DIMADUKAN, DICERAIKAN Wanita Sedarlah KEHILANGAN SUAMI Kecil Berbanding Nikmat Tubuh Badan Allah Pinjamkan

Share

Dimadukan, diceraikan wanita sedarlah kehilangan suami kecil berbanding nikmat tubuh badan Allah pinjamkan. Bila perempuan tawar hati, kebahagiaan rumah tangga akan mula hilang serinya.

Jika hatinya tidak bahagia pastinya akan berasa diri sangat kerdil dan disisihkan. Namun sedarlah bahawa kehilangan suami adalah kecil berbanding dengan nikmat sempurna tubuh badan yang Allah pinjamkan kepada kita.

Insan bernama isteri ini membawa aura tersendiri. Jika dirinya dianiaya dan ditinggalkan di tidak boleh terlalu leka sebaliknya perlu bangkit membuktikan kebolehan diri dan terus kuat mengubah nasib tanpa insan bergelar suami. Semangat dan tekad wanita perlu ditanamkan dalam diri demi anak-anak tersayang. Pastinya mereka tidak akan biarkan anak-anak hidup merempat jika tidak ada suami di sisi.

DIMADUKAN, DICERAIKAN Wanita Sedarlah KEHILANGAN SUAMI Kecil

Seperti mana perkongsian wanita kuat dan juga pempengaruh di media sosial, Puan Dzuriasikim Dzulkefli punya perkongsian yang boleh memberikan manfaat kepada wanita yang berhadapan dengan masalah rumah tangga dan ditinggalkan suami.

WANITA, USAH MENANGIS.  BACA 13 LANGKAH UNTUK BANGKIT.

Tidak kira apa status anda, wanita adalah kaum yang lemah lembut hati dan jiwanya serta mudah tersentuh perasaan.

Bertenang dan baca ini:

  1. SEKIRANYA DIUJI DENGAN PERPISAHAN, DIMADUKAN ATAU APA DALAM RUMAHTANGGA.

PERKARA PERTAMA YANG HARUS ANDA LAKUKAN…

Hitung dan bersyukurlah atas berapa banyak nikmat yang kita masih ada.  Walaupun sebaiknya bersyukur ini dilakukan pada setiap hari (di kala senang dan susah), namun ramai yang terlupa untuk melakukannya bukan?

Cuba bayangkan jika pada suatu pagi kita bangun tanpa kedua belah tangan atau kedua belah kaki.  (Pejam mata dan bayangkan…).

Atau tanpa nikmat penglihatan kedua belah mata.  Bukankah kita akan mula berkata…

“Ya Allah, hamba bermohon kepada Mu Ya Allah.  Hamba lupa akan nikmat Mu Ya Allah.  Kembalikan kedua belah kaki ku Ya Allah.”.

Kerana saat itu mungkin baru kita akan sedar bahawa kehilangan suami adalah kecil berbanding dengan nikmat sempurna tubuh badan yang Allah pinjamkan kepada kita.

Count every single thing that we still have…  Anak-anak di hadapan mata.  Pernafasan tanpa bantuan, jantung yang masih berfungsi, malah.. memiliki rambut dan kuku itu pun nikmat!

Jangan lupa akan itu semua.

MasyaAllah tabarakallah.

  1. INGAT ALLAH

Ingat Allah.  Usah menangis keterlaluan siang dan malam.  Apa lagi merintih memohon simpati dengan orang lain.  Menangis tidak akan dapat merubah nasib kita.

Selalu saat kita terlalu bersedih, kita berasa seolah-olah bahagia tidak akan datang lagi.  Dan di saat kita bahagia, kita berasa seolah kita tidak akan menangis semula.  Selalu cepat terlupa bahawa bahagia dan derita itu juga pinjaman dari Allah.

Sabar adalah sebaik-baik ubat hati.  Dan Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu.

Bersangka baik selalu.

  1. LIHAT MATA ANAK-ANAK

Jika punya anak, usah diabaikan hanya kerana kita berasa kita ini sedang tertekan.  Usah kita layan kesedihan kita sehingga kita abaikan tanggungjawab.  Anak-anak sangat memerlukan kita.  Bangkit dan peluk mereka semua.  Biar 10 atau 12 orang anak sekalipun.  InsyaAllah akan ada rezeki buat mereka.  MasyaAllah, anda kena yakin dengan rezeki Allah.  Dia Maha Memberi.  Dan Dia memberikan sesuatu dengan sungguh luarbiasa.

  1. PILIH KAWAN

Pilih dengan siapa anda berkawan.   Ada ramai wanita yang tersalah memilih kawan serta memilih jalan yang salah untuk hilangkan derita.  Apa lagi ketika mereka dalam keadaan baru berpisah dengan pasangan. Baru putus tunang.  Baru ditinggalkan.

Jika hati kita lemah, kita akan mudah terikut dengan rakan-rakan.  Pilih kawan-kawan yang positif, membina dan berkualiti.  Tidak selalu mengingatkan kita tentang masa silam hingga timbul dendam dan kesedihan.  Yang tidak suka menyalahkan orang lain serta menghasut minda kita untuk melakukan perkara yang tidak baik.

“Tapis” rakan termasuk di media sosial.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

  1. JIKA ADA YANG MENJAUHKAN DIRI

Saat kita susah, itu adalah perkara biasa.  Yang luarbiasa adalah ketika rakan dan saudara masih mahu bersama kita ketika susah.

Sahabat Rasulullah Muhammad SAW, Sayyidina Ali Bin Abi Thalib Radiallahu anh. Ilham menuturkan, ketika Sayyidina Ali ditanya salah seorang sahabat terkait siapa yang dimaksud teman-teman dan sahabat Ali.

“Ya Ali kulihat sahabat-sahabatmu begitu setia sehingga banyak sekali, berapakah sahabatmu itu?”.

Sayyidina Ali menjawab,

“Nanti akan kuhitung setelah aku tertimpa musibah.”

Begitulah jawapan Sayyidina Ali.

Letakkan kebergantungan kita hanya kepada Allah.  Orang yang meletakkan kebahagiaan diri pada orang lain dan bukan Allah ini akan mudah kecewa.   Kasih manusia berubah-ubah.  Sedang kasih Allah tanpa syarat.  Allah mencintai tanpa ada kenapa dan mengapa.

  1. BETULKAN NIAT

Betulkan niat dalam diri dan terhadap orang lain. Perlu ada alignment dalam diri dan ini adalah sangat penting dalam hidup.  Tidak kira samada dalam urusan perhubungan keluarga, sahabat, perniagaan, pekerjaan atau apa sahaja….

The power of Niat.  Sama-sama kita semak dan perbaharui niat setiap hari.  Pastikan apa yang ada dalam minda selari dengan mata, lidah dan hati.  Jaga mulut dari mengata, jaga hati diri dan hati orang dan jauhi sifat bersangka-sangka, jaga mata agar sentiasa melihat kebaikan dalam setiap perkara.  Jadi mata lebah dan bukan mata lalat.

Sebab syaitan memang selalu menggunakan cara halus untuk pesongkan niat kita.  Akhirnya pergantungan kita kepada Rabb akan tergelincir sedikit demi sedikit.

  1. TINGKATKAN DIRI

Cuba baca buku-buku yang boleh memberikan inspirasi dan semangat.  Jika tidak mampu untuk membeli buku, cuba buat carian di internet dan baca kisah kejayaan ramai wanita hebat dunia dan bagaimana mereka berjaya bangkit semula dalam hidup. Jika tidak mampu beli data, anda boleh cuba menggunakan wifi percuma yang disediakan di kebanyakan tempat awam.  Sentiasa penuhi masa dengan perkara berfaedah dan elakkan dari termenung.

  1. FORGIVE AND FORGET

Cuba sebaik mungkin untuk lupakan kisah silam.  Anda perlu melangkah ke hadapan. Melihat ke belakang tidak akan mendatangkan sebarang faedah.  Cari kekuatan itu and you need to move on.

  1. APAKAH ANDA PUNYA IMPIAN?

Fikirkan apa cita-cita anda sebelum ini.  Inilah masa terbaik untuk anda memenuhi segala impian anda.  Cari jalan dan usah sesekali putus asa.  Sekiranya ramai yang memburukkan anda kerana bergelar janda, kerana putus tunang, kerana ditinggalkan pasangan, kerana dimadukan… pekakkan telinga sahaja.  Jika tiada teman rapat, ingat selalu bahawa kita ada Allah.

Hidup ini biarlah dipuji tak terbang, dihina tak tumbang.

  1. JADI KUAT!

Cuba kawal minda anda.  Letakkan masalah peribadi dalam satu “kotak” berbeza.  Sentiasa senyum bila berhadapan dengan orang sekeliling terutama anak-anak.  Usah sesekali menyalahkan atau memburukkan orang lain (contohnya bekas pasangan) atas apa yang berlaku.  Usah salahkan takdir Allah!

Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

_”Aku sesuai dengan sangkaan hamba pada-Ku.”_

(Muttafaqun ‘alaih)

Seburuk manapun bekas pasangan anda, dia tetap ayah kepada anak-anak anda.   Usah heret anak-anak ke dalam emosi.  Minda anak-anak yang positif dan ceria akan mempengaruhi keperibadian serta pencapaian akademik mereka.

  1. CARI REZEKI YANG HALAL

Jika sukar meninggalkan anak untuk keluar bekerja atau mencari rezeki, usahakanlah sesuatu dari rumah sahaja.  Ambil upah jahit butang baju pun tidak mengapa.  Ada banyak pekerjaan yang boleh dilakukan selagi kita mahu berusaha.  Upah yang diperolehi itu nanti bolehlah dibelanjakan sedikit dan simpanlah juga (walau sedikit untuk kecemasan dan untuk mengejar impian yang ada).  Susah sedikit tidak mengapa… belajarlah untuk berdikari.

Sabar sedikit.  Ianya mungkin akan memakan masa.  Orang yang sabar pasti akan memperoleh kemenangan.  Bertahanlah.  Saya yakin anda boleh!

  1. JATUH CINTA LAGI

Usah mudah jatuh cinta pula.  Belajar dari kesilapan lalu.  Jika mahu bernikah lagi, pilihlah pasangan dengan lebih berhati-hati.  Sebaiknya anda berikan sedikit ruang untuk diri sendiri.  Tingkatkan penjagaan dan kualiti diri.  Pastikan anda tampil bersih, berseri, kemas dan rapi walau seteruk manapun kesedihan anda.  Utamakan kebahagiaan diri dan anak-anak (jika ada).  Ingat, alam perkahwinan tidak sama dengan alam bercinta.  Langsung tidak sama seperti dalam kisah Cerekarama atau Sinetron.  Usah tersilap langkah untuk kali kedua.

  1. SABAR, DOA DAN TAHAJJUD

Saya suka ingatkan.  Usah putus asa untuk berdoa.  Jangan lupa bertahajjud.  Sehina manapun kita di mata manusia, hanya Allah sahaja yang menentukan untuk menerima segala amal dan doa kita.  Percayalah, tidak akan sia-sia untuk bangun pada setiap malam dan bertahajjud.

Solat Tahajjud adalah solat malam, makna Tahajjud adalah solat yang dikerjakan setelah tidur.  Waktunya terbentang mulai setelah Isya’ hingga sebelum Subuh, dengan didahului tidur.   Dan waktu paling utamanya adalah di sepertiga malam yang terakhir.

“Dan pada sebagian malam hari, solat tahajud-lah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”

(QS. Al Isra’: 79).

“Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.”

(Imam Syafie)

Saya terjumpa kedua ayat ini dulu yang membuatkan saya bangkit! Jangan lupa untuk bersihkan hati. Maafkan orang sekeliling.  Jangan berdendam.  Yakinlah dengan Tuhan. Strong women never give up,” kongsi  Dzuriasikim Dzulkefli.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Baca Disini : Bercerai 48 Tahun Lepas, Lelaki KENCING Atas Kubur BEKAS Isteri Setiap Hari

Bercerai Berai Tak Semestinya Anak Bermasalah! Mak Ayah Depan Mata Tak Mampu Mendidik Anak Bebas Bergaul   

Mingguan Wanita : Kuatnya wanita kerana tekad untuk membesarkan anak-anak kesayangan. Tanpa suami pun insyaAllah wanita boleh berjaya.

Sumber  :  Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh