Mendapat kebenaran tauliah mengajar atau berceramah merupakan satu kewajipan bagi setiap penceramah sebelum menerima jemputan mengajar/berceramah. Ia perlu dimohon dan melalui proses temuduga bagi setiap negeri yang ingin disampaikan ceramah/mengajar.
Meskipun dikenali seluruh pelusuk negara dengan ceramah ilmu agamanya, Ustazah Asma’ Harun tetap merendah diri untuk hadir melalui proses temuduga bagi tauliah mengajar.
Telah memiliki 4 tauliah negeri sejak lebih 3 tahun lepas iaitu Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Negeri Sembilan, beliau rendah hati berusaha untuk mendapat kesemua tauliah Negeri di Malaysia.
Berikut antara catatan yang dikongsikan oleh penceramah kesayangan ramai ini.
Sedang study, memang beginilah keadaannya bila melalui proses mohon Tauliah, macam nak masuk exam besar, kecut perut semua ada. Saya dan Encik Suami sedang berada di Airport Alor Setar, delay dalam sejam. Jangka tiba di rumah dalam jam 12.30 malam sat lagi. Esok pagi dalam jam 4.30am perlu bergerak ke Pahang untuk temuduga Tauliah di Jabatan Mufti Pahang pula.
Hadir Permohonan Tauliah
Benar, tadi saya ke Jabatan Mufti Perlis untuk permohonan Tauliah. Saya harap proses yang saya lalui itu tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Saya hadir dengan tujuan dan cara yang baik. Jemputan ceramah daripada penganjur di Negeri Perlis daripada dulu memang ada, dan saya perlu melalui proses yang ditetapkan oleh pihak berwajib.
Alhamdulillah, proses siang hari tadi berjalan harmoni, temuduga yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan barisan Panel. Saya juga disambut dengan baik sekali oleh semua, terutama kakitangan wanita yang gembira dapat bertemu mata, terima kasih kerana memudahkan segala urusan yang berkaitan.
Ads
Memiliki 4 Tauliah Negeri
Alhamdulillah, saya telah memiliki 4 Tauliah Negeri sejak lebih 3 tahun lepas. Doakan semoga urusan untuk mendapat kesemua tauliah Negeri di Malaysia berjalan lancar.
Dan sebenarnya, walaupun kita tidak memiliki tauliah negeri untuk menyampaikan ceramah, masih ada cara lain iaitu mendapatkan kebenaran khas.
Namun mudahan dengan adanya tauliah, maka ia memudahkan banyak pihak dan saya sendiri akan lebih amanah dengan penyampaian ilmu. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.
STATUS TAULIAH SAYA ;
1. NEGERI SEMBILAN
Sijil Tauliah 2. SELANGOR
Sijil Tauliah 3. WILAYAH PERSEKUTUAN
Sijil Tauliah 4. SARAWAK
Telah selesai renew tauliah pada 17/5/2023 yang dah tamat tempoh.
Ads
5. PAHANG
26/7/2023 Rabu Tarikh Temuduga
6. TERENGGANU
3/8/2023 Khamis Tarikh Temuduga 7. PERLIS
25/7/2023 Selasa Tarikh Temuduga 8. KELANTAN
Dalam Proses Permohonan 9. JOHOR
Dalam Proses Permohonan 10. PERAK
Menunggu Panggilan Temuduga 11. KEDAH
Menunggu Panggilan Temuduga 12. MELAKA
Menunggu Panggilan Temuduga 13. SABAH
Menunggu Panggilan Temuduga
Mingguan Wanita:Alhamdulilah, meskipun telah dikenali seluruh pelusuk negara, tahniah buat Ustazah Asma Harun kerana rendah diri dan tetap usaha untuk mendapat pentauliahan mengajar ini. Semoga dipermudahkan urusan dan menjadi contoh buat penceramah yang lain juga supaya melalui proses yang sama sebelum mengajar atau memberi ceramah.
Kalau seseorang itu terlalu putih, pasti akan nampak urat pada bahagian muka, tangan dan pipi. Maklumlah, kulit putih sangat terus nampak aliran darah, Mungkin nampak macam comel pun ada juga.
Tapi jangan salah faham, ada juga yang akan timbul urat hijau. Inilah yang kena perhatikan. Bukan comel tapi bahaya untuk seseorang. Lebih-lebih lagi kalau tiba-tiba-tiba ia muncul.
Inilah yang dikongsikan oleh Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group tentang perkara ini.
Bila anak kecil, anak gadis atau isteri kalian tiba-tiba keluar urat hijau di tangan, kaki atau pipi dan perutnya seperti mengandung di tengah malam.
Jangan teruskan tidur. Bangun peluk mereka dan tiup 7x Al-fatihah di ubun kepalanya.
Sapu pati atau minyak angin Bidara di kedua ibu kaki, nadi tangan dan tangannya.
Anak kecil anda boleh mati serta merta,anak gadis atau isteri boleh meninggal semasa tidur.
Ini disebabkan:
1. Mereka dalam ketakutan melampau terlihat sesuatu yang menakutkan, mimpi yang menakutkan sehingga terjaga secara mengejut sehingga aliran jantung terlalu kencang megepam darah dan memecahkan pembuluh darah.
2. Mereka terlalu stress, kecewa, menangis tanpa air mata tanpa diketahui puncanya.
3. Anak kecil sangat ketakutan dan akan terus meninggal. Selalu didianogsis sebagai sawan.
Kajian saintifik mengatakan ia disebabkan oleh simptom darah tinggi dan kencing manis yang serius.
Antara sebabnya ialah sihir yang dihantar, saka yang kelaparan tidak diketahui pemiliknya dan kerja Jin Ummu Shibyan yang membawa kuman yang menyebabkan implikasi dalam aliran darah.
Baca ayat perlindungan 3 Kali , niatkan untuk anak anda.
Mingguan Wanita : Jangan nampak cantik tapi kita tak tahu ia boleh membahayakan orang yang kita sayang. Kena perhatikan.
Lumrah menjadi mak-mak selalu terjaga daripada tidur pada waktu tengah malam demi menguruskan anak-anak. Baik anak mahu menyusu, tukar lampin, anak terjaga tak mahu tidur dan sebagainya. Peluang yang ada, terjaga pada waktu tengah malam ini sebaik-baiknya jangan disia-siakan. Ini kerana pada waktu tersebut paling afdhal menunaikan solat sunat tahajud namun demikian jika tak mampu sekurang-kurangnya
banyakkanlah membaca doa yang disarankan oleh Nabi SAW ini.
Duhai ibu, jangan disia-siakan saat anak kecil ‘mengejutkan’ si ibu pada waktu malam!
Apabila bergelar ibu, lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak-anak kecil, pasti pada waktu malam si kecil ‘mengejutkan’ ibunya. Mungkin kerana lapar atau mungkin kerana lampin basah.
Jadi, jangan biarkan ‘aktiviti di tengah-tengah malam’ berlalu begitu sahaja tanpa si ibu memanfaatkannya sambil-sambil menyusukan anak atau menukar lampin yang basah.
Apa kata usai menukar lampin atau ketika menyusukan anak, si ibu berdoa sebegini;
“Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan untukNya segala pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”
Kemudian diucapkan: “Ya Allah ampunilah aku” atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia berwuduk nescaya diterima solatnya.” (HR: Muslim)
Doa Terjaga Tengah Malam
Doa ini diajar oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam salah satu kuliahnya di Masjid Hulu Kelang. Kata ustazah, apabila kita terjaga di tengah malam, seeloknya baca doa demikian dan disusuli dengan doa yang kita sendiri hajatkan. InshaaAllah, doa tersebut akan dimaqbulkan. Lebih elok lagi sekiranya kita mampu bangun menunaikan solat selepas membaca doa tersebut.
Mungkin bagi si ibu yang anaknya suka mengempeng, bangun menunaikan solat di tengah malam satu mujahadah yang cukup besar. Ditambah lagi dengan rasa ngantuk, bersengkang mata dengan karenah si kecil memang menjadi bertambah sukar. Setidak-tidaknya, ibu boleh memanfaatkan berjaga malam itu dengan membaca doa sedemikian.
Ummu Haura’
Ingatan buat diri sendiri.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, dan dijadikan amalam seharian setiap kali terjaga pada waktu tengah malam.
2 tahun Covid mengganas, Ashraf Muslim sebak pertama kali solat bersama jemaah tanpa penjarakan sosial. Begitulah luahan hati Ashraf yang begitu sebak dan terharu apabila dapat solat berjemaah di Mekah.
Sebelum ini pada 13 Oktober lalu, pelakon itu berasa sangat teruja apabila dirinya bersama jemaah lain merupakan grup pertama dari Malaysia berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.
2 Tahun Covid Mengganas
Sejak tiba di Mekah, Ashraf sentiasa berkongsi aktivitinya di sana. Malah dia juga bersyukur dan berasa bagaikan ada keajaiban yang berlaku pertama kali selepas dua tahun, merasakan momen bersama-sama jemaah untuk bersolat tanpa penjarakan sosial.
“Alhamdulillah.. sebelum berkumandang azan subuh di pagi ini.
“Satu lagi keajaiban berlaku dimana hari ni untuk pertama kalinya setelah 2 tahun covid mengganas di dunia ini, saya dapat merasakan “moment” bersama-sama jemaah disini utk solat yg tak perlu penjarakkan sosial lagi.
“Syukur pada Allah. Air mata ni asyik mengalir je dari tadi. Allah sayangkan kita.
Allah Sayang Supaya Kita Dekat Dengan Dia
“Allah marah tapi Dia sayang supaya kita dekat dengan Dia.
“Allahuakbar.! Oklah azan subuh dah dilaungkan.. semoga moment ini turut juga berlaku di Malaysia tak lama lagi. InsyaAllah,” tulis Ashraf.
Menerusi perkongsian terbaru, Ashraf juga berkongsi mengenai amalan bersedekah.
“Seronok bila buat aktiviti macam ni di tanah suci.
“Selain ibadah di masjid kita turut boleh bersedekah.
“Terima kasih kepada mereka yang bersedekah. Hanya Allah sahaja yang akan membalas dengan kebaikan anda semua.
“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani). Seorang laki-lai bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim),” kongsi Ashraf.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...