Pelakon dan penyanyi yang bertubuh genit, Ayda Jebat, 28 telah berkongsi momen dilamar kekasihnya, Nabil Mahir, 32.
Nabil Mahir telah memuat naik di akaun Instagram miliknya;
“She said yes (Dia kata ya)!,”
tulis Nabil ketika memuat naik foto dirinya bersama Ayda yang menayangkan cincin.Ayda juga turut berkongsi perkhabaran gembira itu dan menganggap lamaran diterimanya sebagai hadiah paling bermakna.
“Hadiah hari lahir terbaik. I said yes, (saya kata ya), ” tulisnya
.Bukan Satu Rahsia Kepada Keluarga
“Benar, kami menjalinkan hubungan cinta. Cuma kurang pasti tarikh cinta kami mula berputik. Disebabkan sudah dewasa, kami bercinta apabila masing-masing selesa.
“Ahli keluarga kami sudah berjumpa. Ini bagi mengelak timbul sebarang masalah pada masa hadapan. Lebih mudah, sekiranya mereka selesa berjumpa dan bergaul,” ungkap Nabil.