Tahniah Mingguan Wanita ucapkan buat pelakon dan pengacara yang kini bergiat aktif dalam dunia politik, Dira Abu Zahar yang dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Dira Bergelar Datuk
Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, 36, merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.
Acara tersebut bersempena sambutan ulang tahun ke-71, Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka semalam.
Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.
Ads
Berhasrat menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin, Dira tekad untuk menabur bakti pada masyarakat dan berbakti pada negara.
Ucapan Tahniah & Doa
Sejurus umum mengetahui perkahabaran tersebut, laman Instagram Dira turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa yang dititipkan rakan-rakan dan para peminat yang tumpang berbangga dengan pencapaian yang diperolehinya.
Sumber Foto: Instagram Dira Abu Zahar Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sudahlah tertipu selama empat tahun, malah salah seorangnya turut menderita diseksa dan dipukul oleh ‘suami’ mereka yang rupa-rupanya perempuan.Dalam kejadian di daerah Nainital, Uttarakhand, India, polis menahan wanita 25 tahun yang menyamar sebagai lelaki itu kelmarin atas tuduhan melakukan penyamaran, penipuan dan pemalsuan.
Polis daerah Nainital, Superintendan Kanan Janmejay Khanduri berkata, wanita dikenali sebagai Sweety Sen itu menyamar sebagai lelaki sejak 2013.
“Wanita itu menyamar sebagai lelaki menggunakan nama Krishna dan memikat wanita melalui Facebook sebelum mengahwini mereka.
“Dia menggunakan nama Krishna Sen di akaun laman sosial itu dan memuat naik beberapa gambar berperwatakan sebagai lelaki,” katanya.
Menurut laporan media India, polis berkata, Krishna ‘berkahwin’ dengan seorang wanita bernama Kamini pada 2014.
Pada, 2016, Krishna berkahwin pula dengan wanita lain berusia 20 tahun di daerah sama dan berpindah tinggal dengan isteri barunya.
Menurut Indian Express, Krishna tidak membenarkan kedua-dua isterinya itu melihat tubuhnya dan menggunakan kemaluan palsu ketika hubungan seks.
Isteri keduanya, Nisha, dikatakan tahu suaminya adalah wanita namun berdiam diri kerana dijanjikan habuan wang.
Pada hujung tahun lalu, Kamini membuat laporan polis mendakwa dipukul kerana mas kahwin dan wang keluarganya diambil lalu polis memburu Krishna sebelum berjaya menahannya, kelmarin.
“Pemeriksaan perubatan juga mendapati dia sebenarnya seorang wanita,” kata Janmejay.
Polis turut memburu keluarga wanita terbabit yang dikatakan hadir di kedua-dua majlis perkahwinannya.
Watie Hanifiah kongsi tip kahwin dengan duda ‘hilang’ isteri, “Banyakkan bersabar…” Watie Hanifiah, isteri kepada Shuib yang merupakan seorang pelawak dan usahawan, berkongsi tip dengan warga maya tentang tip berkahwin dengan duda yang kehilangan isteri.
Watie Hanifiah Kongsi Tip Kahwin Dengan Duda ‘Hilang’ Isteri, “Banyakkan Bersabar…”
Menerusi ruangan soal jawab di Instagram Story, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, isteri perlu bersabar dengan pasangan dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Tip dia, kena tahu dulu apa yang kita pilih. Kalau itu adalah pilihan kita jadi kena banyakkan bersabar.
Kalau ada benda terasa cepat-cepat baca selawat..cakap dalam diri, ‘tak apalah dunia hanya pinjaman.
Hidup, hati dan perasaan manusia ini Allah yang punya. Kita nak fikir sangat pun satu masa Allah ambil nyawa kita dan suami, jadi tetap tak ada apa juga yang ditinggalkan.
Tegas Watie lagi para isteri seharusnya memiliki fikiran yang positif agar dapat mengecap bahagia bersama suami.
Kalau kita berfikiran baik, insyaAllah ganjaran yang baik Allah beri.
Tapi kalau nak fikir negatif, maknanya kita cari jalan gaduh, jalan bermasalah..apa yang kita dapat?
Mood tak happy, hari-hari yang kita nak lalui pun kita takkan rasa gembira.
Jelas Watie lagi, terasa hati dengan pasangan adalah normal namun tidak boleh terlalu melayan emosi. Doa juga menjadi antara petua kebahagiaan hidup berumah tangga.
Nak terasa tu boleh, tapi cepat-cepat pujuk hati dengan berkata,’tak apalah semua pun Allah punya.’ Dia boleh bagi, Dia boleh ambil.
Yang penting kita kena selalu doa, minta dekat Allah. Semoga Allah beri kita rasa kasih, cinta, rindu dalam hati suami dan anak-anak..untuk kita dan begitu juga kita kepada mereka.
Untuk info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dunia tanpa batasan. Segalanya berada di hujung jari. Bila anak meragam, mak ayah umpankan dengan telefon bimbit atau tablet. Tengoklah kartun di youtube, nanti senyaplah dia.
Namun, nak bagi anak tengok karton di youtube pun bukan semua ye. Kena pilu kerana tidak semua boleh memberi kesan baik pada perkembangan emosi dan sosial anak-anak.
Takutnya, terbawa-bawa ke dunia realiti dan boleh jadi anak makin agresif akibat terpengaruh dengan karakter kartun di youtube. Inilah antara senarai karakter kartun yang mak ayah boleh haramkan pada anak seperti di kongsikan oleh Siti ‘Aisyah Rozalli.
Kalau dengar atau nampak je mana-mana nama ni semasa anak anda tengok YouTube.
Minta mereka tutup segera! 1. Huggy Wuggy 2. Kissy Missy 3. Cartoon Cat 4. Among Us 5. The Siren Head 6. Five Nights At Freddy’s 7. Long Horse 8. Poppy Playtime 9. Sun & Moon (karakter dalam Five Nights at Freddy’s) 10. Happy Tree Friends 11. Rainbow friends 12. Monica Toy 13. Mommy long legs, Daddy long legs
Banyak lagi sebenarnya.
.
Kadang-kadang kita parents ni tak tahu.
Karakter, nama game yang anak kita tengah tengok kat YouTube tu sebenarnya sangat sangat bahaya.
Kita ingat, biasa je. Sebab, kita pun tak tahu apa yang diorang tengok kan?
Rupanya, sangat bahaya untuk perkembangan sosial-emosi mereka.
Take note tau.
Ambil tahu apa yang anak tengok. Lagi bagus, kawal.
Kawal sebelum terlambat.
Mingguan Wanita : Mak ayah jangan terlalu leka bagi anak-anak main hp, sebab kita tak tahu kesannya nanti. Bahaya betul.