Diraikan 4 hari 4 malam, majlis berkhatan bagaikan konsert telan belanja RM856,000. Memang luarbiasa! Majlis berkhatan biasanya disammbut secara sederhana namun meriah bagi meraikan kanak-kanak lelaki yang akan melangkah ke zaman remaja dan dewasa.
Namun demikian, cukup berbeza apabila sebuah majlis berkhatan di Bandung, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana disambut secara besar-besaran sehingga kelihatan seperti acara konsert selain turut menelan belanja sebanyak 3 bilion rupiah (RM856,029), lapor portal berita Wolipop.
Berdasarkan hantaran tular di laman TikTok, majlis berkhatan itu dihiasi pentas besar dan disertai oleh kumpulan muzik Koplo dari Tuban, Jawa Timur.
“Menjadi sebahagian daripada majlis mewah anjuran orang kaya. Acara selama empat hari dan empat malam,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.
Wolipop menghubungi individu yang memuat naik hantaran tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai acara itu.
Menurut Gito yang merupakan pemilik Pixel Visualindo, acara itu diadakan oleh hartawan dari Bandung yang memiliki perniagaan angkringan (warung tolak) terkenal di Kota Kembang.
“Daripada maklumat yang saya tahu, kos majlis itu ialah 3 bilion rupiah (RM856,029),” kata Gito.
Tambahnya, majlis berkhatan itu berlangsung selama empat hari.
“Tujuan keluarga berkenaan menganjurkan acara berkhatan yang meriah sebegitu adalah kerana mempunyai ramai tetamu selain mahu memberikan hiburan kepada penduduk setempat,” jelasnya.
Tambah Gito, ia turut kelihatan seperti acara konsert kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi dan multimedia.
“Saya berasa seperti berada di sebuah festival muzik dipenuhi bakat-bakat tempatan yang membuat persembahan,” ujar Gito.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Ini yang dinamakan bersedekah untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain,” kata seorang pengguna media sosial.
@gitopixel Jadi bagian dari hajatan sultan .. 4 hari 4 malam Di angkringan Teh Ita , support multimedia , Led , Lighting System #adella #angkringantehita #tehita #lalawidy #omadella ♬ Aa Ulah Depo Wae – rhoma irama
Mesti Baca:Begini Jaga Luka Berkhatan Anak Supaya Tak Bentan Bernanah, Cepat Sembuh!
Baca Lagi Di Sini:Pesanan ‘Tok Mudim’ Waktu Terbaik Anak Berkhatan, Jangan Tunggu Umur 10 Tahun
Artikel Menarik:“Kalau Anak Pertama Yang Nak Berkhatan, Mak Ayah Tolong Siap Awal-Awal Bab Ini!”
Mingguan Wanita: Memang luarbiasa, punyalah sayang anak raikan majlis berkhatan hingga sebegini. Meriah sungguh sampai 4 hari 4 malam malah sanggup berhabis belanja yang besar.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.