Pencarian Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan, 29 yang hilang di kawasan Gua Tempurung sudah masuk hari ke-15. Ramai yang datang menghulurkan bantuan dan kepakaran mencari.
Salah seorangnya, Rosli Hamid yang menyertai misi mencari Acap pada hari ke-10 sehingga ke hari ini. Dengan ditemani 8 anggota muda beruniform, meneruskan pencarian di kawasan Gua Tempurung.
Berlaku kejadian aneh ketika di pintu Gua Tempurung. Ini yang dialaminya ketika menjalankan misi SAR selama 3 hari 2 malam di kawasan terakhir Acap dikesan.
Sambutan Bauan Harum Di Pintu Gua Tempurung
Usai Solat Jumaat hari ini (ketika status dimuatnaik), saya masih berat nak kongsi kisah SAR Acap buat masa ini. Ini sedikit kisah disambut di pintu Gua Tempurung.
Moga beliau diberi segala kebaikan atas segala kebaikan oleh TuhanNYA dan Tuhan ke atas segala makhluk yang melata di bumi dan di Langit. Tuhan yang memerintah segala yang nyata dan yang ghaib. Amin.
Bumi Gopeng dan sekitar Gua Tempurung sangat asing bagi saya. Ini pertama kali saya ke sini. Di kala senja umur yang hampir rebah ke hujungnya.
Saya di bawa ke daerah Tuhan yang amat luas. Di sini, sebuah lagi alam Tuhan yang luas dikatakan wujud.
Petang itu saya dikhabarkan begitu. Rata-rata yang hadir, kata begitu. Rata-rata anak Gopeng bersaksi begitu jua. Jahilnya saya kerana di usia sebegini ianya terbongkar.
Lucunya, ia baru terbongkar untuk saya seorang. Bagi khalayak ramai, mereka sudah khatam kitab kewujudan makhluk di Gua Tempurung.
Malunya saya. Tak mengapa lah.. Gunung.. bukit.. gua.. batu.. hutan.
Misteri Alam Di Daerah Tanah Empat Penjuru
Bagi bangsa Melayu ada sinonimmya dengan jin dan bangsanya. Sungguh, daerah ini.. daerah tanah empat penjuru misteri alam dia.
Patutlah digemari segala pakar alam ghaib bagi segala niat. Pertama kali saya saksikan pestanya di sini. Saya katakan, andai dinukil, berkitab-kitab dan berjilid-jilid. Hebat bangsa Melayu.
Di senja pertama saya di situ. Pelbagai rahsia mereka sampaikan. Pihak berkuasa dan awam sampaikan. Saya rasa amat kerdil di khalayak begitu. Nasib baiklah saya datang sorang-sorang. Pakai kasut getah berkuku penoreh getah. Berbaju pagoda kekasih hati.
Kalau saya undur undur dan ghaibkan diri.. lari balik ke rumah pun tiada yang ambil tahu. Tapi hati nak tahu.. buat-buatlah cool. Allah Maha Adil. Niat untuk belajar dan ziarah didengariNYA
Peluang dibawa ke pintu belakang Gua Tempurung. Siapa tolak dia rugi. Getus hati saya. Nakal.
Pegawai yang menghubungi saya jelaskan. Tiada lagi SAR di situ selain semalam. Mereka masuk kerana ada clue.
“Ustaz.. esok saya nak bawak ustaz ke sana.. tapi…”
“Ikut pintu belakang.. kami dah masuk semalam. Kami nak ustaz pula masuk.” Saya setuju setelah puas hati dengan beberapa jawapan pihak berkuasa tadi.
Jangan Lupa Tanyakan Namanya
Teringat saya ketika di kampung. Awal 80-an, jam 6.30 pagi. Setiap Jumaat pagi, ketika berjalan kaki ke sekolah rendah. Wangian kampung bunian. Bau yang sukar digambarkan.
Kini.. di bumi Gopeng. Pintu belakang Gua Tempurung. Kami disambutnya.
Ads
Jarak ke pintu gua sekitar 100 meter dari kenderaan pasukan beruniform. Saya dan 8 anggota muda berunifom melepasi paya.Kiri kanan dipenuhi pokok renek berbunga.. habuan lebah kelulut.
Sekitar 8 minit melangkah, kami turuni anak tangga yang disusun tegak menuju ke anak sungai. Di sudut pintu gua, airnya jernih.
Kagum. Memang berbaloi memenuhi undangan pegawai SAR malam tadi. Cantik dan nyaman. Apatah lagi ada sambutan mesra dan tanda sahabat. “Al fatihah..” Kita sedekahkah untuk Acap.. untuk yang melata di dalam gua ni, yang nampak dan yang ghaib. Salawat dan salam kepada nabi Sulaiman dan sedikit taklimat saya sampaikan.
“Andai berjumpa dengan yang tua.. tegurlah.. tanyakan nama..” “Adakah tuan haji..” “Atau tuan ni haji..”
“Kalau jumpa kanak-kanak perempuan tanyakan namanya.. adakah adik ni namanya.. begini dan begini.”
Semua Orang Dapat Bau Tak
Hati saya makin berdebar sebenarnya. Saya teruja sangat-sangat sejak lalu di susunan pokok dan bungaan tadi. Biarlah, kali ini aku nak caj pantang. Aku nak try, benar atau tidak. Naluri kebudakan datang menerjah.
Tuan.. Tuan-tuan..
“Bau wangi sejak kita lepasi paya tadi sedap tak?” “Semua orang dapat bau tak? Saya rasa bunga-bunga liar kat luar tu tak berbau.” “Saya maksudkan bau yang ni. Keliling kita sekarang ni.”
Saya pulak makin hilang sabar. Ya Allah.. lemahnya aku. Hati kecil saya kata. ‘bodohnya aku’.
Ads
Saya menyesal tapi syukur. Usai ucapan terakhir tadi, bau semerbak dan lunak. Lembut.. luar biasa bercampur-campur tadi tiba-tiba hilang. Huhhh.. apakan daya.
Pada kali kedua saya bertanya. “Saya tak dapat cium bau apa-apa pun ustaz.” Hampir serentak mereka jawab.
Saya tanya lagi. “Langsung tiada?” “Ada.. sikit-sikit saya dapat cium di atas tadi. Lepas tu hilang.” Jawab seorang anggota pengiring yang berdiri agak ke belakang. Kalau begitu tak apa lah. Belum rezeki. Mana tau..
Kata Orang Tua-tua Yang Tau, Bau Harum Itu, Bau Bangsa Bunian
Saya ambil keputusan agar tidak lagi langgar syarat lepas itu. Bau harum itu, kata orang tua-tua.. kata mereka yang tau, bau bangsa bunian. Saya beritahu mereka. Suasana sunyi. Semua kunci mulut.
Bau mula seakan di taman bunga. Ketika turun tangga seakan bau dipakaian dan bau badan. Di tanah lapang.. kaki anak singai tempat kami berkumpul, bau seakan makanan.
Ya.. seakan mereka sedang memasak. Mungkin ada kenduri dan jamuan. Kami terus melangkah.
Andai Acap Berada Di Dunia Kamu, Berilah Kerjasama.. Bantulah Kami
Petang itu, seorang anggota SAR hubungi saya.
“Ustaz.. ada orang suruh saya pergi ke pintu belakang gua. Dia pesan, kalau ada apa-apa tanda bau-bauan..” Semuanya kebetulan. Kami laluinya pagi tadi. Getus hati saya.
“Kami akan ke pejabat mufti, dipanggil untuk beri taklimat.” Suaranya di hujung sana. Saya teruskan memandu sambil melayan perasaan seorang diri.
Alhamdulillah.. Allah beri sedikit ilmu di kaki gua kepada kami.
Sejak subuh tadi saya berdoa agar andai mereka di situ, muncullah. Kalau boleh zahir.. zahirlah. Saya nekad. Saya mohon sepenuh jiwa. Kerana ada sedikit lintasan diperasaan saya.
Andai Acap berada di dunia kamu.. kami berjisim tiada upaya ke sana. Andai kamu mengaku kamu bangsa yang baik-baik. Atas izin Allah.. tuhan pemilik aku dan Tuhan Kamu. Berilah kerjasama. Bantulah kami. Kamu dunia kamu.. kami dengan bangsa kami. Saya bertawasul..
ALLAH Maha Adil Lagi Mendengar. Doa saya yang hina tidak boleh membuka jalan dan hijabnya. Ikhlaskan hati.. kosongkan rasa diri kita berupaya. Kerana hanya DIA yang ada segalanya. Marilah berusaha dan berdoa agar ada sinar. Wasallam.
Pelakon dan penerbit terkenal, Fauziah Ahmad Daud tiada niat untuk mengaibkan sesiapa menerusi teater terbitannya berjudul Di Sebalik Topeng, sebaliknya sekadar ingin mengusik isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, sekiranya terdapat netizen yang mensensasikan dialog atau jalan cerita yang dilontarkan dia tidak ambil peduli kerana karya yang dihasilkan mencerminkan realiti yang berlaku dalam masyarakat kini.
“Netizen kadang-kadang kita buat sesuatu perkara pun mereka akan kecam. Seperti dialog saya dalam teater ini, mereka suka ‘mengorek’ cerita.
“Apa saja cerita saya yang tidak ‘FYP’ (trending), sampai saya kadang-kadang pun terfikir, cerita apa ni?
“Apa yang dipersembahkan itu adalah cerita benar dan realiti sekarang. Saya tidak rasa sudah buat sesuatu yang salah sebab kami tidak mengaibkan sesiapa. Saya pun tahu Akta Media Sosial,” katanya pada majlis pra-tonton teater Di Sebalik Topeng yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, di sini, semalam.
Menurut Ogy, dia berharap mesej yang disampaikan melalui teater itu dapat membuka mata segelintir pihak mengenai kesan negatif komen atau kritikan yang dilemparkan di media sosial.
“Saya cuma harap melalui teater ini dapat menyedarkan mereka mengenai kesan komen yang ditinggalkan di media sosial. Ia boleh menyebabkan semangat atau jiwa seseorang itu hilang.
“Teater ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.
“Setiap watak yang dipersembahkan dalam teater ini melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami,” katanya.
Teater Di Sebalik Topeng yang akan dipentaskan bermula hari ini dan esok di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, Menara DBP bakal menyaksikan Ogy memegang watak sebagai isteri kepada seorang tokoh politik yang pernah berkuasa sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental.
Melalui sesi terapi kumpulan, wanita berkenaan tidak bersendirian, sebaliknya ditemani beberapa individu lain yang juga cuba melepaskan diri daripada trauma dan bebanan hidup.
Singkap Kisah Setiap Watak
Di Sebalik Topeng menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan menyingkap kisah setiap watak yang penuh adegan rahsia.
Dalam masa sama, teater itu turut menekankan kepentingan mencari bantuan dan memahami kesakitan emosi adalah sebahagian kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.
“Masyarakat kita masih lagi canggung dan kurang faham kepentingan merawat masalah itu sendiri, dalam dialog monolog pembuka ada menyebut “aku sihat, aku tak sakit” dan itu sendiri menunjukkan dia sendiri tidak sedar dirinya perlu dirawat.
“Saya berharap teater ini juga dapat membantu masyarakat kita ini memahami kepentingan sistem sokongan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan mental dan emosi” katanya.
Sementara itu, pengarahnya Zainorhisyam Samudin berkata, dia berharap pementasan ini dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan sokongan emosi.
“Teater ini adalah sebuah experimental kepada situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan kita.
“Dalam teater ini kita persembahkan pelbagai latar kehidupan yang membawa kepada gangguan mental itu sendiri yang mana ada sosok narsisitik, penagih dadah, scammer, wanita yang melalui dugaan dihina dan dikecam, pemerdagangan manusia dan mangsa penderaan.
“Semua ini berlaku di sekeliling kita dan kita tekankan pada pengakhirannya kepentingan sistem sokongan dari semua pihak” katanya.
Selain Ogy, teater terbabit turut dilakonkan oleh Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, Gibran Agi dan Ard Omar.
Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui www.iLassoTickets.com.
Seorang isteri sanggup merayu pada kekasih suaminya demi menyelamatkannya rumah tangga, “Saya mohon jangan rampas suami saya.
Ternyata hebat wanita ini tidak terus melenting atau marah-marah, sebaliknya menggunakan cara baik untuk mendapatkan suaminya kembali. Tidak semua wanita kuat sepertinya.
Seorang Isteri Sanggup Merayu Pada Kekasih Suami
Sebuah video di Jakarta, Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi seorang isteri merayu kepada seorang wanita yang didakwa merupakan kekasih suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kejadian yang dikatakan berlaku di wilayah Sumatera Selatan itu memperlihatkan wanita berkenaan menundukkan kepalanya kepada wanita perampas tersebut sambil menangis dan merayu.
“Saya minta maaf dengan kamu jika saya ada berbuat salah. Tolong selamatkan rumah tangga saya,” rayu wanita tersebut.
Video Tular
Teman wanita suaminya itu kemudiannya dilihat turut terduduk dan menangis sambil mengelap air matanya.
Video tersebut dimuat naik di Instagram dan menjadi tular dengan rata-rata netizen meluahkan rasa marah mereka melihatkan situasi itu.
“Jangan jatuhkan maruah sebagai seorang isteri,” komen seorang pengguna.
“Bagus cara yang digunakan wanita ini dengan tidak menggunakan kekerasan,” kata seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Harapnya suami wanita ini berfikir dua kali untuk curang. Tindakannya yang matang membuktikan dia bukan wanita biasa-biasa hingga sanggup merendahkan ego semata-mata untuk menyelamatkan rumah tangga dan mendapatkan kembali suami tercinta.
Beras ini lebih mahal nilainya dari baju raya, ibu 4 anak hanya mampu pakai baju lama di Aidilfitri. Kurang beberapa hari lagi, umat islam akan meraikan Aidilfitri. Bagi kebanyakan keluarga yang mampu, sudah menyediakan pakaian raya sebelum Ramadan menjelang dan tak kurang ada yang sudah berbelanja untuk persiapan raya.
Namun di saat kita bergembira ada insan yang berduka kerana lebih mementingkan perut untuk diisi berbanding membeli baju raya yang harganya paling tidak mencecah RM50 bagi baju jenis kurta dan RM99 bagi sepasang baju Melayu.
Beras Ini Lebih Mahal Nilainya Dari Baju Raya
Berlainan dialami oleh ibu kepada empat anak dari Kampung Pisang, Peringat di Kota Bharu yang menyifatkan sumbangan beras yang diterimanya lebih ‘mahal’ daripada baju raya.
Rosni Mohd Napi, 44, berkata, sumbangan beras 10 kilogram (kg) itu dapat digunakan pada sambutan Aidilfitri sekali gus meringankan bebannya sekeluarga.
“Suami hanya bekerja buruh dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Dalam keadaan ekonomi hari ini, kami terpaksa mengorbankan sambutan Aidilfitri bagi memastikan dapur terus berasap.
Ibu 4 Anak Hanya Mampu Pakai Baju Lama Di Aidilfitri
“Cukuplah pakai baju raya lama sahaja, ” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Kongsi Rezeki, Sebar Bahagia di Masjid Imanul Fa’izin.
Memetik laporan Sinar Harian, pada majlis itu, sebanyak 15,000 kilogram (kg) beras disumbangkan oleh RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) yang diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Dr Azizan Osman bersama pengasas Noir Health & Beauty Sdn Bhd (Noir), Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu.
Madammu menyerahkan beras kepada ibu terpilih dalam Kongsi Rezeki Sebar Bahagia usaha sama antara Richworks dan NOIR Health & Beauty.
Bagi Siti Nurellyana Abdullah, 33, pula dia bersyukur terpilih sebagai salah seorang penerima beras yang disifatkan rezeki terpijak menjelang Aidilfitri.
Ujarnya, ketika ini pendapatan keluarga terjejas apabila suami tidak dapat keluar bekerja.
Dia memberitahu, Aidilfitri kali ini dia hanya membuat persiapan untuk dua anaknya yang berusia sembilan dan 11 tahun sahaja.
“Saya dan suami cukuplah pakai yang mana ada. Asalkan anak-anak berbaju baharu dan beras masih ada untuk dimasak,” katanya.
Sementara itu, Madammu berkata, beliau dan suaminya sangat bersyukur dengan kesempatan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan di sini.
“Siapa sangka, saya yang dulunya hanya seorang suri rumah kemudian mula berniaga dari situ hingga sekarang dapat bantu ubah hidup ramai wanita di luar sana melalui perniagaan,” katanya.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!