Diuji Tempahan Jualan Dibatalkan & Pulangkan Deposit, Siap Sangka Diberi Rezeki Lebih Baik

Share

Menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual produk makanan bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila tempahan jualan dibatalkan di saat akhir. Bayangkan waktu itu segala bahan mentah sudah dibeli, ada yang sudah siap dan tunggu masa untuk dihantar kepada yang menempah.

Siapa kita untuk melawan takdirNya, jika itu bukan rezeki kita. Siap atau tidak tempahan yang diminta, semuanya telah tertulis. Ini jika itu sudah menjadi kerja hakiki sebagai pengusaha makanan. Bagaimana dengan modal yang telah digunakan untuk membeli semua barang.

Siapalah kita untuk mengadili semua itu. Kadang-kadang kita rasa cukup menyesal dengan apa yang berlaku. Hakikatnya, kita tidak tahu perancangan Dia lebih baik. Tak perlulah kita marah dengan apa yang telah ditakdirkan itu. Terima dan sedar, mugkin ada rezeki yang lebih baik menanti.

Perkongsian daripada Mohamad Feroz Zaini boleh dijadikan panduan dan tauladan khasnya untuk pengusaha makanan. Walaupun tempahan jualan dibatalkan, kita tak perlulah marah-marah dan terima seadanya. Mungkin ada rezeki lain yang telah diatur, kita tak tahu…

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mudahnya Nak Bagi Rezeki Suami Melimpah Ruah, JAGA HATI Dan Hargailah Isteri

Jangan Takut DUIT HABIS Sebab BELANJA Anak Dan Isteri, Percayalah Rezeki Akan Berkat

Info Lebih Menarik DI SINI

Termenung Bila Tempahan Jualan Dibatalkan

“Tuan maaf ya, saya terpaksa batalkan tempahan dadih, emak saya dimasukkan ke ICU. Kami sedang bersiap hendak balik kampung. Deposit tu saya halalkan.”

Bila mendapat mesej seperti ini, saya terpaksa menahan rasa kecewa yang teramat sangat.

Bayangkan, pelanggan telah membuat pesanan sebanyak 200 cawan untuk majlis hari jadi anaknya. Dan dibatalkan.

Kepada siapa saya hendak menjual dadih itu?

Ke mana saya hendak bawa dadih itu?

Termenung lama menatap skrin selfon. Membaca mesej itu berkali-kali.
Hanya mampu beristighfar.Lidah tidak berhenti melafazkan – LA HAULA WALA QUWA TA ILLA …
Saya serahkan urusan itu kembali kepada NYA – Inna lillah hiwaina ilai hirojiun …

YA ALLAH aku tidak ada daya.
ENGKAU yang mengatur – aku redha.

Pada mulanya saya terfikir untuk membalas mesej itu dengan ayat, “Puan, saya sudah buat 200 cawan dan sekarang saya tidak tahu ke mana hendak jual, yang pasti saya akan rugi.”

Berkali-kali saya membuat pertimbangan.

Tiba-tiba saya disedarkan oleh diri sendiri,

“Feroz, engkau tahu tak ini semua perancangan ALLAH? Sudah lupa? DIA mahu memberikan yang terbaik untuk hambaNYA.’

Kata-kata itu menyentuh kalbu saya.

Akhirnya saya menaip, “Puan, tidak mengapa. Saya doakan bonda puan diberikan kesembuhan dan urusan puan dipermudahkan oleh NYA. Saya doakan perjalanan puan sekeluarga selamat pergi dan balik.”

Pelanggan hanya membaca tetapi tidak membalas. Saya faham beliau mungkin terpaksa bergegas dan kelam-kabut.

Penghapus Dosa

Teringat dalam satu kuliah, seorang ustaz berkata, sebenarnya pembatalan transaksi adalah satu bentuk ‘penghapusan dosa.’

Di mana Nabi Muhammad (selawat), penah bersabda:
مَنْ أَقَالَ مُسْلِمًا أَقَالَ اللهُ عَثْرَتَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ

“Barangsiapa yang menerima pembatalan transaksi yang diminta oleh seorang muslim maka Allah akan memaafkan kesalahan-kesalahannya pada hari kiamat nanti”. [(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan Baihaqi dari Abu Hurairah. Hadis ini dinilai sahih oleh As-Sakhawi dalam Al-Maqashid Al-Hasanah, no. 465; oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’, no. 1333 dan dalam Silsilah Shahihah, no. 2614; dan oleh Muqbil Al-Wadi’i dalam Shahih Musnad, no. 1373).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَقَالَ مُسْلِمًا أَقَالَهُ اللَّهُ عَثْرَتَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Siapa yang menerima pengembalian barang dari seorang muslim, maka Allah akan mengampuni kesalahannya di hari kiamat”. (HR. Ahmad 7431, Ibnu Hibban 5030 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth)

Masya Allah indahnya syariat Islam, semuanya diatur dengan adil, tidak ada yang sia-sia.

Benda yang nampak sedih dan mengecewakan tapi Allah balas dengan kebaikan yang lain.

Hakikatnya, kita bersabar dengan ujian dari Nya dan tabah dengan urusan sesama manusia.

Semuanya DIA yang Maha Bijaksana Mengatur.

Bayangkan di padang mahsyar kelak. Detik paling menggerunkan kepada seluruh umat manusia.

Tiba detik kita sedang diadili dengan seadil-adilnya. Tiba-tiba ALLAH menghapuskan dosa kita asbab dari kesabaran kita menerima ujian dari NYA di dunia, dengan PEMBATALAN TRANSAKSI BISNES dan kita redha dengan ujian itu.

Ya, tidak ada satu apa pun yang berlaku atas muka bumi ini tanpa sebab dan tidak ada pahala dan dosa.

Peti sejuk dibuka. Saya melihat deretan cawan dadih dengan tenang.

Saidina Ali pernah ditanya oleh seorang sahabat, Bagaimana untuk kita tahu yang mana satu ujian dan yang mana satu musibah?

Lalu Sayyidina Ali menjawab, “Ujian itu adalah apabila datang, kamu akan semakin mendekatkan diri dengan NYA, musibah pula, apabila datang, kamu akan semakin menjauh dari NYA.”

YA ALLAH, ampunilah dosaku.

Petang itu, seseorang menghubungi saya. “Tuan Feroz, saya adalah sahabat kepada puan (yang membatalkan pesanan). Nak tanya, dadih ada lagi tak? saya ada majlis pertunangan anak saudara, orang yang sepatutnya hantar coklat telah kemalangan … ”

Teringat kepada mesej yang saya kirimkan kepada pelanggan. Tidak perlu marah-marah. Hanya doakan saja dan hubungan kami terus berkekalan dalam harmoni.

Hablum minALLAH.
Hablum minannas.

ALLAHU AKBAR.

Status ini saya tujukan kepada semua sahabat yang menjalankan bisnes.
Peringatan kepada diri sendiri.

Abang Long.
Penjual DADIH yang menulis.

MW: Kalu diingat balik, memang boleh ‘naik angin’ tapi semua ini berbalik pada ketentuan Dia. Kita tak tahu, ada rezeki lain yang menunggu.

Sumber: Mohamad Feroz Zaini

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora