Dipuji tidak dimamah usia, Amy Mastura enggan tenggelam dek pujian

Share

Beruntungnya jika wajah kekal awet muda dan tidak dimamah usia! Itu antara perkara yang sering dilontarkan buat  penyanyi Amy Mastura yang  acapkali menerima pujian kekal muda dan tidak dimamah usia. Meskipun menerima pujian, penyanyi Amy Mastura mengambil pendekatan untuk tidak berlapang dada sebaliknya menjadikan itu sebagai peringatan untuk dirinya.

Amy Mastura ketika ditemui Mingguan Wanita baru-baru ini berkata dia enggan tenggelam di sebalik pujian yang dilemparkan kepadanya.

“Alhamdulillah dengan pujian kelihatan seperti adik-beradik dengan anak-anak, namun sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kenyataan. Jangan perasan sangat, saya selalu ingatkan diri saya.

“Ini kerana, mak tetap mak, tak jauh lari dia. Walaupun sering menerima pujian, namun sebenarnya menjadi peringatan. Sila beringat!

Meskipun sudah mencecah usia 52 tahun, kejelitaannya mencetuskan rasa kagum dikalangan peminat kerana dikategorikan sebagai awet muda memandangkan wajahnya yang tidak dimamah usia.

Apatah lagi apabila penyanyi Sha Na Na ini bergandingan dengan dua orang puterinya, mereka kelihatan seperti adik-beradik!

Dipuji tidak dimamah usia

Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan  Alvin Tham Suffian pada 30 Jun 2000. Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan iaitu Adriana, 22, dan Adalia, 19.

https://www.tiktok.com/@mingguanwanita/video/7311890416259910920?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7247046117615339010

Berkongsi petua awet muda dan rahsia kebahagiaan rumah tangga bersama Mingguan Wanita, Amy Mastura mendedahkan antara rahsia yang diamalkan termasuklah suka ketawa dan enggan memikirkan masalah secara berlebihan.

Malah sikap kelakarnya yang suka bergurau dengan  suami tersayang, Alvin menjadi petua awet muda serta kebahagiaan rumah tangga mereka yang kini sudah memasuki usia 23 tahun.

 

 

Published by
Rosmah Idayu