Bila ada anak ramai memang memerlukan almari atau rak baju yang lebih besar. Baju-baju yang banyak biasanya memang tak muat jika guna almari saiz biasa. Buat mak ayah yang nak berjimat boleh buat sendiri almari untuk gantung pakaian anak-anak ni. Guna besi lubang dan besi L Shape sahaja, boleh buat 3 tingkat dan ikut keluasan yang diinginkan.
Jika nak DIY almari tiga tingkat, boleh jadikan perkongsian oleh Puan Qaseh Nafisha ini sebagai rujukan.
Almari edisi anak ramai. Emaknya asyik bising kata almari dah tak muat, untuk menjimatkan kos tidak beli almari besau, apaknye DIY sendiri almari sepenuh penuh dinding.Beli besi lobang tu 9 kaki panjang X tiga tingkat. Jangan kata tak muat lagi ye.
Besi L shape tu beli kt MR diy je cari yang tebal supaya kukuh untuk muatan berat. Besi lobang tu cari kat hardware. Dah siap potong 9 kaki panjang RM20. Kuantiti ikut berapa tingkat yang nak buat.
Drill je terus ke dinding
IKLAN
Skru kan besi lobang pada L shape tadi. InsyaaAllah kuat jangan risau.
Kebetulan ada lebihan papan yang tak guna boleh la buat alas untuk susun barang atas sekali.
IKLAN
Nah dah dapat kan almari sepenuh penuh dinding. Kot tak muat jugak nanti kita sambung sampai rumah jiran sebelah.Nah jangan kata tak muat lagi ye dah siap 3 tingkat abang bagi.
Boleh la tutup pakai langsir je kang mintak buat pintu takut lain lak jadinya.
IKLAN
Ok ngam untuk lebar bilik 9 kaki panjang X tiga tingkat.. kalau nengok wall paper tu mesti dah tau beli kt kedai ECO kan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada anak ramai bolehlah suruh encik suami tolong buatkan almari macam ni. Pakaian anak-anak elok bergantung dan paling penting tak lagi bersepah serta tak berlipat dalam bakul.
Jika di rumah menggunakan peti sejuk yang dah bertahun-tahun lamanya, biasanya sampai satu peringkat pintunya susah nak tutup rapat. Ia disebabkan getah pada pintu tersebut dah ‘expired’. Sebenarnya bila berlaku situasi macam ni, tak perlu upah orang pun, boleh beli getah baru dan tukar sendiri je. Sangat mudah nak pasang dan jimat kos.
Boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan oleh Khairul Hafiz ini sebagai panduan;
Kalau saya tak share benda ni saya rasa bersalah pulak. Sebab bagi saya benda yang senang DIY wajib share untuk manfaat semua orang.
Pintu Peti Sejuk Tak Rapat Sebab Getahnya Expired. Begini Cara Tukarnya & Buat Sendiri Jimat RM100 Tak Perlu Upah!
Meh saya tunjukkan caranya satu demi satu.
Pastikan getah pintu peti sejuk anda memang betul-betul expired. Tanda-tanda expired adalah getah dah tertanggal dari pintunya.
Langkah 1 : Cabut Getah
Caranya adalah dengan cabut penjuru atas macam dalam gambar bawah. Tarik je sampai getah tu tercabut. Jangan risau, nak repair ni tak perlu tool.
Langkah 2 : Cara Pasang Getah Yang Baru Pula.
Tekan setiap penjuru terlebih dahulu. Baru tekan yang lain-lain, untuk elak getah terlebih saiz di setiap penjuru.Baru lah tekan yang lain-lain.
Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang nak tutup nanti. Siap!
Mingguan Wanita : Jadi bila pintu peti sejuk tak rapat sebab getahnya dah ‘expired’, boleh beli getah yang baru dan tukar sendiri je. Lebih mudah dan jimat kos berbanding nak upah orang buat.
Sumber : Khairul Hafiz
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Ramai yang sedia maklum bahawa siaran TV analog telah ditamatkan dan ditukar kepada siaran TV digital.Pertukaran siaran ini adalah daripada menggunakan siaran berantena kepada perkhidmatan myFREEVIEW dan MyTV yang mempunyai dekoder. Perkhidmatan TV digital ini boleh didapati melalui dekoder dan menyiarkan pelbagai 15 siaran tempatan seperti TV3, TV2, TV1, TV Al-Hijrah dan sebagainya.Susulan penamatan siaran TV analog, ramai yang ingin membeli dan memasang dekoder untuk mendapat saluran tv.
Namun demikian, menerusi perkongsian Encik Anas Abdullah, sebenarnya tak perlu membazir dan terburu-buru untuk beli dekoder, sebaiknya ‘check’ dahulu tv sedia ada, sama ada telah dilengkapi “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview” terutama bagi model tv baru.
Beliau turut kongsikan cara setting “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview” ini mengikut jenama TV seperti Sharp, Toshiba, Panasonic dan Sony sebagai rujukan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Ramai tak tahu dalam TV yang diguna sudah ada MyFreeview/MyTV. Sebelum beli decoder, Check dulu mungkin TV anda ada “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview”
“Ramai yang dah dapat tonton siaran Mytv/MyFreeview tanpa membazir beli decoder.”
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama SHARP
1.Tekan button “INPUT” pada remote.
2. Jika ada input “DTV” maksudnya Tv anda sudah built-in Mytv/Digital Tv.
3. Kemudian tekan button “Menu” pada remote dan pilih “Initial setup”.
4. Pilih “Digital setting”.
5. Pilih “Manual Search”.
6. Masukkan no “CH” kawasan anda (Semenanjung: 30/43/44/45/46/49/52) (Sabah/Srwk: 34/36/42/43/47/52)
7. Lepas masukkan no “CH” tekan “OK” pada remote.
*** Kalau tak ada signal,
1. Check jika antenna masih berfungsi.
2. Kalau antenna lama, boleh tukar baru.
3. Antenna outdoor lebih kuat untuk dapat signal.
4. Pastikan antenna menghala ke arah pencawang.
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama TOSHIBA
1.Tekan input macam dalam gambar.
2. Pilih “DTV”.
3. Tekan button “Menu” pada remote.
4. Pilih yang gambar tv/setting.
5. Pilih “Digital Manual Tuning”.
6. Tukar “UHF CH” ikut kawasan (Semenajung: 30/43/44/45/46/49/52) (Sabah/Srwk: 34/36/42/43/47/52)
7.Lepas masukkan no Uhf ch, tekan button “OK” pada remote..tunggu dalam 3-5saat
8.Jika tiada signal, tukar no UHF CH yang lain hingga ada signal(sikit pun tak apa)
9.Bila dah jumpa signal, alihkan kedudukan antenna jika signal tak stabil
***Pastikan Antenna sesuai dan dalam keadaan baik.
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama PANASONIC
1. Tekan button “TV” pada remote.
2. Kemudian tekan button “MENU” dan akan keluar macam ni.
3. Pilih “Setup” kemudian “Tuning Menu”.
4. Pilih “DVB-T MANUAL TUNING”.
5. Ubah no “Channel”(guna button kiri/kanan pada remote).
6. Pilih no ikut kawasan. (Semenanjung: 30/43/44/45/46/49/52) (Sabah/srwk: 34/42/43/47/52)
7. Tukar no channel jika “signal level” & “signal condition” tak naik.
8. jika signal tak stabil macam dalam gambar, alih kedudukan antenna hingga jumpa tempat signal stabil.
9.Bila dah stabil, tekan “OK” pada remote untuk dia scan.
10.Siap!
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama SONY
Tekan button input.
2.Pilih DIGITAL.
3. Tekan button “HOME” pada remote.
4. Pilih “Setting” kemudian “system settings”.
5. Pilih “Channel Set-up” kemudian “Digital set-up”.
9.Lepas masukkan No, tekan “OK” pada remote..Tunggu dalam 3saat, tengok signal level ada naik tak.
10. kalau “Signal level” & “signal kualiti” tak naik, tukar no lain selepas 3 saat.
