Dikurniakan pingat gelaran Datuk, sekalung tahniah diucapkan buat penyanyi rock legenda, Amy Search menjadi antara penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Pemilik nama sebenar Suhaimi A Rahman, 64 atau Amy merupakan satu-satunya penggiat seni yang disenaraikan sebagai penerima pingat pada acara yang berlangsung di Dewan Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka itu.
Vokalis kumpulan Search itu memulakan kerjaya seninya sekitar 1980-an dan mencipta nama dengan pelbagai kejayaan dan pengiktirafan dalam industri seni.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Seperti mana dipetik menerusi sebuah portal Datuk Amy menerangkan dia berasa sangat bersyukur dengan kurniaan yang diberikan apatah lagi selepas 42 tahun menjadi anak seni.
“Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat.
“Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini.
“Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali,” ujarnya.
Baca Disini : Pelajar Autisme Sekolah Tahfiz Amy Search Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al Quran!
Semoga Nabila Huda Cepat Sembuh “Terima Kasih Kepada Semua Yang Mendoakan”
Mingguan Wanita : Tahniah Datuk Amy Search
Sumber Foto : Instagram @hazmiljapilus