Dikelilingi Gunung Dan Tanaman Sayuran, Bapa Usia 62 Tetap Produktif Bekerja

Share

Bahagiakan jika celik saja mata, buka tingkap dan pintu rumah terbentang luas pemandangan gunung ganang yang menghijau. Tanaman sayuran pula mekar berbuah, subur hasilnya.

Perkongsian Azizul Julirin yang juga Pengarah Urusan Kundasang Aquafarm PLT tentang ayahnya ini begitu menjentik hati.

Bapanya dalam usia 62 tahun tetap produktif bekerja dengan tanam-tanamannya. Malah, kreatif dan berinovasi menghasilkan sistem tanaman hidropinik yang lebih baik.

Bukan sedikit tanaman yang ada di sekeliling kediamannya. Ada strawberi, buah tin, jambu kampung malah markisa yang sentiasa mengeluarkan hasil.

Menariknya, berganti-gantian pula jenis tanaman di sekeliling rumah mengikut bulan.

Bapa Masih Produktif Walau Usia Menjangkau 62 Tahun

Day 2 Ramadhan 2022

Alhamdulillah cuaca cantik pagi ni. Jadi saya keluar rumah hajat mau ambil gambar gunung. Bapa saya rupanya lagi dulu keluar tengok tanaman sayuran beliau.

Beliau masih sangat produktif walaupun usia sudah menjangkau 62 tahun. Saya pun kalah kalau pasal produktiviti kerja dengan beliau.

Tanaman di halaman rumah kami silih berganti. Bulan lepas tanam romaine lettuce, bulan ni tanam sayur minyak. Bulan sebelumnya tanam tomato kem, bulan ni bapa saya mau tanam tomato cherry dengan kaedah inovasi baru beliau.

Tanaman lain sekeliling rumah seperti strawberry, buah tin, jambu kampung, markisa sentiasa mengeluarkan hasil.

Anggur di rumah masih kecik. Yang di tanam di ladang sayuran saya yang sudah berbuah. Bunga ati-ati dan keladi mama punya bikin terapi walaupun sayang sekali nda boleh dimakan.

Semoga Ramadhan menjadikan kita mukmin yang lebih produktif dan berdaya usaha cemerlang.

Baca sini : Mudahnya Buat Baja Ikan, Suburkan Pokok Bunga, Sayuran Dan Tanaman Berbuah

Siapa yang pernah ke Kundasang, tentunya pernah sampai ke Kundasang Aquafarm ini. Ladang tanaman yang menghasilkan sayuran segar untuk masyarakat setempat dan sekitarnya.

Tentunya graduan Universiti Malaysia Sabah ini boleh berbangga dengan hasil tanaman yang subur lagi menghijau ini.

Anak Kongsi Rutin Bapa Setiap Pagi, Jengah Tanaman Sayuran

Jom! layankan gambar-gambar ayah Azizul yang komited dengan tanamannya.

Pemandangan yang membahagiakan. Semoga bapa-bapa kita semua sentiasa sihat setiap masa dan sempat melihat kejayaan anak-anak.

Rutin tiap pagi bapa saya, cek tanaman beliau sebelum beliau keluar tengok-tengok kebun lain.

Ada 4 rekabentuk sistem hidroponik di sini. Paling hujung kiri saya bikin, yang 3 lagi bapa saya bikin.

Inovasi sistem tanaman tomato hidroponik. Belum siap lagi. Petang bapa saya sambung dia bilang.

Buah tin@fig varieti TGF Jumbo.

Strawberry varieti festival.

Tomato cherry.

Cari TOMATO CERI di sini : https://invol.co/cla708j

Mingguan Wanita : Seronok rasa kalau dapat jejak ladang sayuran ini. Mahu mak-mak borong habis. Boleh bayang macam-macam resepi dalam kepala.

Sumber/Foto : Azizul Julirin

Published by
Netty Ah Hiyer