11. Jika ada naik signal, tapi tak capai separuh, sila alih kedudukan Antenna hingga signal stabil (Antenna outdoor senang untuk stabil)
12. Jika sudah jumpa kedudukan Antenna yang stabil, Tekan balik “Channel No” kepada satu, then pilih “Scan Up” atau boleh buat “Auto Setting”.
Info Ekstra!
Boleh layari http://www.mytvbroadcasting.my/liputan_siaran/ untuk tengok lokasi pencawang terdekat dan tengok google maps kawasan rumah boleh agak nak hala antenna ke arah mana.
Anas Abdullah
Tak semua perlu beli baru
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi tak perlu membazir atau terburu-buru nak beli tv atau dekoder baru. Boleh ‘check’ dulu TV sedia ada, sama ada telah dilengkapi oleh “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview” atau tidak, ikut panduan yang dikongsikan ini.
Jika dahulu, nak pakai inai kena cari daun inai, tumbuk atau kisar kemudian barulah diletakkan pada kuku berjam-jam lamanya. Ada masanya warna inai pun tak begitu cantik merahnya. Namun sebenarnya wanita boleh buat sendiri ‘inai moden’ homemade di rumah.
Modal tak sampai RM3 namun tetap cantik warna merahnya malah paling penting sah dan boleh dibawa solat. Hanya gunakan 3 bahan je dan tak perlu was-was mahupun ragu-ragu lagi bila beli inai yang dijual di pasaran.
Boleh rujuk perkongsian cara buat Inai Moden Homemade daripada Puan Rosdiana Dian ini sebagai panduan.
“Saya nak share pewarna homemade yang dibuat siang tadi. Actually boleh jugak tanya pakcik Google. Cuma, resepi ni mak dapat dari kawan Mak. Mungkin lain orang lain bahannya. Modal tak sampai 3 ringgit.”
Bahan-Bahan Asas:
1. Kapur:
Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna takleh serap dalam kuku.(Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet je. Jangan banyak-banyak takut panas.
Boleh beli dekat kedai runcit. Takpun cuba jengah kat dapor kome, mesti ada punya la.. bukan nak pakai banyak pun.. secoet ja.
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi.
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku(Sukatan 2cm persegi):
#Atau, sabun axion pun boleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dalam Sukatan 1 sudu besar).
Besor tu ja sabun mandi yang saya pakei. Dalam ukuran 2cm persegi.
Saya pakai sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab umah saya pakai sabun gemok. Axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair.
Saya parut pakei gunting je.Haaaa.. ni la hasil sabun mandi yang dah siap parut tadi.
3. Pewarna Makanan Warna Ceri Merah
Ada yang pakei sirap. Ikut la nak kaler apa pun. Oren, purple, hijo, cekelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau. Tu tak boleh.. lain jadinya karang.Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan.
Ini la pewarna makanan yang saya pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Harga dalam RM2.50. Ada jugak yang pakai sirap.
Cara-Cara Bancuhan:
1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau.
2. Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Ni hasilnya..semoga terinspirasi. Saya buat ni sebab stok inai Mak dah habis.Inai dari Mekah tuari pun ilek. Dah la mak memang inai tak putus dijari.Sentiasa perantin baru ler katakannnn.. hihikk.
Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama. Kejap ja pudar. Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden nihh.
Info Ekstra!
Parut sabun lebih halus akan bantu mudah larut. Pewarna jenama apa pun boleh janji halal dan bentuk cair.
Susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan buleh beli ja inai readymade kat kedai tu.. tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar…Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
Lagi satu, yang paling penting buleh bawa solat. Sah solat Sebab warna meresap ke dalam kuku. Warna tidak hanya dipermukaan kuku sahaja yang boleh menghalang air sembahyang masuk ke anggota.. fungsinya sama seperti warna dari inai daun. Cuma ini dari pewarna makanan.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanhfaat buat wanita yang suka pakai inai dijari. Memang cantik warna merahnya, nampak berseri. Namun yang paling penting sangat jimat kos dan boleh dibawa solat.
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...