Ramai yang sebak dan mengalirkan air mata dengan video pengakuan kisar benar seorang ‘mak nyah’ yang terjebak dalam kehidupan lorong seawal usia 12 tahun.
Mula bekerja di lorong seusia 12 tahun, ditinggalkan oleh ibu di tepi jalan, hanya ditemani sebotol susu, lima helai lampin bersama surat beranak.Itu antara perkongsian komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bersama penceramah bebas, Ebit Lew yang mengambil pendekatan bersama mereka dalam kemMakNyah.
Menerusi Instagram peribadinya, Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau, melahirkan rasa sebak ketika sesi hati ke hati bersama golongan tersebut selama tiga hari dua malam di sebuah resort.
Katanya, salah seorang komuniti itu bernama Mas berusia 26 tahun telah kembali kepada jalan ALLAH SWT dengan mengambil masa tiga hari sahaja malah kini telah mendirikan solat lima waktu tanpa gagal.Bagaimanapun, perit hidupnya dilalui sendirian ketika usia masih kecil setelah ditinggalkan ibunya di tepi jalan sehingga dirinya kekeringan air mata.
Namun sinar cahaya hidupnya berubah setelah bertemu dengan Ustaz Ebit Lew, dan diisi dengan beribadah tanpa rasa jemu.
Kata Mas menerusi video di Instagram Ebit Lew, dia memberitahu telah mula memelihara solat dan timbul rasa rindu hendak bertemu ibu ayahnya walaupun tidak pernah berjumpa.
“Saya memang rindukan mak ayah walaupun tidak berjumpa. Sebelum ini memang tidak rasa rindu, tetapi bila saya mula solat, saya selalu rindu.
“Saya rasa mereka ada dekat dengan saya, saya ada simpan lagi surat beranak tetapi saya belum ada kekuatan untuk mencari mereka,” katanya.
Perkongsian video ini juga telah dikongsikan menerusi Facebook Wan Syafiq Wan Zahidi yang memuat naik video tersebut sehingga ia viral dan mengundang sebak di media sosial.
Sehingga artikel disiarkan, video berdurasi 2.05 minit itu meraih 495,000 tontonan, 14,000 perkongsian dan lebih 2,000 komen dari netizen.
Mingguan Wanita mendoakan agar golongan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ini kekal istiqamah dan berusaha untuk kembali berubah ke pangkal jalan. Usaha dakwah Ustaz Ebit Lew mendekati golongan ini, wajar dipuji dan diberikan sokongan sepenuhnya oleh masyarakat.
Sumber:Ebit Lew & Sinar Harian