Dipecat Selalu CUTI SAKIT Hari Isnin, Pendandan Rambut Dapat Pampasan RM18,406

Share

Dipecat Selalu Ambil MC Hari Isnin, Pendandan Rambut Dapat Pampasan RM18,406. Cuti sakit digunakan apabila pekerja dalam keadaan sakit dan tidak mampu untuk bekerja. Tak kiralah hari apa pun jatuh sakit ia boleh digunakan atas alasan yang kukuh.

Dipecat Selalu Cuti Sakit Hari Isnin

Seorang pendandan rambut yang dipecat kerana mengambil cuti sakit mendapat keadilan apabila mahkamah, baru-baru ini, mengarahkan majikannya membayar pampasan 3,453 pound sterling (kira-kira RM18,406).

Metro UK melaporkan, majikan terbabit, Christian Donnely, 39, diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi itu kepada Celine Thorley, 25, selepas hakim mendapati wanita itu ada alasan kukuh iaitu senggugut.

Tribunal pekerja memutuskan Thorley, dari Cardiff, dipecat secara tidak adil oleh majikannya yang gagal mengikuti proses pemecatan secara telus.

Konflik antara mereka berlaku apabila Donnelly, pemilik Acute Barbers di Cardiff University Students’ Union, memberi amaran kepada Thorley ketika hujung syif, pada satu Jumaat, supaya jangan hampakannya dengan tidak datang kerja pada Isnin.

Celine Thorley, 25 Dipecat kerana selalu mengambil cuti sakit pada hari Isnin dan Selasa

Ambil Cuti 17 Kali Pada Isnin, Selasa

Pada Isnin, Thorley menghantar mesej kepada Donnely, mengatakan dia tidak dapat datang kerja kerana sakit.

Donnely kemudian bertindak memecatnya dan memberitahu tribunal yang Thorley mengambil lebih banyak cuti sakit berbanding rakan sekerjanya pada tahun pertama bekerja.

Thorley, secara keseluruhan, dikatakan tidak hadir pada 17 kali Isnin dan Selasa.

Tribunal diberitahu Thorley yang wanita itu tidak dapat hadir kerana senggugut.

Thorley memberitahu hakim dia menghidap endometriosis, satu keadaan boleh menyebabkan sakit pelvis yang melumpuhkan sambil menyatakan ibu mentuanya mengambil cuti untuk menjaganya.

Dia berada dalam senarai menunggu untuk dilihat oleh pakar sakit puan, walaupun pendandan rambut itu belum disahkan secara rasmi menghidap penyakit itu.

Mesti Baca:CUTI HAID Berbayar, Cuti Khas Hak Pekerja Wanita Yang Jarang Diperolehi
Baca Lagi Di Sini:“Cuti Tak Diganggu, Ibu Bersalin Dapat Duit Poket RM45K Setahun”, Bestnya Kehidupan Di Norway


Artikel Menarik:Ambillah Minima 3 HARI CUTI Untuk Tangani Stres Kerja, Bergembiralah, Tenangkan Diri!

Mingguan Wanita: Jika memang sakit tak jadi masalah pun untuk cuti tak kisahlah hari apa pun. Jangan pura-pura ‘sakit’ membuatkan kerja terabai dan menyusahkan rakan sekerja lain dan pihak majikan pula.

Sumber: Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab