Dividen KWSP, Mufti Kelantan nasihat umat islam tukar ke simpanan shariah “berdosa jika degil…”. Satu angka cukup menggerunkan bila mana hanya 1,785,250 orang berbanding 8,882,184 pencarum beragama Islam memilih Simpanan Shariah KWSP.
Hal ini didedahkan oleh pakar kewangan islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman di fbnya berdasarkan data KWSP setakat 31 Disember 2023 di mana hanya 20.1 peratus umat Islam yang mencarum di KWSP memilih Simpanan Shariah.
Jelasnya, walau simpanan konvensional memperoleh dividen sebanyak 5.5% NAMUN bagi mereka yang inginkan pendapatan halal lagi bersih sahaja, 66% dari jumlah dividen konvensional itu mesti dibersihkan.
“Ini menjadikan dividen patuh shariah KWSP konvensional yang halal dinikmati hanyalah sebanyak 1.87%. Jika dividen konvensional itu nilainya RM 10,000 maka RM6,600 perlu dibersihkan dan boleh guna wang sedia ada yang bukan simpanan KWSP.
Tambahnya, dana KWSP simpanan konvensional dilaburkan secara bercampur dengan 66% pendapatan dari RM 50.7 billion datang dari pelaburan tidak patuh shariah seperti perbankan konvensional, insuran, interest dan sebagainya.
Dalam pada itu, memetik laporan Sinar Harian yang menghubungi Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, agamawan ini menasihatkan pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya ‘simpanan’ lebih bersih dan halal.
“Pencarum perlu memilih yang terbaik seperti disarankan dalam ajaran Islam. Jika kita sudah tahu ada pilihan yang halal dan bersih, MAKA BERDOSA jika terus berdegil untuk kekal dengan kaedah konvensional.
“Kita tidak mahu melihat kepada jumlah dividen tetapi paling penting ialah wang atau harta yang ada itu halal,” katanya.
Tambah beliau, pencarum KWSP perlu bersyukur kerana sebelum ini hanya ada simpanan konvensional tetapi kini terdapat pilihan kepada yang lebih Islamik.
“Kita berterima kasih kepada KWSP kerana pencarum sudah boleh memilih kepada syariah.
Beliau menambah, masih ada sebahagian pencarum KWSP belum memahami dan sebahagian lagi belum berkesempatan beralih kepada simpanan syariah.
“Kita nasihatkan umat Islam bertukar kepada kaedah Islam untuk mendapat pahala dan jika semua memilih patuh syariah, insya-ALLAH pulangan selepas ini akan meningkat,” katanya.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru ini mengumumkan dividen 5.5 peratus dan 5.4 peratus masing-masing untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2023.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Suami Meninggal Dunia, Isteri Nak Tuntut KWSP Sebagai Harta Pencarian, Ini Fakta Peguam Syariah
Duit KWSP Akaun 2 RM65K Licin Disapu, Wanita Diperdaya Rayuan Haji
Ah Long Dah Lama Fikir Cagar Akaun KWSP Untuk Peminjam, Iklan Berleluasa Di Media Sosial Sejak 2022