Selepas melahirkan anak pertama tahun 2005, Noor Zeeda Abd Aziz mengalami post-partum depression atau meroyan. Tahun 2007, selepas anak kedua dilahirkan Allah uji pula dirinya dengan kanser tulang.
Dugaan lebih hebat datang menimpa, tahun 2013 implan kakinya alami masalah dan kaki kirinya terpaksa dipotong sampai paras paha.
Ujian Tahun 2005
“Dua tahun selepas berkahwin barulah kami dikurniakan zuriat. Entah mengapa selepas melahirkan dan ketika berpantang, saya sering berhalusinasi. Saya lebih suka duduk seorang diri dalam bilik.
“Saya tak tahu nak ceritakan pada siapa. Bimbang orang anggap saya meroyan dan gelar saya gila. Suami pula bekerja jauh, sebulan sekali baru dia pulang. setiap kali orang luar pegang anak saya, hati membuak-buak nak marah.
“Tapi saya tak mampu nak luahkan. Nak tunjuk pun tak boleh. Saya pendam saja. Saya ingat lagi kata-kata saya dalam hati waktu tu ‘Yang kau orang sibuk-sibuk pegang anak aku apahal?’ Kuatnya bisikan tu bergema dalam kepala saya.
“Tapi yang paling menakutkan, setiap kali saya pandang anak, saya tak nampak bayi yang comel.Pernah saya berulangkali terbayang di ruang mata, ulang tayang saya ambil gunting dan menikam bayi.
“Dalam fikiran,’tu bukan anak saya’ Walhal inilah anak yang kami nak sangat.”
Ads
Cepat Tersedar
Dia pelik dengan perubahan dirinya. Nurani keibuan masih kuat, zikir diperbanyakkan dan diri cepat-cepat disedarkan. Tetetapi perasaan itu datang dan pergi.
Akibat perubahan hormon selepas melahirkan anak, pengecutan rahim, payudara bengkak, sakit kontraksi dan bukaan yang digunting, tidak boleh tidur malam sebab menyusukan anak selang dua jam, aturan berpantang yang ketat, tak boleh tidur siang jadi penyumbang tekanan.
Suatu hari, Allah gerakkan harinya menonton rancangan Oprah Winfrey Show. Ada topik Post Partum Depression. Dengan artis jemputannya Brooke sheilds. Dia juga lalui dan bertarung dengan penyakit ini selepas melahirkan.
Dia bercerita tentang apa yang difikirkan, kenapa jadi macam itu, siapa yang bantu dia.
Ads
Nah! dia temui jawapan yang selama ini dicari.
Kenapa berprasangka buruk pada anak… Bukan kerana dia seorang ibu yang jahat tapi disebabkan faktor fisiologi, persekitaran dan psikologi.
Sejak itu, saya sihat kembali dan dapat kawal diri. Nak makan apa pun saya makan saja. Ikut keselesaan dan kemahuan diri asalkan tak memudaratkan saya dan bayi.
Ujian Tahun 2007
Gelapnya dunia wanita ini apabila disahkan kanser tulang. Dia terpaksa membuang tulang kaki kiri dan diganti dengan implan yang dipanggil endoprostesis yang menghalang kanser dari merebak.Kos memasang implan itu melihatkan RM70k
Ads
Dugaan Tahun 2013
Pada tahun 2013, sekali lagi dia diuji lebih hebat apabila implan pada kakinya mengalami masalah dan kakinya terpaksa dipotong sehingga ke paras paha.Dia cuma memiliki satu kaki dan bergerak bebas menggunakan tongkat.
“Barangkali disebabkan ubat dan rawatan kemo, sekali lagi saya alami depression. Ketika itu sedang melanjutkan pengajian di universiti pada tahun seterusnya.
Akhirnya Saya Jumpa Pakar!
“Saya tahu saya tak boleh lagi atasinya seorang diri. Lalu saya jumpa doktor pakar dan kesan rawatan kanser yang dilalui menyebabkan perubahan hormon.
“Mula amalkan pemakanan sihat, makan suplemen yang boleh seimbangkan keperluan tubuh dan dekatkan diri dengan Allah bagi kuat jiwa luar dan dalam.”
“Alhamdulillah, ujian ini buatkan anak-anak lebih rapat dengan saya. Danish, 12, Deanna, 10 dan Dafique, 8 begitu manja dengan saya. Sampai hari ini, nak menjentik mereka pun tak sampai hati.
“Saya juga sudah 10 tahun bebas kanser. Nasihat saya, jika ada tanda-tanda alami post partum depression segera mungkin berjumpa pakar sebelum ia menjadi psikosis iaitu peringkat yang lebih teruk“.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Ditembak secara tidak sengaja’. Itulah alasan mudah yang diberikan oleh tentera rejim zionis atas atas pembunuhan sukarelawan perubatan Palestin,Razan Al Najjar baru-baru ini. Kematian wanita ini mendapat liputan yang meluas apabila ramai yang mengecam tindakan kejam yang dilakukan tentera zionis serta menimbulkan kemarahan umat Islam kerana paramedik tidak seharusnya menjadi sasaran perang.Ribuan orang turut menghadiri majlis pengebumian Razan di Gaza pada Sabtu lalu.
Tentera Israel, semalam berkata siasatan awal mengenai pembunuhan sukarelawan Palestin ketika bantahan di sempadan Gaza menunjukkan mangsa ditembak secara tidak sengaja.
