang ke rumah.
“Mula-mula tu try and error. Bila dan berjaya hadiahkan pada anak-anak buah dan sepupu yang nak jadi raja sehari. Lama kelamaan, kawan-kawan terpikat dan buatkan untuk mereka. Nak dapatkan dua pohon tu kena ambil masa seminggu.“
Bahan-bahan Bunga Manggar Gula Gula
Kertas crepe
Dawai paling halus
Pelilit
Lidi
Gula-gula
Tutorial DIY Bunga Manggar Gula Gula
Ads
1. Potong kertas crepe bentuk segi empat tepat
2. Lentikkan 1 bahagian gunakan lidi sate
Ads
3. Simpulkan jadi bentuk bunga dan ikat dengan dawai. Lepas itu, lilitkan bunga pada lidi gunakan pelilit.
Kejadian yang Mingguan Wanita paparkan ini berlaku pada hari para pelajar darjah 6 menghadapi kertas peperiksaan Sains, UPSR. Yang mana, pelajar bernama Ameruddin ini tidak sedarkan diri sebaik saja selesai menjawab kertas peperiksaan tersebut.
Diana Azmar berkongsi kisah duka ini di laman facebooknya semalam. Anak murid jirannya itu disahkan alami sakit bengkak otak. Sungguh dalam kepayahan anak ini meneruskan jua ujian UPSR.
Kehidupan anak ini juga begitu menyayat hati apabila ibunya cuma seorang ibu tunggal membesarkan lima orang anak sendirian. Pembaca yang budiman, bacalah kisah Ameruddin dan bantulah keluarganya.
Di akhir perkongsian ini, disertakan nombor akaun untuk tujuan sumbangan ikhlas daripada pembaca Mingguan Wanita yang prihatin.
Catatan Semalam, Jumaat 28 September 2018
BISMILLAH…
“Saya nak share kisah semalam yang dikongsi oleh seorang guru yang tinggal di kejiranan saya.”
“Murid di dalam gambar ni adalah adik Mohd Ameruddin Bin Harli Azman, anak murid beliau, pelajar tahun 6 di SK Taman Bukit Subang.”
“Semalam, 27 September 2018 hari terakhir peperiksaan UPSR. Di saat anak-anak kita termasuk kita sendiri menarik nafas lega dan meraikan ‘kemerdekaan kecil’ anak-anak kita, adik Ameruddin sebaliknya sengsara menanggung sakit bengkak otak akibat jangkitan kuman yang dialaminya. Dia terus tak sedarkan diri sebaik tamat paper Sains semalam.”
Selepas kejadian adik Ameruddin pengsan, dia segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Sekarang adik Ameruddin berada di HUKM untuk rawatan. Dia hanya tinggal bersama ibu dan 5 adik-beradiknya sejak kedua ibubapa mereka berpisah.”
Screenshot wasap dari guru tersebut sangat menyentuh hati.
Bantulah Adik Ameruddin Dan Keluarganya
“Mohon sesiapa yang sudi nak bagi sumbangan kepada keluarga ni, saya sertakan nombor akaun ibu kepada adik Ameruddin. Sesiapa yang nak hubungi sendiri keluarga beliau boleh pm saya untuk saya berikan contact number.”
Diizinkan share dan war-warkan kepada yang lain. Harap usaha kecil kita dapat membantu meringankan beban mereka. Budi baik kalian diucapkan ribuan terima kasih.
BSN 10100-29-00061635-2 Rosliza Abd Kadir
Ibu kepada adik Ameruddin Harli Azman
ATAU
BANK RAKYAT 11-038-100229-2
(Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Taman Bukit Subang)
*Sila remarks sumbangan kepada adik Ameruddin
Anak kecil ini, Aysar Nasri disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik sejak berusia 2 bulan. Dalam perkongsian facebook, Khairul Hakimin Muhammad memaklumkan yang ayah bayi ini, Nassar Sanusi akan menjadi penderma hati untuk anak kesayangannya itu.
Walaubagaimana pun, bayi ini masih lagi memerlukan sekitar RM120,000 untuk kos pembedahan segera yang dijangkakan berlangsung pada 23 Oktober 2019 ini.
Untuk anda yang prihatin, bantulah semampunya agar anak kecil ini dapat menjalani rawatannya dengan segera. Jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita juga nanti.
Kongsi Khairul Hakimin,
Kawan-kawan, ayuh bantu anak ini. Kita perlukan RM120,000 dengan segera untuk pembedahannya.
Ayahnya sendiri akan mendermakan hati buat anaknya.
Bayi ini, Aysar Nasri Bin Muhammad Nassar telah disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati semasa berumur 2 bulan dan telah menjalani pembedahan Kasai untuk membuang hempedu serta menyambung usus kecil kepada hati.
Selepas pembedahan tersebut, beliau telah dimasukkan ke wad disebabkan jangkitan hati sebanyak 3 kali dan telah disahkan oleh Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) perlu menjalani pemindahan hati dengan segera pada 23 Oktober 2019 ini.
Ayah Sendiri Jadi Penderma Hati Untuk Anak
Insya Allah, ayah beliau sendiri akan menjadi penderma hati.
Disebabkan masa yang agak suntuk untuk pemindahan hati ini, ayah anak ini memohon bantuan rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan seikhlas hati untuk membantu mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan berjumlah RM120,000 di PPUM.
Doa daripada anda juga sangat diharapkan supaya pemindahan hati ini berjaya dan Aysar Nasri sihat seperti kanak-kanak yang lain.
Hulurkan Sumbangan Anda Di Sini
Sumbangan boleh diberikan melalui akaun:
361145625917 Maybank Muhammad Nassar Bin Sanusi
Profile MUHAMMAD NASSAR BIN SANUSI ada di dalam gambar, nombor telefon untuk dihubungi:
+60 13-205 2549 +60 13-205 2549 +60 13-205 2549
MW : Semoga urusan anak kecil ini dan kedua ibu bapanya dipermudahkanNya.
Jam menghampiri waktu maghrib, tapi anak sekolah lengkap berbaju uniform itu masih lagi setia menanti kedatangan bapa di pagar sekolah. Resah anak kecil ini jangan ceritalah, kalau tak kental mahu berjuraian air mata.
Untungnya, anak ini masih selamat di bawah jagaan pengawal yang kemudian mengadukan halnya pada guru yang ditemuinya sekolah itu. Sungguhpun kejadian yang berlaku ini sudah berlalu 10 tahun lamanya, Firdauz Abdullah(kini Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas) tetap mengingatinya.
Kerana rentetan daripada kisah itu, anak sekolah tadi mempelajari satu teladan. Dan guru ini pun mendapat panduan yang bermakna dalam menyantuni mana-mana anak-anak muridnya di sekolah.
Keluarga Firdauz Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas
Aduh! Macam Mana Boleh Bapa Tak Ambil Lagi Ni..
Cerita di bulan puasa 10 tahun yang lepas,
Aku masih bujang, dan kecewa cinta. Maka, aku tak ambil kisah sangat bab berbuka dimana atau berbuka dengan siapa.
Macam biasa, aku berbuka di sekolah je. Apa yang ada itulah yang aku makan. Kadang-kadang biskut dengan air masak, kadang-kadang roti dengan susu.
Cuma sekali tu, teringin nak makan ayam percik. Sebelah sekolah ni, ada lah bazar Ramadan. Tak besar mana, tapi adalah dalam 10 gerai.
Aku start motor dan terus nak menuju ke sana, tapi sampai sahaja aku ke pintu pagar sekolah. Sarjan tahan aku, oh ya Sarjan ni panggilan hormat kami pada Pak Noh, pengawal keselamatan kami.
“Cikgu! Ni ha, ada seorang budak tak balik lagi. Bapa dia tak ambil lagi, dah nak dekat berbuka ni,” terang Sarjan.
Aduh! Macam mana boleh bapa dia tak ambil lagi ni? Dah nak jam 7, magrib pun tak lama lagi.
Saya Telefon Ayah, Masuk Voice Mail
“Amirul, ayah awak biasa ambil jam berapa?”, soal aku pada sesusuk tubuh yang tunduk segan-segan dipondok menunggu.
“Selalu lewat, tapi taklah lewat macam ni. Ayah ambil mak dulu kot cikgu”, jelas Amirul.
“Oklah, macam ni. Kita cuba telefon ayah awak dulu.”
“Saya dah cuba telefon cikgu, tak dapat. Masuk voice mail,” sampuk Sarjan lagi sambil tunjukkan rekod panggilan yang telah dibuat kepada ku.
“Hmmm.. meh ikut cikgu pergi bazar. Kita beli juadah berbuka sementara menunggu ayah awak sampai. Mungkin telefon dia habis baterilah kot.“
Tanpa berlengah, aku bawa Amirul ke bazar. Pilih yang mana berkenan dan bayar. Kami belikan sekali Sarjan juadah berbuka, walaupun tahu dia dah siap-siap bawa bekal dari rumah.
Sekeras Mana Pun Hati Anak, Bila Diberi Kasih Sayang, Tuhan Balikkan Hati Mereka
Hari tu, kami bertiga berbuka di pondok menunggu bas. Sambil makan, sambil gelak-gelak mendengar lawak hambar aku dan Sarjan. Amirul cuma tersenggeh-senggeh mendengar apa yang dibualkan kami.
Tak lama lepas berbuka dan selesai solat magrib, barulah ayah Amirul tiba. Dia minta maaf sangat-sangat sebab lambat ambil anaknya itu. Katanya, dia masuk ke Singapura menghantar penumpang. Sesak bila nak masuk balik ke Johor. Oh, baru aku teringat yang ayah Amirul ni bekerja sebagai pemandu teksi.
Sejak dari hari tu, Amirul ni jadi segan dengan aku. Tak pandai melawan atau berani tak siapkan kerja Bahasa Inggeris yang aku beri dalam kelas.
Kau nampak kan? Walau sekeras-keras mana hati anak-anak ni. Bila diberi kasih dan sayang, bila dititip kata-kata yang lembut, Tuhan akan balikkan hati mereka.
Apa yang aku buat dahulu dan akan teruskan, adalah demi anak-anak aku. Semoga Tuhan kurniakan insan-insan yang boleh mendidik dan menjaga anak-anak aku, sama ada tika aku masih bernyawa atau pergi menemui Pencipta nanti.
Salam Ramadan, dan Terima kasih cikgu!
Nota top image : Matiin dan rakan sekelas bersama-sama cikgunya.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...