Dira Gesa Ahmad Zahid Berundur “Parti Memerlukan Perubahan Mutlak Mendengar Suara Hati Rakyat”

Share

Dira Gesa Ahmad Zahid Berundur. Terbaharu menerusi akaun Instagramnya, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira turut menyarankan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  mengundur diri.

Setelah beberapa pemimpin UMNO mendesak agar Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya, seorang lagi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu Dira turut berbuat perkara sama.

Langkah itu diambil supaya parti boleh melakukan perubahan yang mutlak pasca Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Dira Gesa Ahmad Zahid Berundur

Selebriti yang kini berstatus wakil rakyat, Dira juga merupakan antara beberapa pemimpin UMNO yang mahu Ahmad Zahid melatak jawatan.

“Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya,

UMNO menginsafi angin perubahan suara rakyat. Walaupun rakyat menolak pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan tetapi itu tidak menjadikan barisan kepimpinan UMNO sebagai pilihannya kali ini.

Walaupun telah ramai memperkatakan dan memperingatkan agar parti perlu lebih berhati-hati dan berubah, tetapi tidak diendahkan.

Akhirnya rakyat sendiri terpaksa menyingkirkan UMNO. Bukan sahaja pemimpin besar UMNO yang lain bahkan turut mengorbankan sahabat-sahabat saya pelapis muda yang berpotensi dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Perubahan baru Malaysia pasca PRU15 memberi signal jelas daripada rakyat untuk UMNO agar lebih serius melakukan perubahan tampuk kepimpinan selari dengan denyut nadi rakyat.

Era parti terbesar dan memiliki ahli teramai yang mampu menjanjikan kemenangan telah berlalu. Hakikatnya, peratusan ahli UMNO sebagai pengundi jauh lebih kecil daripada pengundi bukan parti.

Sebagai pemimpin muda dalam parti, saya juga menyahut seruan YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa dengan penuh rasa hormat dan rendah diri agar YB Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi mengundurkan diri.

Bahkan dalam situasi genting hari ini, sebarang bentuk rundingan perlu dibawa ke meja perbincangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Namun, saya menzahirkan rasa kecewa kerana seolah-olah MKT sebagai pembuat keputusan tertinggi diketepikan dan mesyuarat MKT dibatalkan.

Parti memerlukan perubahan mutlak mendengar suara hati rakyat. Bukan sahaja kehendak akar umbi UMNO semata, tetapi kehendak hati nurani rakyat sebagai pengundi majoriti,” luah Dira.

Untuk rekod Dira merupakan Timbalan Speaker DUN Melaka.

Beliau juga merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar yang juga merupakan wakil rakyat DUN Rim.

Baca Disini : Penangan Isnin Tak Dapat Cuti Pilihanraya, Kebas Kaki Pesta Brek Di Karak Highway Malam Tadi

Ini 4 Cara Mudah Mak-Mak Boleh Semak Daftar Pemilih Pilihanraya SPR Sebelum Pergi Mengundi!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Suka dengan peribadi Dira yang cukup baik dan merendah diri.

Sumber : Instagram Dira Abu Zahar

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh