‘DIK Abang Masih Di Sini..’ Demi Ibu Tua Ini, Enam Bulan Bukan Usaha Sia-sia

Share

Biarpun sudah enam bulan berlalu.. ibu ini, Siti Maznah Khamis setiap saat, detik dan waktu merindui momen kehadiran anaknya Acap atau nama sebenarnya, Mohammad Ashraf Hassan, 29 kembali di depan mata.

Jadi.. jangan pernah melupakan kejadian kehilangan Acap, peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang di Gua Tempurung, Perak.

Sejak dilaporkan kehilangannya pada 23 March 2019, abangnya, Mohd Zahiruddin yang lebih dikenali dengan nama Denny Lang sedikit pun tak pernah putus asa mencari adiknya.

Ya.. demi ibu tua ini. Ibu yang sanggup menjejakkan kaki ke bumi Gopeng setiap kali datangnya rindu pada Acap.

 

 

Bak status yang dikongsikan Denny Lang sebelum ini tentang kegigigan ibunya,

Kuat betul semangat mak
Tumpang saudara singgah ke Gopeng


Nak tengok trek Acap katanya
In sya Allah mak..

“Kamu orang yang paling rapat dengan Acap” Sepatutnya membantu setidaknya beri sokongan. Bukan beri kenyataan seolah memperlekeh usaha-usaha penjejak dengan mengatakan, “usaha sia sia”.

Mereka yang masuk melakukan operasi fizikal, Polis, Bomba, Jpam, orang kampung juga orang-orang awam mengorban masa tenaga atas dasar ihsan.

Setidaknya kamu hormatilah harapan dan ikhtiar seorang ibu tua ini.

Genap Enam Bulan Kehilangan Kau Dik

Hilang tanpa jejak menjadi persoalan meninggalkan seribu satu tanda tanya.
Banyak yang abang belajar dari sini.

Menyusuri setiap kisah yang hadir bersama kehilangan kau.

Begitu banyak doa untuk kesejahteraan kau Dik.
Sahabat-sahabat dari segenap pelusuk tak henti doakan kau.
Mereka bersimpari dan banyak memberi semangat pada keluarga kita.
Lebih-lebih lagi kepada mak.
Terima kasih.

Dorongan dan semangat singgah bersama hasad dan fitnah asam garam hidup.

 

 

Untuk kau Dik, abang masih di sini. – setengah tahun –

Usaha abang yang tak pernah berhenti ini diteruskan saban minggu bersama sukarelawan di kawasan Gopeng Bukit Batu Putih, Gua Kandu dan Gua Tempurung.

 

 

Catatan Ringkas Misi SAR Acap Dari 6 – 9 September 2019

Kata Denny Lang,

11.30 pm – Tiba di Gopeng jam.
Melakukan rondaan malam
Menyusuri trek larian dari Batu Putih
Ke Gua Tempurung (Finishing)

9.30 am – bersiap dan mula bergerak masuk ke mark spot. Kawasan belukar (kiri) berhampiran trek larian Acap. Anak sungai jernih airnya, banyak rimbunan buluh berhampiran pokok sena. Penemuan dua bangsal usang dan satu khemah tinggal. Tempat berteduh. Menerima kunjungan wakil media dari UK. Pulang Ke Based Comand untuk Asar dan berehat.

9 pm – Bergerak ke Camp Tok Ki dalam hutan. Bermalam di sana.

10.30 am – Teruskan ke spot marking (kanan) 
Kawasan yang lebih landai, hutan yang tidak tebal. Tanah lembik berlumpur, kerbau berkubang. Menyusur di tepi pinggir paya-paya dan lombong hingga ke CP 10 (kandu). Kembali ke based untuk Asar dan berehat.

10.30 pm – Bergerak ke Camp Tok Ki di hutan dan bermalam di sana.

10 am – Keluar dan berjumpa dengan beberapa orang kampung di Kampung Sg. Itik dan Gua Tempurung.

2.30 pm – Bertolak pulang ke KL

 

 

Inilah bukti kasih sayang seorang abang dan taatnya seorang anak dalam memenuhi hajat kerinduan seorang ibu. Biarpun saban minggu terpaksa menjejak adik yang hilang di bumi Gopeng, abang tetap usahakan tanpa mengalah.

Bertuahnya abang, kerana dikelilingi ramai insan yang sedia membantu. Doakanlah moga impian ibu mahu melihat kembali anaknya berada di depan mata menjadi nyata.

MW : Sesungguhnya tiada yang mustahil dengan rezeki dan ujian Allah ini. Semoga usaha abang ini mencari adiknya yang hilang akan menemui pengakhiran yang bahagia. Doakanlah.

Baca Sini :

Sumber/Foto : Denny Lang

Published by
Netty Ah Hiyer