Diuji Kelahiran Anak Sindrom Dagu Kecil, 2 Bulan Dalam Rawatan, Ibu Akhirnya Cekal Terima Hakikat

Share

Posting-posting ibu muda, Puan Siti Fatimah Othman di wall facebooknya membuatkan hati jadi sebak. Anak bongsunya, Addin Sufi disahkan alami Sindrom Dagu Kecil yang mengakibatkan saluran pernafasannya sempit.

1 Jun 2017

Alhamdulillah…syukur,anak dah selamat dari pembedahan, baru 6 hari dilahirkan. Kawan-kawan fb doakan anak say cepat sembuh sihat seperti baby lain k…

10 Jun 2017

Dah 15 hari dah anak ibu dok wad..

Cepat sembuh ya..ibu tau ADDIN SUFI anak soleh ibu kuat!!!

Abg Amsyar tak sabaq nak tengok adik, nak raya ngan adik. Hari-hari abang Amsyar doa n dok tengok gambaq adik ja..— feeling hopeful.

18 Julai 2017

Alhamdulillah… Addin Sufi dah balik, terima kasih kawan-kawan yang banyak doa untuk Addin cepat sembuh… Kuatkan semangatmu wahai anakku Addin Sufi.. adik kuat,ibu lagi kuat..teruskan berdoa mudah-mudahan sembuh sihat sepenuhnya. Aamin.

21 Julai 2017

Tidurlah arjuna beta… mimpikan yang indah saja, nanti bila kau buka mata semuanya kan berubah..KUATKAN SEMANGATMU!!!

22 Julai 2017

Alhamdulillah. Selesai tukar rise tiub hidung, tukar kain & tali kat tengkuk Addin. Alhamdulillah, ibu boleh buatt demi untuk anak ibu. Semoga dipermudahkn segala urusanku Ya Allah.

Masa mula-mula saya mengandung alahan sampai bulan 3. Masa itu cuma jadi loya saja. Alhamdulillah sepanjang mengandung tak ada masalah apa, darah, Hb semua ok.

Masa baby 8 bulan ke atas dan sampai cukup bulan, baby saya kerap sedu dalam perut. Masa saya bersalin, keluar saja baby, saya dengar nurse cakap “dagu anak saya tak ada” tapi masa itu saya masih lali, mata pun kabur ja.

Lepas itu, nurse datang tunjuk anak saya. Dia cakap anak saya kena masuk wad sebab ada masalah. Masa itulah saya tahu yang anak saya alami Sindrom Dagu Kecil yang akibatkan saluran pernafasannya sempit. Saya sangat down dan hilang semangat.

Seharian lepas itu, saya menangis saja. Tuhan saja yang tahu perasaan saya. Alhamdulillah masa dalam rawatan itu, saya banyak belajar. Lama-lama saya dah boleh terima ketentuan Allah.

Demi anak, ibu ini belajar menukat tiub yang membantu pernafasan bayinya, membuat suction dan memasukkan rise tiub. Walaupun getir, demi anak tersayang dia cekalkan hati.

Sampailah satu hari doktor minta saya belikan mesih sedut kahak. Allah.. saya memang tak mampu nak beli dengan harga yang dimaklumkan. Alhamdulillah, ada insan-insan yang sudi membantu dan hari ini anak saya sudah memperolehnya.

Berulang 40 Minit

Waktu anak masih diwadkan, ibu ini terpaksa berulang dua hari sekali demi menghantar susu kepada anaknya. Waktu itu, suamilah yang akan menghantarnya ke hospital dengan perjalanan yang mengambil masa 40 minit.

Tulisnya lagi “terus terang saya katakan yang bil hospital saya baru bayar RM50”. Sungguh suri rumah ini redha dengan ujian Ilahi. Namun hidup perlu diteruskan.

Anda yang sudi membantu boleh hulurkan sumbangan anda ke akaun:

02100079321528(CIMB)
Siti Fatimah Othman

Semoga ibu ini diberi kekuatan dan kecekalan hati menjaga anak keduanya ini.

Sumber/Foto: Siti Fatimah Othman via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer