‘Dihina bakal mertua rumah macam kandang.’ Akhirnya berjaya bina rumah baru, tiada niat tumpang senang bakal keluarga mertua. Tidak semua hubungan cinta diakhiri dengan perkahwinan.
Bertahun-tahun bercinta, akhirnya hubungan terputus dek kerana sikap bakal mertua. Kadang-kadang ibu atau bapa mertua membawa pengaruh besar dalam hubungan percintaan anak-anak.
Beruntunglah bagi mereka yang mendapat mertua yang sporting dan tidak mengira asal usul keturunan. Namun ada juga segelintir mak ayah yang bersikap sebegini, memilih bakal menantu berdasarkan rupa, harta dan keturunan.
@eytamindihina rumah mcm kandang kambing 🐐 bukan dendam cuma terkilan ..♬ Esok masih ada – Amsyarleee🌙
Nasib buruk ini turut dilalui oleh pengguna TikTok Eytamin. Pengalaman sedih ditinggalkan bekas kekasih kerana tidak mendapat restu bakal ibu mertua mendapat simpati ramai orang.
Sudahlah dihina rumahnya seperti kandang, malah wanita malang ini juga ditinggalkan bekas teman lelakinya gara-gara hubungan mereka tidak mendapat restu ibu.
Tanpa disangka kisah sedihnya membuatkan dia bangkit daripada kedukaan seterusnya berusaha mencari semangat untuk berubah dan buktikan dia juga mampu berjaya.
Setelah berbulan-bulan dihina akhirnya Eytamin berjaya membina sebuah rumah banglo miliknya sendiri hasil usaha kerasnya selama ini.
Biarpun sedih hubungan cintanya gagal di tengah jalan, namun sikap buruk bakal ibu mertua “tak jadi” telah mengubah hidup Eytamin sekeluarga.
Alhamdulillah, ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Kejayaannya membina rumah hasil daripada titik peluh sendiri membuktikan dia bukanlah seorang wanita yang ingin menumpang kesenangan orang lain.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan kebahagiaan Eytamin dan malah turut berasa bangga dengan kejayaan yang telah dikecapinya.
Malahan pada masa yang sama, beberapa pengguna TikTok turut berkongsi kisah yang hampir serupa dengan Eytamin iaitu ditinggalkan kerana miskin dan tak setaraf.
Mingguan Wanita : Semoga Eytamin dimurahkan rezeki, terus berjaya dan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik-baik. Insyallah.
Sumber : TikTok Eytamin
Betul ke perangai pasangan berubah selepas kahwin?
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita