Kek dan Pastri Viral Mahal Setanding Kualiti?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai yang memilih untuk membeli kek dan pastri yang dibuat oleh ‘home bakers’ yang bekerja dari rumah, berbanding dibeli di kedai-kedai kek dan roti terkemuka.

Malah, dikatakan, kebanyakan kek dan pastri yang viral adalah dicetuskan oleh ‘home bakers’ yang sentiasa kreatif membuat pembaharuan.

Alasan

Bagi yang memilih air tangan ‘home bakers’, ada yang memberi sebab, kek itu dijamin halal kerana tahu siapa pembuatnya, rasa kek lebih segar kerana dibuat dan dibakar beberapa hari sebelum penghantaran dan ada juga yang memilihnya kerana pelanggan lebih bebas untuk ‘request’ rekaan kek mengikut selera peribadi mereka.

Namun, timbul pula isu yang menyatakan kek yang dibuat oleh ‘home bakers’ ini semakin  mahal, atas alasan mereka menggunakan bahan preminum sahaja. Betul juga kan, nak yang berkualiti tinggi, kenalah sanggup bayar lebih.

Kek Dan Pastri Viral, Mahal Setanding Kualiti?

Pilihan Masing-masing…

Selain itu, masih banyak Kedai kek dan pastri yang boleh memenuhi impian dan dalam masa yang sama mengikut bajet anda. Jika membeli di kedai pun, anda bebas memilih kek yang sedia ada, mengikut harga yang telah ditetapkan.

IKLAN

Selain itu, boleh juga membuat tempahan. Walau apa pun, tepuk dada tanya selera. Pilihan di tangan anda, sama ada memilih untuk membeli di kedai kek atau pun ‘home bakers’.

Topik Kek Dan Pastri Viral telah menjadi pilihan untuk dibincangkan di dalam Mingguan Wanita Talkshow hari ini, bersama para tetamu undangan yang hebat-hebat belaka dalam dunia kek dan pastri.

Kek Dan Pastri Viral, Mahal Setanding Kualiti?

IKLAN

Jika ketinggalan menyaksikan siaran langsung jam 12 tengah hari tadi, jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini. Siti Elizad dan Radin Amir akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang akan memeriah perbincangan di studio MW.

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

IKLAN

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI