Dinding Rumah Bertambah Cantik Dengan DIY Ala Bata Merah Stail Hipster!

Share

Jika selalu dinding utama rumah hanya dicat kosong dan tiada deko, boleh cuba serikan dengan DIY Bata Merah stail Hipster ini. Ia boleh dijadikan ‘feature wall’ iaitu dinding utama yang menjadi titik tumpu, bila tetamu berada di ruang tersebut. Manakala rekaan bentuk dan warna pula menjadikan ia berbeza dengan bahagian dinding di ruang lain.

Jom tengok cara-cara nak buat dinding ala Bata Merah Stail Hipster yang dikongsikan oleh PaintHub Hassan Hardware ini. Memang lebih jimat bila kita buat sendiri.

DIY Dinding Rumah Yang Lebih Hipster

“Bosan tengok dinding rumah asyik cat kosong je? Mahukan lebih kelainan?
Tambah-tambah bila masuk kafe hipster nampak lawa je feature wall kafe tu kan.Dinding style bata-bata, memang nampak eksklusif dan mewah”

Cara Membuat:

  1. Gunakan cat jenis ni.

2. Bancuh dulu cat tersebut.

3. Buat line satu persatu dan kikis.

4. Jadikan seperti ini.

5. Kemudian, catkan pula dengan warna merah seperti bata ini.

6. Catkan pula warna putih pada garisan tersebut.

7. Hasilnya.. Siap!! Boleh letak bingkai gambar, pokok hiasan untuk menambahkan lagi seri pada dinding ala bata merah, stail hipster ini.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:

PVC Foam Wainscoting Nampak ‘Real’ Macam Kayu, Senang Pasang & Kos Murah!

4 Hari Siapkan DIY ‘Accent Wall Lawa, Bajet Kurang RM200!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau nak serikan dinding rumah tu, nak kelainan boleh cuba DIY Ala Bata Merah Stail Hipster pada dinding rumah nanti.

Sumber: PaintHub Hassan Hardware

Published by
Suhaidah Abd Wahab