Dijemput berbuka untuk dirai, anak yatim akhirnya makan di R&R. Tempat penuh hanya untuk tetamu. Tak terbayang akal bila mana anak-anak yatim yang sudah berharap dapat berbuka dengan makanan yang enak akhirnya terpaksa makan di kawasan Rawat & Rehat sahaja berikutan kerusi dan meja tidak diperuntukkan untuk mereka.
Untuk apa sekadar menjemput adanya kehadiran anak-anak yatim di bulan Ramadan yang mulia tetapi akhirnya melebih-lebihkan tetamu dari anak yatim yang dirai.
Allah sendiri menyuruh kita berbuat kebaikan dan memuliakan anak yatim.
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220).
Dijemput Berbuka Untuk Dirai, Anak Yatim Akhirnya Makan Di R&R
Satu perkongsian di fb Raja Annuar Adnan pasti membuat kita tersentuh hati. Dirinya terserempak dengan sekumpulan anak yatim sedang berbuka di R&R. Menyedihkan kata penyelia mereka, anak-anak ini berusia di antara 7-17 tahun menerima jemputan berbuka tapi akhirnya tiada tempat duduk untuk mereka dan diberikan seorang sebungkus makanan sahaja kerana tempat penuh dengan tetamu. Akhirnya mereka terpaksa berbuka di tepi highway saja untuk mengalas perut.
Sedih nak cerita. Benda berlaku selepas waktu berbuka tadi, ketika aku berbuka di RnR highway.
Lepas berbuka aku lepak kejap. Dalam jam 8 malam aku nampak ada sekumpulan anak-anak yatim dalam 30-40 orang bersama 2-3 penyelia mereka. Anak-anak yatim tu dalam lingkungan 7-15 tahun. Aku tau sebab aku tanya salah seorang penyelianya.
Mereka duduk dengan masing-masing membuka dan menjamah sebungkus makanan, seketul daging berkuah kari. Kuat suara mereka berdoa sebelum makan. Tapi aku tengok tiada minuman buat mereka.
Aku tanya penyelia tu, “Dari mana?”
Jawab penyelia, “Tadi ke jemputan majlis berbuka, mereka beri bungkusan makanan”.
Ads
Aku tanya, “Kenapa tak makan di majlis tu?”
Jawabnya, “Tak ada ruang untuk anak-anak ni, tempat hanya untuk tetamu mereka”.
Tempat Penuh Hanya Untuk Tetamu
Bila aku kira dalam 40 orang kos belanja air lebih kurang RM100, aku tawarkan untuk belanja mereka air. Penyelia tu kata air dah order tapi belum bayar.
Aku ke kaunter untuk bayar. Budak counter air tu kata dah ada orang lain bayar. Alhamdulillah, ada juga yang pemurah.
Kesimpulannya, aku harap janganlah kita menganiaya anak-anak yatim. Kasihanilah mereka.
Saya yakin mereka yang semuanya sudah berpakaian baju Melayu seragam warnanya pasti teruja kerana menjangkakan akan diraikan di majlis itu.
Ads
Maklumlah bukan selalu dapat peluang keluar dan disajikan makanan yang enak sikit. Bukan untuk pergi ambil bungkusan dan balik.
Pihak pengurusan anak yatim sudah bersusah payah membawa mereka, mengurus dan membayar kos pengangkutan. Setiap sen yang dibelanjakan besar bagi mereka.
Bagaimana dengan perasaan mereka. Pasti kecewa dan rasa terhina. Pasti mereka rasa dipergunakan kerana kononnya majlis tersebut menyantuni anak-anak yatim, sebaliknya melayani anak-anak syurga ini seperti insan buangan.
Bersabarlah anak-anak syurga ku sayang.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang pengorbanan isteri langsung tak dihargai oleh suami. Mungkin inilah jalan terbaik untuk cari kebahagiaan lain.
Sebenarnya banyak cara yang boleh mudahkan kerja dapur dan ini satu teknik untuk selamatkan mood menghasilkan sajian bagi orang yang jenis suka masak apabila bahan yang perlu diguna tak lengkap.
Ajar soal keintiman secara terbuka di media sosial, tindakan wanita dikecam hebat. Tindakan seorang wanita yang didakwa mengajar bab keintiman secara terbuka di media sosial menerima kecaman ramai.
Malah mereka mengharapkan pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia, JAKIM dan lain lagi mengambil tindakan terhadap individu ini kerana hal sensitif dan isu bilik tidur ini tidak seharusnya didedahkan kepada umum.
