Dilema wanita bekerja, terpaksa bantu suami, tak mahu dikata jadi beban, nak ada wang sendiri. Dahulu, isteri sering dianggap sebagai suri rumah yang sepenuhnya bergantung kepada suami dari segi kewangan.
Namun, kini semakin ramai wanita yang memilih untuk bekerja. Wanita bekerja sama ada sebagai langkah untuk membantu suami atau sebagai cara untuk berdikari dan tidak menjadi beban kepada pasangan mereka.
Bagi ramai isteri, bekerja adalah cara untuk meringankan beban suami dalam menguruskan kewangan keluarga. Kehidupan di bandar atau kawasan yang kos sara hidupnya tinggi memerlukan pendapatan yang lebih besar untuk memastikan keluarga dapat hidup dengan selesa. Dalam situasi sebegini, isteri yang bekerja dapat menyumbang kepada pendapatan keluarga dan membantu mencapai kestabilan kewangan.
Berikut perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah mengenai isu ini.
Bekerja Sebab Tak Nak Bebankan Suami
Rupanya, ramai juga wanita merasa terpaksa bekerja kerana dirinya dianggap ‘membebankan’ oleh si suami, sedangkan hasrat di hati ialah dia mahu bersama anak di rumah, mendidik mereka dengan acuan sendiri dan melengkapkan keperluan rumahtangga dengan sempurna. Kalau pun mahu bekerja, dia bekerja kerana minat dan cinta, bukan kerana rasa diri diperhina suami kerana tidak bekerja.
Tetapi kerana diri dianggap ‘membebankan’ oleh si suami, maka wanita tadi (yang sebelum-sebelum ini juga) memaksa diri untuk bekerja dan menguruskan segala urusan rumahtangga dalam masa yang sama – seorang diri.
Mengurus anak ke taska dan sekolah, membayar bil bulanan, kereta dan rumah, menyiapkan makanan dan keperluan dapur, menguruskan perbelanjaan harian dan sebagainya.
Hanya dari isu ‘berkecil hati’ kerana dianggap membebankan, wanita berkorban supaya tidak lagi dianggap membebankan. Bila diajak berkomunikasi, suami berang dan naik suara tinggi. Kadang-kadang naik tangan dan kaki. Wanita pun pujuk diri, “Tak apalah, berkorban lagi untuk suami,”
Tapi Selepas Berkorban Bekerja…
Selepas dia berkorban, dan tidak lagi menjadi beban sebaliknya dialah yang menanggung segala beban, tiba-tiba si suaminya pun berkata,
“Isteri saya pandai berdikari, cuma tak pandai ‘jaga diri’ dan berhias untuk saya. Sebab tu saya nak cari pengganti. Dia dah pandai berdikari. Pandai-pandailah dia hidup sendiri”
Saya berdoa generasi jantan sebegini kian dipupuskan dari dunia ini. Biarlah yang hidup atas bumi ini, yang berkahwin dan berkeluarga ialah LELAKI, dan bukan jantan.
Lelaki Dan Jantan
Beza lelaki dengan jantan, lelaki adalah makhluk yang ALLAH muliakan dengan qawwam yang diberi kepadanya. Dia melindungi wanita, menjaga wanita, bekerjasama dengan wanita dalam membawa agama ALLAH. Berbahagi tenaga, berkongsi rasa, menguatkan langkah dan menguatkan antara satu sama lain.
Jantan? Dia cuma tahu dan mahu betina. Lain-lain dia lupa.
Anak, nafkah, agama keluarga, tanggungjawab, itu semua dia lupa.
Cari duit malas, tolong jaga anak malas, bayar bil malas, lunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga malas, semua malas. Yang dia tahu, nak bebas.
Saya cuma dapat geleng kepala.
Sambil pesan kepada wanita,
Akal ALLAH beri tu, mesti GUNA. Jangan guna emosi saja.
Sebab sayang suami, sanggup jadi alas kaki.
Akal juga mesti diguna. InshaALLAH, pandailah kita buat keputusan yang akan mengurangkan ruang-ruang zalim dan dosa atas dunia ini.
Sumber: Ustazah Sharifah Zahidah
Baca artikel lain juga: Isteri Bekerja Sampai Ambil Peranan Ketua Keluarga, Suami Jangan Nak ‘Menunggang’ Pasangan
Isteri Bekerja Pun BERHAK Dapat NAFKAH Suami Walaupun Hanya RM10
Isteri Bekerja Kena Perbetulkan Niat Bantu Keluarga BUKANNYA Takut Ditinggal Suami
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.