Pegawai kesihatan Gaza dan saksi berkata, tentera rejim Zionis menembak mati Razan al-Najjar, 21, sukarelawan perubatan, ketika beliau berlari ke arah pagar sempadan di bandar Khan Younis dalam usaha menyelamatkan penunjuk perasaan Jumaat lalu.
Tentera rejim berkata, pejuang Palestin menyerang anggotanya di sepanjang sempadan dengan tembakan dan bom tangan.
“Siasatan awal berhubung kejadian itu sebilangan kecil peluru dilepaskan dan tiada tembakan sengaja disasarkan secara terus ke arahnya,” menurut sebahagian kenyataan ringkas dikeluarkan tentera Israel.
Siasatan diteruskan, menurut kenyataan, dan hasilnya akan diteliti komander kanan dan diserahkan kepada pendakwa raya tentera untuk pertimbangan.
Ribuan menghadiri majlis pengebumian al-Najr di Gaza Sabtu lalu, termasuk sebahagian yang pernah dirawatnya ketika cedera pada bantahan sebelum itu.
Pasukan perubatan Gaza berkata, tentera Israel membunuh 120 penduduk Palestin ketika bantahan setiap Jumaat dilancarkan pada 30 Mac lalu di Semenanjung Gaza.
Damailah Razan Al Najjar, pergimu pada bulan Ramadan yang mulia dengan niat ikhlas membantu rakyat Palestin. Semoga wanita berani ini ditempatkan dikalangan para syuhada’ dan golongan salehin.
Keluarga anak perempuan kecil ini diuji hidup menjadi gelandangan. Tidur malamnya cuma beralaskan kotak di atas jambatan bertemankan nyalaan ubat nyamuk. Sayunya ibu hamil lagi.
Bersama anggota polis, Ustaz Ebit Lew menjalankan misi membantu keluarga yang diuji dengan kesusahan dan kesempitan hidup ini. Terkini, mereka sudah pun mendapat rumah sewa dengan bayaran bulanan ditanggung sepenuhnya oleh Ustaz Ebit.
Kongsi Ustaz,
Sebak rasa seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur dan tandas semuanya. Saya bayarkan RM500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini.
Ubat hati ini semalam tengok tidur di jambatan alas kotak.
Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi AJK tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya.
Kena Halau Di Dunia Tak Apa, Jangan Kena Halau Di Akhirat
Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan atau gelandangan pergi shoping. Hati saya dah lali kena halau ini. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat.
Syukur kawan-kawan bantu. Terima kasih abang Azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kasih tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar, toto, bantal, tilam dan barang dapur. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.
Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang.
Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui.
Ini Kejadian Sebelum : Misi Membantu Anak Kecil Tidur Atas Kotak
Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di fb Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan Patron Selayang tiada rumah dah 4 hari di sini. Saya terus gerak ke sana dah 11.30 malam dan lalu roadblock dekat situ.
OCPD tanya ustaz ke mana ni. Saya minta bantuan mereka. Baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa. Terima kasih ACP Arifai Ketua Polis Daerah Gombak dan semua abang polis bersama saya tadi. Hebat PDRM. Abang polis semua tolong angkat barang kakak ni dan anaknya.
Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknya lah ya Allah. Alas kotak jer. Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya. Meronta hati melihat. Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah. Tanya suami katanya pagi kot baru balik sini. Syukur rasa. Akak ni kenal saya. Pernah baca buku pasal isteriku bidadari. Akak ni tengah mengandung lagi. Ya Allah lagi sayu sebak rasa bersalah.
Ujian Anak Kecil
Dengan bantuan polis saya bawa akak ni balik rumah. Ya Allah apalah ujian mu anak kecil. Ada masalah keluarga juga. Polis kata apa-apa call jer ustaz. Kita bantu ustaz. Terima kaseh ustaz tolonglah yer anak ni ustaz. Sedih rasa.
Siapa ada rumah untuk disewa sekitar KL atau area Gombak ni yang tak mahal boleh pm saya yer. Terima kasih yer (Note : ustaz sudah menemui rumah sewa)
Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah takde nyamuk. Tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang. Terima kasih adik yang tag dan Amin Mean atas berita dan gambar itu.
MW :Semoga Ustaz diberi kemudahan dalam menjalankan kerja-kerja amal sepanjang musim PKP Covid-19 ini.
Seorang bapa di Sepanyol memberikan alasan paling mengarut apabila tergamak merogol anak perempuannya berusia 15 tahun dan dua rakan anaknya kononnya untuk ‘menyingkirkan roh jahat’ dalam tubuh mereka.Ini merupakan alasan paling tidak masuk akal hanya bertujuan untuk mengambil kesempatan terhadap mangsa.
Lelaki dikenali sebagai Javier GD itu dilaporkan memperkosa kesemua mangsa beberapa kali di kediamannya di Baix Llobregat berhampiran Barcelona.
Difahamkan, isterinya tahu tentang perbuatan suaminya, namun hanya mendiamkan diri.
Berdepan Nasib Buruk
Javier menyakinkan anaknya dan dua rakan anaknya bahawa mereka memiliki roh jahat didalam tubuh mereka dan cara untuk membuang roh jahat tersebut adalah hanya dengan melakukan ritual hubungan intim.
Javier mendakwa ‘Order of Odin’ mengharuskannya merogol ketiga-tiga remaja terbabit atau keluarga mereka akan berdepan nasib buruk.
Susulan itu, pendakwa raya mencadangkan hukuman penjara 45 tahun dikenakan ke atasnya manakala isterinya dihukum penjara sembilan tahun kerana bersubahat.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...