Ajar Soal Keintiman Secara Terbuka Di Media Sosial
Nama individu ini mulai tular dalam minggu ini di mana dirinya bertindak sebagai “penasihat” dan menubuhkan group di telegram di mana ia telah disalah guna oleh kebanyakan suami yang menyertainya untuk berbicara secara terbuka mengenai hubungan intim dengan pasangan masing-masing.
Namun apa yang sangat menakutkan, antara “ajaran songsang” wanita ini ialah keterbukaannya bercerita mengenai hubungan intim termasuk cara dilaknat agama iaitu hubungan melalui dubur. Lebih menakutkan, dirinya turut menulis tentang perbezaan pelacur dan seorang isteri di mana katanya batin suami perlu dilayani sentiasa.
Dalam pada itu, seorang jururawat turut berkongsi kisah seorang pesakitnya meninggal dunia alami kemurungan selepas suaminya menyertai grup telegram ini. Ini kerana suaminya sudah berubah sikap sedangkan masa yang sama dirinya sakit dan tidak mampu melayani batin suaminya lagi.
Tindakan Wanita Dikecam Hebat
Bahkan kala ini di media sosial, mereka meminta agar media sosial wanita direport beramai-ramai kerana ramai berasa malu dengan ajaran diajarnya. Ini termasuk oleh Pengasas Syeedap Thai Food, Liza Idris yang mempunyai 54 ribu pengikut di media sosial kerana berasa malu kerana berasa jijik dengan perkongsian begini.
“Jijik bila terbaca ayat-ayat melucah tanpa tapis di dalam group secara terbuka”.
Dalam pada itu, individu yang mengenali wanita ini turut menasihatinya kerana caranya “berdakwah” mengenai hubungan kasih sayang pasangan suami isteri nyata jauh menyimpang.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Joy Revfa rupanya masih single, nekad batalkan perkahwinan tahun lalu. Rupa-rupanya usahawan kosmetik sensasi dan juga pemiliki nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin atau lebih popular dengan panggilan Joy Revfa masih single dan membatalkan perkahwinannya tahun lalu.
Pernah hangat dengan kontroversi sekitar 2017 lalu apabila perkahwinan keduanya dengan penyanyi, Hafiz Hamidun menjadi sensasi dan akhirnya mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.
Malah ketika itu, hampir setiap inci sisi peribadi ibu tunggal kepada Muhammad Arryan Firdaus berusia tujuh tahun ini diintai.
Joy Revfa Rupanya Masih Single, Nekad Batalkan Perkahwinan Tahun Lalu
Pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia yang berdaftar di bawah nama MERVE Group Holdings Berhad ini juga pernah melangsungkan pertunangan dengan jurulatih kecergasan sekitar Mac tahun lalu. Namun hakikat sebenar, hubungan dengan jejaka itu juga tidak berkesudahan dengan penamat indah.
“Sepatutnya kami berkahwin tahun lalu. Tapi akhirnya saya nekad membatalkan perkahwinan itu kerana rasa tidak serasi dengannya.
“Saya akur dengan ujian hidup ini. Kita mungkin takkan dapat apa yang diingini. Tuhan akan menguji tak pernah berhenti. Pilihan yang ada ialah untuk terus kuat.
“Sekarang saya masih single. Bercinta dengan perniagaan sayalah lebih menenangkan. Saya pun belum berniat untuk berkahwin. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak,” luah Joy.
Tidak Ada Istilah Serik
Wanita yang tabah ini juga akui dirinya tidak pernah serik untuk berkahwin jika bertemu jodoh.
“Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.
“Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Ada juga yang cuba menambat hati. Tapi entahlah… saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu dulu,” katanya.
Joy juga menerangkan dirinya terus bangkit selepas berdepan dengan kemelut hubungan tak berpanjangan.
“Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.
“Saya terus bangkit dan segera ‘move on’ demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya.
“Saya bagai beroleh kekuatan dan ingin mencabar diri menjadi yang terbaik. Menjadi ibu tunggal, ada dua perkara yang harus kita hadapi iaitu harus lawan dan kalahkan apa juga cabaran mendatang. Ia bertitik tolak kepada rasa takut dan tak mampu.
“Kita diciptakan untuk mewujudkan kemuliaan Allah SWT dan memanfaatkan kelebihan yang ada dalam diri kita. Percayalah setiap kelebihan bukan ada pada sesetengah orang tapi ada di setiap dalam diri kita. Cubalah cari, anda pasti akan jumpa,” ungkapnya yang baru saja melancarkan gincu edisi terhad yang juga produk ke-30 dikeluarkannya yang diberi nama BlackRevfa.