Dihina, Ditolak Dari Berkahwin Kerana Vitiligo @ Sopak, Akhirnya Jejaka PALAPES Ini Jadi Penyelamat

Wanita ini pernah dihina dan dinafikan haknya untuk menjadi isteri orang semata-mata penyakit vitiligo atau sopak yang menghantui dirinya. Hancur luluh hati wanita ini sampailah dia dipertemukan dengan jejaka PALAPES UPM yang mencintainya dalam diam sejak lama lagi.

Siti Nuur Hidayu menghubungi Mingguan Wanita, dia mahu berkongsikan kisah hidupnya. Sebelum ini ibu anak satu ini banyak bercerita tentang penyakit vitiligo di blog peribadinya. Kes sebegini banyak terjadi di Malaysia, namun tak ramai yang menyedari malah memahaminya.

Dia sendiri pernah ditolak bakal mentuanya dan dikatakan tak layak untuk berkahwin dengan anak lelakinya itu kerana vitiligo pada tubuhnya.

Hikmahnya, saya sekarang bahagia dengan lelaki yang sangat memahami dan sabar melayan kerenah saya. Keluarga mentua juga sangat supportive.

Di Facebook ada secret group untuk komuniti penghidap vitiligo Malaysia. Ramai yang hadapi masalah yang sama. Sebab masyarakat masih lagi belum terbuka tentang penyakit ini.

Jadi saya tekad untuk usahakan apa yang saya mampu untuk educate masyarakat tentang vitiligo melalui blog, Facebook dan Instagram.

 

Pernah Dihina, Ditolak Dari Berkahwin Kerana Vitiligo @ Sopak, Akhirnya Jejaka PALAPES Ini Jadi Penyelamat

Apa Itu Vitiligo @ Sopak

Dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai vitiligo. Atau orang kita selalu sebut sopak. vitiligo ni beri gangguan pada penghasilan pigmen di kulit.

Kulit saya normal macam orang lain. cuma tak ada warna di beberapa bahagian. Tahap kecerahan kulit seseorang bergantung kepada genetik.

Kalau dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kulit yang gelap, maksudnya sel melanocyte menghasilkan melanin lebih banyak daripada orang yang mempunyai kulit cerah.

Tapi dalam kes vitiligo ni, fungsi melanocyte menghasilkan melanin terganggu. Kawasan kulit yang tidak boleh menghasilkan melanin akan jadi putih.

IKLAN

Setahu saya, masih belum jumpa punca sebenar kenapa vitiligo terjadi. Tapi ada beberapa hypothesis yang famous dibincangkan.sama juga kaedah rawatan.

Setakat ni setahu saya belum ada rawatan yang menjamin kesembuhan vitiligo. Hospital ada beberapa kaedah untuk control & rawat vitiligo.

Tapi still diorang tak jamin keberkesanan setiap orang, react differently.

 

Pernah Dihina, Ditolak Dari Berkahwin Kerana Vitiligo @ Sopak, Akhirnya Jejaka PALAPES Ini Jadi Penyelamat

Stress Antara Faktor Penyumbang Vitiligo

Asalnya ibu jari saya luka. Lepas tu kekal parut warna putih. Masa tu saya di kolej matrikulasi tahun. Saya sedar tompok putih kat ibu jari makin membesar masa saya di tahun kedua di UPM.

Ada kajian, stress antara faktor yang menyumbang vitiligo ni merebak. Dalam masa setahun, tompok tompok putih mula agresif muncul di muka.

IKLAN

Ditambah dengan stress study, tambah lagi stress la bila tompok putih muncul di muka.

Tapi saya beruntung. Kawan kawan di universiti semua support saya. Diorang bagi moral support & tolong saya sama-sama cari & ajarkan make up untuk cover tompok-tompok putih kat muka.

Yang dekat tangan, makin hari tompok putih makin merebak. sampai sekarang, jari tangan saya 60% dah putih.

Episod duka saya mula lepas tamat belajar. Saya berkawan rapat dengan classmate saya masa tu. Biasalah, orang kata cinta itu buta. Dia terima saya seadanya. Tapi hubungan kami tak dapat restu dari pihak keluarga lelaki.

Ada beberapa tohmahan yang saya tak dapat terima. Bagi saya, penghinaan yang diberi bukan ke atas saya tapi, mak & ayah saya.

Jadi, saya redha dan undur diri. kerana saya yakin redha orang tua kunci hubungan kekal bahagia
Kecewa usah cakap. Memang kecewa.

Sekurang-kurangnya saya masih beruntung mempunyai keluarga & kawan kawan yang supportive.

IKLAN

 

Rupanya Jejaka PALAPES UPM Simpan Cinta Dalam Diam

Tak lama saya bersedih, rupanya teman 1 skuad dalam PALAPES UPM dulu dah lama menyimpan rasa. Dia terus datang berjumpa mak ayah saya. Dan dalam tahun yang sama kami bernikah.

Sungguh tiada perancangan saya kahwin secepat itu. Tapi perancangan Allah lebih baik.
Saya dapat keluarga mentua yang sangat baik. Kakak & abang ipar saya semuanya supportive.

Hasil perkahwinan, saya dianugerahi seorang anak lelaki yang comel. Semangat dan dorongan daripada suami, saya teruskan penulisan perjalanan hidup saya di blog tentang vitiligo.

Tak judah untuk saya lalui semua ini. Apa yang saya boleh simpulkan, pepatah Inggeris ada menyatakan ‘what doesn’t kill you, makes you stronger’

Dulu saya kecewa, sedih dan berkecil hati dengan penghinaan yang saya dapat. Lama kelamaan, masa dan orang yang benar-benar sayang saya lah yang mengubat semua luka-luka tu.

Sampaikan sekarang, saya dah lali. Nak kata apa kata lah. Saya dah kebal. Tahap kekebalan saya tu sampaikan sekarang ni saya boleh keluar tanpa secalit makeup pun untuk cover tompok-tompok putih vitiligo.

Anak saya? Comel macam anak orang lain yang sihat.

Saya nak buktikan kepada masyarakat dan kawan kawan saya di luar sana yang menghidapi vitiligo sama seperti saya. Vitiligo bukan penghalang untuk bahagia.

Saya harap masyarakat lebih memahami dan senstitif dengan golongan seperti saya. Sampai hari ini saya masih lagi berkongsi perkembangan vitiligo dalam blog saya : http://iyou90.blogspot.my

Sumber/Foto : Siti Nuur Hidayu

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI