Memang ada benarnya, perasaan cinta takkan hadir secara tiba-tiba jika tak dibuka ruangnya. Pesanan buat wanita, sebelum terjebak lebih jauh dengan ‘cinta’ suami orang ada baiknya mengundur diri dan memilih untuk ‘jangan melayan’. Ini kerana perasaan cinta takkan hadir jika bertepuk sebelah tangan.
Buat wanita yang diuji dengan cinta lelaki suami orang, boleh jadikan pengalaman hidup daripada Puan Husna Layyinah ini sebagai panduan;
Saya bukanlah seorang wanita yang begitu gorgeous atau #hot. Saya biasa-biasa saja. Siapa yang kenal saya dan pernah jumpa depan-depan, tahulah. Tapi, saya pernah diuji dengan hadirnya seorang Ustaz yang begitu mengambil berat tentang diri saya.
Kisahnya bermula apabila saya mula menghadiri kelas Tajwid bertahap yang dianjurkan oleh Ustaz tersebut. Kelasnya agak popular di tempat saya tinggal. Dalam keadaan saya baru sahaja tamat pengajian di Politeknik Ungku Omar ketika itu, maka saya turut sertai kelas Tajwid tersebut.
Memang saya yang paling muda. Dan sayalah satu-satunya yang masih belum berkahwin ketika itu. Walaupun saya baru sahaja sertai kelas tersebut, sayalah yang paling menonjol. Dek kerana saya selalu mendapat markah penuh bagi ujian Tajwid bertulis yang diadakan di dalam kelas. Bukanlah niat saya untuk menonjolkan diri, tapi ketika itu saya jawab soalan ujian berdasarkan apa yang saya telah pelajari.
Jadi Perhatian Ustaz
Namun, saya tak sangka, saya menjadi perhatian Ustaz.
Saban hari, Ustaz semakin mengambil berat tentang keadaan diri saya. Semakin kerap Ustaz hantar WhatsApp malam-malam. Hampir setiap hari Ustaz WhatsApp saya dengan soalan-soalan yang tak penting.
“Husna dah makan?” “Husna, kamu dah nak tidur ke?” “Husna, saya tengah free.”
Mesej Bukan Berada Di Rumah
Awalnya, saya anggap biasa, walaupun saya memang balas ala kadar. Sampailah suatu masa, saya perasan yang Ustaz akan mesej saya setiap kali pukul 11 malam. Saya mula syak sesuatu, maka saya tanya, hanya untuk memancing kepastian.
“Ustaz sekarang ada kat mana?”
“Saya baru habis mengajar. Masih di tempat mengajar. Kenapa?” balas ustaz di dalam mesej tersebut.
Tepat! Sangkaan saya tepat!
Ads
Ustaz akan rajin mesej saya ketika dia bukan berada di rumah, bukan berada berdekatan dengan isterinya.
Lama kelamaan, Ustaz kemudiannya berani bertanya di mana saya tinggal, alamat rumah saya dan seumpamanya. Saya tanya kembali, untuk apa Ustaz nak tahu?
“Manalah tahu ada orang nak datang meminang kamu nanti”, katanya.
Saya tak anggap itu suatu gurauan. Apatahlagi sejak dua menjak ketika itu, Ustaz kerap menceritakan perihal anak-anaknya umur sekian sekian, bersekolah di tempat sekian sekian, dan semakin kerap bertanyakan hal-hal peribadi saya. Pernah dia bertanyakan pendapat saya tentang poligami.
Lantas apa saya buat?
Saya BERHENTI hadirkan diri ke kelasnya. Ustaz call saya, berkali-kali, tapi saya tak angkat. Saya mengelak.
Memilih Tak Melayan
Cukuplah. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan menghargai harga diri wanita lain, saya memilih untuk TAK MELAYAN.
