Isu anak luar nikah cukup sensitif untuk diperkatakan. Tak kiralah lahirnya anak tersebut berpunca daripada keterlanjuran ibu sendiri mahupun mangsa keadaan akibat jenayah rogol. Fitrahnya setiap anak dilahirkan adalah suci bersih, namun tragisnya seringkali anak tidak sah taraf ini berada dalam dilema, rasa rendah diri serta malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Penerimaan masyarakat pula lebih mudah menjatuhkan ‘hukum’ , memandang rendah dan menyalahkan anak ini berbanding menerima mereka dengan hati terbuka.

Hakikatnya, kita manusia tarafnya sama sahaja yang berbeza adalah hati dan amalan kita di sisi pencipta. Jangan sesekali kita mendabik dada merasakan diri lebih mulia berbanding anak yang tidak berdosa ini. Ini kerana jalur nasab keturunan kita pada masa akan datang tidak lagi diketahui nasibnya bagaimana.

Sesuatu yang perlu diperhalusi bagaimana nasib seorang anak yang tidak sah taraf ini dalam menempuh kehidupannya. Apakah hak sebagai seorang anak luar nikah dalam isu nasab, perkahwinan, hak undang-undang mahupun hukum faraid.Begitu juga stigma dan penerimaan masyarakat terhadap mereka yang bergelar anak luar nikah.

IKLAN

Dilema Anak Luar Nikah, Nasib Anak Tak Sah Taraf

IKLAN

Semua aspek ini akan dikupas secara menyeluruh dalam perbincangan lanjut topik ‘Dilema Anak Luar Nikah’ dalam Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121. Pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari bersama Siti Elizad dan Datuk Prof Dr Muhaya serta tetamu jemputan Rosmawati Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Raudhatus Sakinah, Yuzila Md Yusof, Ketua Pegawai Operasi Orphancare dan Hafizzudin Kadir, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS.

IKLAN

Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan juga pakar, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03-89389647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa jumpa esok ye semua!

#Mingguanwanitatalkshow
#Mingguanwanita
#Temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI