“Dirempuh lori ketika berbasikal.” Saintis kelahiran Malaysia di Universiti Oxford meninggal dunia.
Seorang saintis kelahiran Malaysia Dr Ling Felce (Wong Suet Ling), 35, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Oxford, England, minggu lalu.
Dr Ling dipercayai sedang berbasikal apabila sebuah lori merempuhnya di persimpangan St Clement’s Street dan The Plain di Oxford.
Kematian tragik wanita itu disiarkan dalam satu kenyataan Polis Lembah Thames.
Dr Ling dilahirkan di Malaysia pada 1986 dan berpindah ke London pada 1991 bersama keluarganya.
Baca Di Sini: Malang Tak Berbau, Wanita Maut Ketika Melintas Jalan Dirempuh & Diseret Kereta Pemandu ‘Gila’!
Pada 2005, dia melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford bagi mengikuti pengajian dalam jurusan biokimia dan mendapat ijazah doktor falsafah di Jabatan Farmakologi Klinikal Universiti Oxford.
Ibu kepada dua cahaya mata berusia tiga dan lima tahun itu bekerja sebagai saintis dan baru-baru ini menjalankan penyelidikan mengenai tindak balas imun manusia terhadap Covid-19 serta kanser.
Suami Dr Ling yang dikenali sebagai James Felce menyifatkan Wong sebagai ‘cahaya’ keluarga dan dia sekeluarga sangat sedih kehilangannya pada usia begitu muda di saat mempunyai begitu banyak impian untuk diri mendiang dan anak-anak.
“Saya rasa kehilangan tanpa kehadirannya tetapi dia akan terus hidup melalui cinta yang dia berikan kepada kami dan kepada ramai yang lain,” katanya.
Dr Ling juga digambarkan rakannya sebagai bijaksana, mudah mesra dan seorang yang optimistik.
Menarik Di Sini: Dirempuh Kereta Hilang Kawalan, Ibu HAMIL, Suami, Anak Dalam Kandungan Meninggal
Oxford Mail melaporkan Dr Ling meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan menimpanya itu.
Pada Khamis, Robert Whiting, 39, hadir di Mahkamah Majistret Oxford untuk didakwa kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian ketika berada bawah pengaruh dadah.
Suspek juga akan didakwa kerana memandu tanpa lesen dan insurans.
Dia kini ditahan reman dan dijangka hadir di Mahkamah Oxford Crown pada 28 Mac.
Juga Di Sini: Cukup Tragis… Empat Sekeluarga Dijemput Ilahi Dirempuh Treler, Bayi 13 hari Antara Yang Maut
Ramai netizen turut bersedih serta menganggap kehilangan Dr Ling sebagai suatu kehilangan yang cukup besar.
Mingguan Wanita : Takziah buat seluruh ahli keluarga Dr Ling Felce.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita