Disangka Ayah, Rupanya Bapa Saudara, Jaga Anak Saudara Sejak Kematian Ibu Bapa

Share

Lelaki yang viral memeluk anak muda yang rebah semasa berkawad bukannya ayah kepada kepada pemuda berkenaa, Lebih menyayat hati, lelaki itu merupakan bapa saudara yang kasih pada anak saudaranya.

Malah, anak saudaranya itu sudah pun berada di bawah jagaannya sejak kematian ibu dan bapanya.

Ibarat bapa kandung, bapa saudara ini berlari dari arah khemah tanpa menghiraukan hadirin yang lain demi membantu anak saudaranya yang terbaring rebah.

Sehingga tertanggal seliparnya sewaktu berlari tetap dibantu, dipapah anak saudaranya yang merupakan anak yatim dikenali sebagai Nik Mohd Adhar.

Baca : ‘Lari Sampai Tertanggal Selipar..’ Kasih Ayah Jadi Benteng Tahan Anak Dari Rebah Masa Perbarisan

Bapa Saudara Jadikan Tubuh Tua Sebagai Benteng

Dengan tubuh tuanya itu, bapa saudara memeluk erat anak saudaranya yang tidak berdaya. Menjadikan tubuhnya benteng sehingga anak saudaranya itu dapat kembali berdiri dalam pasukan kawad.

Begitulah kasihnya seorang bapa saudara yang tulus ikhlas. Keikhlasan hati ayah saudara ini membuatkan hadirin ada yang turut sama mengalirkan air mata sebak.

Posting yang dimuatnaik YB Alexander Nanta Linggi itu mendapat tanda suka dan perkongsian yang tinggi di media sosial. Malah beliau turut sama menitiskan air mata saat menyaksikan kejadian di luar dugaan itu.

Sangkanya, bapa tadi mahu memapah anak muda keluar dari barisan. Rupanya tidak berbuat demikian. Begitulah hebatnya seorang lelaki memberi sokongan kepada anak muda tersebut.

Pemuda Berkawad Rebah Kerana Demam

Sementara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang turut berkongsi catatan memaklumkan lelaki yang tumbang itu adalah anak angkatnya, Nik Mohd Adhar.

Kini anak angkatnya itu bertugas sebagai penguat kuasa KPDNHEP di Tawau, Sabah.

Beliau anak yatim piatu sejak sekolah lagi. Itu sebab kami ambil beliau sebagai salah seorang anak angkat kami sejak beliau di Sekolah Geting Tumpat lagi.

Dalam gambar yang meluru kepada beliau dan memapahnya untuk bangkit kembali seraya beliau jatuh pitam seketika ketika berkawad pagi tadi ialah bapa saudaranya yang bernama Abdul Aziz Ya’acob yang memeliharanya sejak kematian kedua ibu bapa

.”

Beliau juga memaklumkan anak angkatnya ketika itu sedang demam ketika berkawad.

Mingguan Wanita : Begitulah hebatnya kasih seorang bapa saudara. Tetap mencurah kasih penuh sayang. Tanpa ibu dan ayah kandung, anak muda itu tetap merasai kasih bapa yang tidak terperi keikhlasannya.

Sumber/Foto : Berita Harian

Published by
Netty Ah Hiyer