Saya cuba meletakkan diri saya di tempat isterinya. Luluhnya hati jika isterinya dapat tahu dia sibuk bermesej dengan wanita lain pada waktu malam, siang dan tak kira waktu. Hancurnya hati jika isterinya dapat tahu dia sibuk-sibuk mengambil berat tentang wanita lain ketika isterinya tidak di depan mata.
Ads
Saya CUT OFF terus. Terus tak munculkan diri di hadapan Ustaz dan langsung tak layan mesej-mesejnya.
Kalau diikutkan, Ustaz pernah menawarkan kepada saya untuk dapatkan tauliah mengajar dengan cepat pada ketika itu, dan beliau akan bantu saya perluaskan lagi perkhidmatan mengajar al-Quran yang saya buat dan turut menawarkan peluang untuk saya bekerja di pusat mengajarnya. Banyak peluang yang dia cuba tawarkan kepada saya pada ketika itu.
Kalaulah saya lebih memikirkan tentang tawaran Ustaz pada ketika itu, mungkin keadaan akan lebih parah. Sebab itu, saya CUT OFF terus. Saya lebih memikirkan perasaan isterinya ketika itu.
Kadangkala, saya lihat, ada sesetengah lelaki apabila sudah berada di zon selesa, dia lupa siapa yang menerima dirinya ketika dia tak punya apa-apa. Dia lupa, siapa yang banyak berkorban untuknya. Dia lupa, siapa yang banyak mendukung dia sehingga dia berjaya sampai ke tahap yang selesa.
Dan sesetengah lelaki juga, lebih sibuk memikirkan sunnah poligami sampai lupa sunnah monogami. Lupakah kalian bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menduakan Khadijah r.a sepanjang hidup Baginda? Lupakah kalian duhai lelaki, Rasulullah s.a.w hanya berpoligami hanya selepas kewafatan Khadijah r.a itupun atas perintah Allah s.w.t, bukan kerana nafsu semata? Lupakah kalian?
Perkara yang paling membangkitkan emosi saya adalah apabila ada segelintir lelaki yang hanya fokus pada sunnah poligami hanya untuk menghalalkan perbuatan cubaan curang mereka. Dengan mudah, si suami biarkan perasaannya beralih arah. Andai ditanya, pastinya akan dijawab, “Perasaan ini tiba-tiba ada.”
Tidak. Sama sekali tidak.
Ads
Perasaan Tak Hadir Tiba-Tiba
Perasaan itu tidak akan ada dengan tiba-tiba. Melainkan telah dibuka ruang untuknya.
Ya, ada melayan. Kalau melayan, apa jadi? Kamu buka ruang dan jalan untuk perasaan itu wujud. Bila sudah melayan walaupun hanya sedikit, maka perasaan itu akan timbul sedikit demi sedikit sehinggalah menular sampai ke tahap mabuk kepayang, walaupun ketika itu kamu sudah ada isteri di depan mata dan melayani dirimu sehabis baik yang boleh si isteri laksanakan.
Mata dan nafsu yang liar, tidak akan pernah merasa cukup. Dan ingat, syaitan itu licik!
Jangan Layan
Jadi buat wanita di luar sana, sekiranya anda diuji dengan kehadiran suami orang yang menunjukkan minatnya terhadap diri anda, JANGAN LAYAN. Cut off terus conversation tersebut apabila semakin melalut, walaupun dia adalah seorang ustaz.
Sentiasa letakkan diri kita di tempat orang lain, supaya kita lebih berperikemanusiaan untuk tak mengkhianati perasaan orang lain.
Benarlah kata-kata yang pernah berbunyi,
“Kesetiaan wanita teruji apabila lelaki tidak memiliki apa-apa.
Kesetiaan lelaki teruji apabila dia telah miliki segalanya.”
Semoga Allah bantu kita untuk sentiasa merasa cukup dengan pasangan yang kita ada sekarang, sentiasa nampak kelebihannya biarpun ada kekurangan, sentiasa bersyukur dan sentiasa setia dengannya sampai hujung nyawa, sampailah ke syurga-Nya.
Allahumma aamiin.
Catatan,
Husna Layyinah
P/s: Bukan semua lelaki bersifat sedemikian. Bukan semua ustaz bertingkah laku sedemikian. Ini bukan soal jantina atau gelaran, tapi ini soal sikap. Hargailah pasangan yang kita ada sekarang. Semua ini hanya pinjaman, tiba masa, akan dipulangkan kepada Tuhan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat wanita yang sedang diuji sebegini. Perkara pertama yang perlu dilakukan, jangan sesekali melayan suami orang tersebut, kerana perasaan cinta takkan hadir secara tiba-tiba dan ia takkan bertepuk sebelah tangan. Elakkan diri sebelum terjebak.
Tak sangka masih wujud manusia kanibal di dunia ini, yang ‘berselera’ makan daging manusia malah melibatkan pasangan suami isteri!
Sukar untuk dipercayai, begitulah ungkapan yang sesuai mengenai pasangan suami isteri kanibal yang didakwa membunuh 20 wanita untuk dijadikan sebagai santapan mereka.
Juan Carlos dan isterinya, Patricia masing-masing mengaku terhadap pertuduhan mengamalkan kanibalisme di Mexico.
Lelaki itu dikatakan mempunyai perasaan benci yang melampau terhadap kaum wanita dan gemar menyeksa mereka secara seksual sehingga mati.Lebih teruk, mangsa yang dibunuh dengan tergamaknya mereka akan jadikan sebagai makanan anjing peliharaannya.
“Saya lebih suka anjing saya makan daging wanita-wanita itu daripada biarkan mereka hidup dan bernafas dalam oksigen yang sama dengan saya,” ujar Juan sewaktu disoal siasat oleh pihak berkuasa.
Hidap Masalah Mental Sejak Kecil
Juan turut mendedahkan dia dipaksa menonton aksi seks ibunya bersama beberapa lelaki dan diarahkan memakai pakaian wanita, suatu ketika dahulu.Penyiksaan itu dikatakan menjadi antara penyebab kenapa dia begitu membenci wanita sehingga sanggup membunuh mereka.
Selain Juan, isterinya, Patricia turut disahkan menghidap masalah mental sejak kecil.Namun, pakar psikiatri mendakwa, pasangan itu masih lagi boleh membezakan perkara yang betul atau salah, sekali gus menolak pengecualian hukuman atas sebab kesihatan mental.
Menurut pegawai psikiatri, Juan turut mendedahkan yang dia akan berterusan membunuh wanita jika dia dibebaskan dari penjara.
Sementara ittu, Ketua Polis Mexico, Alejandro Gomez menyifatkan pembunuhan bersiri yang dilakukan pasangan itu sebagai sesuatu yang menakutkan. Dalam satu pendedahan berlainan, Patricia juga dikatakan pernah memberi arahan supaya Juan memotong kaki mangsa wanita untuk dijadikan sebagai hidangan stik yang dimakan oleh mereka berdua.
Macam-macam hal dan masalah ada di dunia ini. Cukup menakutkan. Semoga kita terhindar daripada segala musibah dan ancaman sebegini.
Sesungguhnya perangai baik dan buruk seorang suami, hanya isteri yang tahu. Jangan sampai dilabel suami munafik gara-gara sikap kita yang di rumah lain, di luar baiknya Ya Allah.
Lama-lama berkongsi hidup, sememangnya kita tak dapat lari daripada menunjukkan sikap sebenar pada pasangan. Tak kiralah suami atau isteri. Namun begitu, jangan pula di rumah kejam di luar macam malaikat punyalah baik.
Seharusnya, seimbangkan sikap kita agar pasangan kita tidak terasa terabai dan dipinggirkan. Betul tak?
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadam baik-baik apa yang dia cuba sampaikan:
Baik Buruk Suami, Hanya Isteri Tahu
Baik buruk kita sebagai suami, hanya isteri kita seorang sahaja yang tahu…
Ayah kita tak tahu, mak kita tak tahu, adik-beradik kita pun tak tahu…
Kita buat baiklah macam mana pun pada orang di luar, kita pijak semut tak mati sekalipun, lidah tak bertulang dan nampak mulia di mata masyarakat sekeliling kita pun, tapi kalau dekat rumah kita dengan isteri itu sebaliknya, maka kita ini adalah seorang yang “munafik”…
Dengan isteri sendiri lain, dengan orang luar lain…
Kalau nak baik, buat baik pada keluarga sendiri dulu, anak isteri kita… Itu yang paling afdhal dan utama… Orang yang baik pada keluarga dia, insyallah akan baik terhadap mereka yang berada di sekelilingnya.
Tapi orang yang baik terhadap orang sekelilingnya, belum tentu lagi baik terhadap keluarganya…
Dengan kawan cakap elok-elok, tapi dengan isteri cakap tinggi suara, tengking-tengking.
Kemudian, dengan adik-beradik sendiri boleh melawak bergurau senda, tapi dengan isteri serius sepanjang masa…
Dengan mak bapak sendiri boleh hormat dan buat apa yang mak bapak suruh, tapi dengan isteri sendiri, tak nak hormat dan tak nak dengar cakap isteri…
Isteri Nampak Sisi Suami Yang Berbeza
Isteri nampak tingkah laku kita, isteri tahu pembawakan diri kita itu berbeza… Kita bukan orang yang sama di luar dan di dalam rumah…
Suruh solat pun liat, tapi di kampung solat tepat waktunya… Nafkah pun tak bagi, tapi rajin belanja kawan-kawan makan…
Tolong orang sana sini, tapi isteri minta tolong disuruh buat sendiri… Sentiasa selesaikan masalah orang lain, tapi masalah di rumah sendiri pura-pura tak tahu…
Jika Isteri Buka Aib
Kalaulah isteri itu nak berterus terang beritahu semua orang sikap dan perangai kita yang sebenar, boleh saja dia buat…
Tapi, apa yang dia dapat? Dia akan dituduh membuka aib suaminya…
Sebenarnya, dia hanya nak suami dia itu adalah orang yang sama baik di dalam atau di luar rumah…
Dia juga hanya mahu suami dia seperti diri suaminya di depan mak bapak, adik beradik, kawan-kawan dan orang-orang lain…
Dia tak nak suami dia jadi “munafik”…
MW: Suami jangan sampai jadi suami yang munafik. Layani dan santuni isteri sebaik-baiknya kerana dia adalah pasangan kurniaan Allah.
Mak mentua sering kali menghadapi konflik dengan menantu perempuannya berbanding menantu lelaki. Entahlah, tiada jawapan pasti kenapa ia terjadi. Tapi mungkin kerana sama-sama perempuan, jadi ‘persaingan’ terjadi tanpa sedar!
Ramai yang menganggap puncanya daripada menantu yang berperangai macam ‘hantu’ sedangkan mungkin punca sebenarnya adalah daripada pihak mak mentua!
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, motivator, yang juga penulis ruangan Motivasi di dalam majalah Mingguan Wanita ada pesanan untuk mak-mak mentua.
Ego
Apabila kita menjadi mentua, sentiasalah ingat watak Nyonya Mansor dalam filem “Ibu Mentuaku”, dengan itu mudah-mudahan kita akan menjadi lebih baik.
Tiada siapa rasa sikap Nyonya Mansor itu baik, bukan? Ia adalah sikap yang amat kejam serta mempamerkan ego yang amat tinggi. Sewaktu menonton kita jadi menyampah dengan watak wanita kaya tetapi sampai hati itu. Dan rasanya setiap orang pernah menonton filem itu serta merasai perasaan yang sama.
Habis, mengapa kisah mentua-mentua zalim dalam dunia realiti masih ada sehingga kini? Mustahil setiap mentua zalim hari ini tidak pernah menonton filem berkenaan. Bukan setakat orang Melayu, orang India dan Cina pun sama meminati filem-filem lama P. Ramlee. Ia penuh sindiran serta bermotivasi tinggi terutama mereka yang mahu berfikir dan mencari pengajaran di sebalik setiap kisah yang diceritakan.
Ada banyak kesalahan mentua terhadap menantu. Kadang-kadang ia dilakukan dalam fikiran yang waras. Saya senaraikan tiga sahaja, sama-samalah kita elak supaya tidak menjadi Nyonya Mansor moden:
i. Membanding antara menantu
Yang bekerja kerajaan selalu dilayan baik, sedang yang bekerja swasta ala kadar saja. Padahal yang bekerja kerajaan itu pun tidak pernah memberikan duit belanja atau balik dengan buah tangan hingga penuh meja. Bila datang terus duduk di ruang tamu menonton TV dan mentua yang sibuk-sibuk di dapur. “Tak apalah, Liza tu penat bekerja agaknya. Hari cutilah dia nak berehat,” hujah hati sendiri.
Lagi besar pangkat menantu, lagi besarlah layanan yang diberikan oleh si emak mentua. Kadang-kadang tidur pun dipersilakan ke bilik, sedang menantu yang kerja biasa terpaksa bentang totto saja di ruang tamu. Menantu yang tidak bekerja, lagilah dilayan kurang daripada biasa.
ii. Mengkritik di belakang
Sesetengah mentua rajin bercerita keburukan menantu kepada orang lain, tanpa sedar cerita itu mungkin akan berbalik kepada menantu itu juga. Ingatlah, semua kritikan di belakang jarang terhenti pada satu telinga, selalunya ia berjangkit-jangkit.
Semua cerita belakang tidak akan membawa apa-apa kebaikan. Menantu yang dikritik tidak akan tahu sikapnya tidak disenangi, lalu dia tidak akan berubah pun. Yang semakin sakit adalah si mentua itu tadi. Jika dibiarkan lama-lama akan menyebabkan berlaku gangguan psikologi.
iii. Mempengaruhi anak sendiri
Ini pun satu keburukan yang amat kerap dilakukan oleh para mentua. Tujuan asalnya baik iaitu hendak memberitahu anak tentang tak berkenannya terhadap sikap-sikap menantu tetapi hujungnya menjadi kesedapan. Tanpa dijangka kata-kata negatif itu akan mempengaruhi si anak terhadap isterinya. Jika dia anak emas, dia akan lebih cepat terpengaruh dan ini tidak baik untuk kehidupan berumah tangga si anak bagi jangka masa yang panjang.
Hati Rosak Sukar Diperbaiki
Elaklah daripada melakukan perkara-perkara berkenaan. Sekali hati telah rosak, susah hendak diperbaiki semula. Kalau hati sudah mula berprasangka keluarga besar yang bahagia mungkin hanyalah cerita sebab sukar direalisasikan lagi.
Ingatlah selalu cerita Ibu Mentuaku, moga-moga kita tidak menjadi sezalim itu. Perasaan ego yang terlampau adalah antara puncanya mengapa seseorang itu boleh bersikap teramat kejam.
Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa yang mempunyai (melakukan) kezaliman kepada saudaranya, hendaklah dia membebaskan dirinya daripada kezaliman tersebut (meminta maaf) kerana sesungguhnya (pada hari kiamat) dinar dan dirham tidak akan memberi manfaat sedikit pun, sebelum amalan kebaikannya diambil untuk saudaranya (bagi menebus kezaliman yang dilakukan). Jika dia tidak mempunyai kebaikan lagi, maka akan diambil kejahatan yang dimiliki saudaranya dan dilemparkan ke atasnya.” – (Riwayat Bukhari)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...