Disindir Beli Barang RM136.30 Di Pasaraya, Timbalan Menteri KPDN Akui Ia Video Lama Ditular Kembali

Share

Disindir beli barang RM136.30 di pasaraya, timbalan Menteri KPDN akui ia video lama ditular kembali.

Di media sosial, ramai yang memerli dan seakan sakit hati menyaksikan reaksi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh membeli barangan pada harga RM136.30 iaitu di bawah RM200 di sebuah pasaraya hingga ramai menularkannya.

Ramai memerli untuk makan seorang bolehlah, asam garam lain mana tak beli ke dan berbagai-bagai lagi kecaman dilaluinya selepas video itu dimuat naik di media sosial.

Disindir Beli Barang RM136.30 Di Pasaraya

Namun “kebenaran” di sebalik harga barangan yang boleh tahan mahal selain kesukaran mendapatkan barangan asas seperti minyak paket subsisi, beras putih di bawah RM30 dan lain lagi, ramai tidak menyedari bahawa video berkenaan adalah video lama. Rakaman yang dibuat pada Julai dan bukan baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Fuziah Salleh memaklumkan, dirinya  tak terkejut kerana dirinya percaya ada dalang di sebaliknya (isu video tular) yang mungkin bermotifkan politik.”

Jelas Fuziah,  video tular itu sebenarnya adalah rakaman video lama yang ditularkan kembali pihak tertentu.

Timbalan Menteri KPDN Akui Itu Video Lama Ditular Kembali

Menerusi rakaman video tular itu, kelihatan Fuziah melakukan tinjauan di sebuah pasar raya bagi memantau harga barang keperluan asas di pasaran dan membeli beberapa barangan untuk membuat penilaian kos.

Antara barangan dibeli ialah minyak masak, beras, biskut, mi segera, sardin dalam tin, tepung gandum, serbuk minuman, bawang dan kentang dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM136.30.

Fuziah kelihatan berpuas hati kerana dapat membeli beberapa barangan keperluan itu pada harga di bawah RM200.

“Siapa kata RM200 tak boleh, tak cukup, kena RM500? Jangan cakap perkara tak benar. Saya sendiri tengok dan saya sendiri nilai,” kata Fuziah merujuk rakaman dalam video berkenaan.

Kenyataan Fuziah dalam video itu bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan segelintir netizen yang meninggalkan komen berbaur sindiran.

Menjelaskan perkara sebenar, Fuziah berkata, apa yang tular itu adalah rakaman video ketika beliau berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah pada awal Julai lalu.

“Sebenarnya ia video lama. Ketika itu ada isu yang (yang mengatakan perbelanjaan) RM200 (untuk barangan keperluan asas) tak dapat apa-apa. Jadi pada waktu itu, saya buat tinjauan di sebuah pasar raya dan beli sendiri barangan di situ.

“Harganya lebih sedikit berbanding tempat lain yang menjual barangan Jualan Rahmah, namun masih cukup dan boleh penuh bakul dengan wang di bawah RM200. Kenyataan saya dalam video bagaimanapun merujuk kepada situasi ketika itu,” katanya ketika dihubungi.

Fuziah berharap, penjelasannya ini dapat memperbetulkan pemahaman segelintir netizen yang mungkin keliru dengan mesej cuba disampaikannya.

“Diharap yang silap faham boleh diperbetulkan, tapi yang ada agenda tersendiri (menyebarkan rakaman video itu) berhati-hatilah,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-

Peniaga BOLEH Letak Harga MAHAL, MURAH, Syaratnya Tiada Penipuan, Barangan Halal, Usah Pertikai!

Kos Orang Gaji Cecah RM30,000, Duta Besar Indonesia Ingatkan “Kalau Mahal Jangan Ambil, Guna Negara Lain”

“Kurangkan Mengeluh Dalam Hidup” Minyak Mahal Pilihlah Menu Sihat Rebus, Kukus, Bakar 

Beli Barangan Mahal Bukan Menunjuk Tapi Kualitinya, Ikut Kemampuan Dan Citarasa!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Seronok dan teruja! Pengalaman krew Mingguan Wanita menyertai kelas Eco Printing di Chalet Perkampungan Orang Asli, Beswoh, Sg Siput, Perak.

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros