‘Dipaksa Tidur Atas Simen Luar Bilik Air’ Adik Pula Dedah Kekejaman Ibu

Share

Dua beradik, Alia, 13 dan Aimi, 10 mangsa penderaan tanpa belas ibu dan ‘kawan’ ibunya yang juga seorang pengkid. Dua anak ini dipaksa tidur malam di dalam bilik air malah dicucuh besi panas anggota tubuh mereka.

Selepas siri pendedahan kekejaman terhadap Aimi, Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsi pula  penderitaan yang dilalui si adik. Dari cerita anak kedua ini, rupanya ibunya dan ‘kawan’ ibunya itu di bawah pengaruh dadah.

Sungguhlah, najis dadah boleh membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan, bertindak di luar batasan kemanusiaan.

Adik Pula Dipaksa Tidur Atas Simen Luar Bilik Air

Cikgu. Inilah adik Alia. Aimi,” ujar neneknya sebaik aku sampai.

Terus aku mendekati Aimi. Dia menghulur tangan untuk bersalam. Dikucup tangan aku penuh hormat. Aku pegang tangannya yang kecil itu. Ada parut kesan rotan juga.

Siapa buat?” soalku perlahan.

Babah,” balasnya pendek.

Sayu aku menatap wajah comel Aimi. Wajahnya redup, senyumannya manis sekali. Sama seperti senyuman Alia.

Awak tidur kat mana setiap malam?”

Atas simen luar bilik air cikgu.”

Pernah kena cucuh dengan besi panas?”

Kepala dianggukkan. Dia menunjukkan kesan pada kakinya. Kemudian dia selak bajunya menunjukkan parut yang masih baru dipinggang dan belakang badan.

Allahu…

2 Tahun Diberhentikan Sekolah

Anak sekecil ini, sanggup diperlaku sekejam itu. Apa dosanya?

Badannya kurus dan kecil. Tanda tidak cukup khasiat. Dan badan kecil ini dipaksa tidur atas simen sejuk setiap malam?

Dua tahun bukan tempoh yang singkat. Dalam dua tahun dinafikan hak. Dua tahun tidak makan sedap-sedap. Dua tahun diperlakukan tidak seperti manusia biasa.

Aku ubah topik perbualan. Cukuplah bertanya tentang pengalaman pahitnya. Aku tunjukkan buku yang aku bawa. Naskah buku terbaru tulisan aku dan bertanya,

Awak pandai baca?”

Dia tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala. Memandangkan Aimi sudah dua tahun tak ke sekolah, aku cuma tunjuk perkataan ‘GURU’ yang ada dikulit buku dan minta dia eja.

Cuba Aimi eja cikgu nak dengar.”

Lagi-Lagi Cerita Bilik Guru,” jawabnya lancar.

Terkejut aku. Aku minta dia eja satu perkataan tapi dia baca tajuk buku dengan lancar.

Nenek dia pandang aku dengan senyuman dan berkata, “Cikgu, waktu dia darjah 2 dulu dia dapat nombor satu dalam kelas. Dia murid yang pandai

.”

Patutlah. Jernih dan bijak air mukanya. Rupanya memang bijak budaknya. Sebijak Alia juga.

Tapi sayang, sudah dua tahun haknya sebagai kanak-kanak dan murid tidak diberi. Sudah dua tahun dia meninggalkan alam persekolahan. Aku berharap, dia pantas mengejar silibus bila masuk ke sekolah semula nanti.

Syukur Anak Ini Dapat Keluar Dari Neraka Dunia

Ralit dia membelek buku aku helai demi helaian. Dia nampak kepenatan, maklumlah, satu hari yang penuh dengan bermacam kisah dia lalui.

Tidak lama kemudian, Aimi terlena. Tidur dengan nyenyak sekali. Semoga kau mimpikan yang indah saja, anak. Hidup kamu penuh ranjau dan onak.

Namun cikgu sangat bersyukur kamu ditemui dengan selamat. Dan keluar keluar dari neraka dunia tanpa cacat.
Alia. Aimi. Sentiasa ingat. Sebesar mana ujian kita, ada lagi yang lebih berat.

Alia. Aimi. Kena selalu ingat. Hidup ini bukan hanya tentang kita. Hidup ini sentiasalah menyebarkan cinta.

Alia. Aimi. Hari ini kita dibantu. Hari esok bila ada kemampuan, bantulah orang lain pula. Menghulur tangan pada yang dalam kesusahan itu amalan mulia.

Sesungguhnya Tuhan tidak hanya menguji kalian. Bahkan Tuhan turut menguji kami yang ada disekeliling ini. Apa kami ambil peduli atau biarkan saja.

Tidak banyak tapi sentiasa. Ya, tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

 

Macamana Babak Cucuh Besi Panas

Besi panas macamana yang babah cucuh?”

Ala cikgu. Besi penyepit tu. Babah buka dapur gas, babah panaskan sampai nampak merah macam bara lepas tu babah cucuh kat badan. Sakit cikgu

.”

Kenapa Alia tidak larikan diri waktu malam masa mak dan babah tidur?”

Mak dan babah tak tidur.”

Mak dan babah hisap dadah?”

Aah. Mak dan babah hisap ice.”

Dah agak dahhhh. Patut hilang pertimbangan dan jadi setan masing-masing.

MW : Mak ayah yang mahu menghulurkan sumbangan membantu kerja-kerja khidmat masyarakat yang digerakkan oleh guru ini, boleh langsung ke facebook Mohd Fadli Salleh.

Baca Sini : Derita Dua Berdik, Tidur Dalam Bilik Air, Ni Parut Kawan Mak Cucuh Besi Panas

Baca Sini : TERKINI : Sebab Dikurung Dalam Bilik Air, Jari Kelingking Tak Boleh Lurus

Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh, Hidup biar pun tidak kaya, sekurang-kurangnya cubalah untuk berjasa

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer